Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Thursday 26 March 2020

PKP Dilanjutkan Sehingga 14 April 2020

Hai Assalamualaikum everyone..

Apa khabar semua?? Semoga kita semua dibwah lindungan RahmatNYA dan dijauhi daripada wabak COVID-19.. Aminnn
Seperti yang semua rakyat Malaysia sedia maklum, Perdana Menteri kit, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) telah pun dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ini bermakna syarikat kami serta syarikat lain tidak dapat untuk beroperasi seperti biasa sehingga tarikh tersebut.. 

Ya.. mungkin ada yang berasa seronok cuti dilanjutkan.. tapi tidak bagi kita yang perlukan duit untuk membayar semua komitmen yang ada.. lagi-lagi mereka yang bergantung pada hasil jualan harian.. Sama juga sepereti kami, kami memerlukan hasil jualan untuk membayar segala komitmen, gaji pekerja.. Oleh itu, kami berharap agar semua rakyat Malaysia dapat mematuhi PKP, ianya bukan sahaja untuk kepentingan kerajaan, tapi ianya untuk kepentingan diri kita juga.. Jika kita mudahkan urusan orang, InsyaAllah Allah pasti akan mudahkan urusan kita.. 

#StayAtHome #KitaJagaKita

Kami berharap dan juga pastinya semua rakyat Malaysia berharap agar rantaian wabak COVID-19 ni dapat diputuskan supaya kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa..

Puasa nak dekat dahhh.. Nak pergi bazaar Ramadhan.. Nak pergi solat tarawih kat surau/masjid.. sob sob

Yang paling penting.. walaupun kami tak dapat nak beroperasi.. kami still menerima jika ada sesiapa yang ingin membuat tempahan dengan kami.. Dan segala tempahan yang kami terima sepanjang tempoh PKP ni akan dibuat setelah tamatnya tempoh PKP..

 Jikalau ada yang berminat ingin menempah atau nak tengok katalog kami boleh hubungi 0176759935 atau 01767555236

Meh kita belanja sikit gambar-gambar produk kami.. 













 






Wednesday 18 March 2020

COVID-19 - Tempahan Secara Online Still Available


Hai Assalamualaikum..

Apa khabar readers! Hope you guys are doing fine.. Lagi-lagi tengah musim wabak COVID-19 ni.. Semoga kita semua dihindarkan daripada terkena wabak tersebut.. Seperti yang semua sedia maklum.. Perdana Menteri kita (Tan Sri Muhyiddin Yassin) telah pun membuat pengumuman berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula daripada harini (18 Mac 2020) hingga 31 Mac 2020 bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dalam masa terdekat. Kami berharap agar semua rakyat Malaysia dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan di samping dapat membantu pihak KKM mengurangkan penularan wabak ini. 
Bak kata PM kita " Jangan Panik, Jangan Cemas, Sentiasalah Bertenang".

Kami di KWM Craft juga telah mengambil langkah dengan mengadakan Work From Home untuk staf kami. Kilang kami juga telah tutup bermula harini (18 Mac 2020) hingga 31 Mac 2020. Jika ada mana-mana pelanggan yang ingin datang ke tempat kami, bolehlah datang bulan 4 nanti hihi.. 

TETAPI walaupun kilang kami tutup, kami tetap masih menerima tempahan secara online.. Jikalau ada yang berhasrat ingin membuat tempahan atau nak tanya apa-apa berkaitan dengan produk kami, jangan segan silu untuk hubungi kami di nombor yang tertera dibawah. InsyaAllah kami pasti akan layan anda..


P/s: kepada customer yang ada buat tempahan ngan kami, penghantaran tempahan anda akan dihantar pada bulan 4. 

Monday 16 March 2020

Tempahan Mihrab dan Penghadang Masjid Dengkil Jaya


Hai Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. selesai sudah pemasangan mihrab, kerawang untuk luar masjid dan juga penghadang lelaki / perempuan untuk Masjid Taman Dengkil Jaya.. Semoga semua orang yang hadir ke Masjid Taman Dengkil Jaya

Mana-mana masjid atau surau yang ingin menempah meja penceramah, mimbar, mihrab, penghadang, tabung ke, janganlah segan-segan untuk menghubungi kami. InsyaAllah kami akan buatkan untuk anda.















Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )

Monday 9 March 2020

Selamat Datang Warga ADTEC Pahang!

Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur.. Pada 4 March 2020 haritu, kami baru je menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada pelajar-pelajar Advanced Technology Training Center (ADTEC) Jerantut, Pahang. Lebih kurang 44 orang termasuk 40 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Fuhh.. full house tempat kami.. hihi Seronok je tengok ramai orang datang..

Seperti biasa lah, kalau sesiapa yang membuat kunjungan atau lawatan ke tempat kami, semestinya kami akan memberikan layanan yang istimewa dan bawa semua orang untuk membuat lawatan ke sekitar kawasan kilang kami termasuk juga kawasan pejabat. 

Semoga para pelajar dapat sedikit sebanyak info yang boleh dimanfaatkan untuk digunakan di masa hadapan. 

ps: Kalau ada yang ingin membuat lawatan ke tempat kami, janganlah segan-segan untuk hubungi kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda semua :)








Jika ada yang ingin membuat lawatan ke tempat kami, sila hubungi atau whatsapp

0127986909 (Hj Isa)
0123488760 (Syafiqah)
0176755236 (Syazwan)
0176759935 (Alin) 

Atau boleh email kami dia kwmcraft28@gmail.com


Thursday 5 March 2020

SELAMAT MAJU JAYA ADIK-ADIK PRAKTIKAL!

Hai Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, selesai sudah pelajar-pelajar praktikal dari UiTM Jengka menghabiskan sesi internship mereka disini.. Mereka menjalani latihan praktikal mereka selama 7 minggu  di tempat kami.. Kemudahan asrama dan elaun juga kami sediakan..

Sepanjang 7 minggu mereka  disini, banyak yang mereka dapat pelajari. Bukan sahaja buat kerja di kilang, mereka juga diberi peluang untuk belajar menggunakan mesin laser. Kebiasaannya memang kami akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk belajar di bahagian production (kilang) dan juga belajar membuat design serta menggunakan mesin laser.

So, sempena untuk meraikan mereka, big boss kite belanja semua staff termasuk pelajar praktikal makan tengah hari. Happy ye muka semua orang dapat makan free.. hehe 

Untuk adik-adik praktikal. semoga apa yang dapat dipelajari disini berguna dan bermanfaat untuk masa akan datang.. hihi Agak-agak kalau lalu area sini jangan lupa jenguk kami :p

Oh ya.. kalau ada mana mana student dari bidang perabot, kraf, kayu yang mencari tempat praktikal. Boleh lah hantar resume anda ke email kami (kwmcraft28@gmail.com) . InsyaAllah kalau ada rezeki anda dengan kami, kita akan berjumpa hihi

Sesi penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar praktikal. Simpan baik-baik tau! Kenangan tu. hihi



Jika  mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )



Tuesday 3 March 2020

DELIVERY TIME!!


Hai Assalamualaikummm..

Alhamdulillah.. meja-meja penceramah tempahan pelanggan kami dah pun siap dalam masa yang ditetapkan. Semua meja dah ready untuk dihantar.. Ada juga yang telah dihantar sewaktu posting ni dibuat.. Pelbagai jenis permintaan customer. Kami layankan je.. hehe

Kalau berminat nak tempah, boleh lah hubungi kami di 0176759935  atau 0176755236 ..
InsyaAllah kami akan tunaikan.. 
Meh cuci mata sikit ngan hasil produk produk kami..  














Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )