Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label latihan industri. Show all posts
Showing posts with label latihan industri. Show all posts

Wednesday, 2 December 2020

Jamuan Makan Meraikan Hari Terakhir Pelajar Praktikal

Hai Asalamualaikum..

Alhamdulillah.. pada 30/11/2020 kami telah mengadakan jamuan kecil dengan semua staf KWM Craft bagi  meraikan hari terakhir dua orang pelajar intern dari IKN Rawang yang telah menjalani latihan praktikal di tempat kami selama 3 bulan. Jadi, kami buatlah makan-makan sikit untuk meraikan diorang. Disamping itu, kami juga memberikan saguhati berbentuk plaque yang di engrave nama diorang di atas nya dan juga phone stand juga..  

Semoga segala ilmu yang mereka peroleh dapat diguna pakai dan dimanfaatkan ketika mereka di alam pekerjaan kelak.. 





Ni lah phone stand yang kami hadiahkan pada mereka.. Cantikannn.. 

Ni kotak untuk menyimpan plaque


Haa.. yang atas ni lah plaque yang kami hadiahkan juga pada mereka. 


 Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp (Klik pada no dibawah)

Hj Isa ( 0127986909 )
Wan ( 0176755236 )
Alin ( 0176759935 )
Syafiqah ( 0123488760 )
 

Thursday, 5 March 2020

SELAMAT MAJU JAYA ADIK-ADIK PRAKTIKAL!

Hai Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, selesai sudah pelajar-pelajar praktikal dari UiTM Jengka menghabiskan sesi internship mereka disini.. Mereka menjalani latihan praktikal mereka selama 7 minggu  di tempat kami.. Kemudahan asrama dan elaun juga kami sediakan..

Sepanjang 7 minggu mereka  disini, banyak yang mereka dapat pelajari. Bukan sahaja buat kerja di kilang, mereka juga diberi peluang untuk belajar menggunakan mesin laser. Kebiasaannya memang kami akan memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk belajar di bahagian production (kilang) dan juga belajar membuat design serta menggunakan mesin laser.

So, sempena untuk meraikan mereka, big boss kite belanja semua staff termasuk pelajar praktikal makan tengah hari. Happy ye muka semua orang dapat makan free.. hehe 

Untuk adik-adik praktikal. semoga apa yang dapat dipelajari disini berguna dan bermanfaat untuk masa akan datang.. hihi Agak-agak kalau lalu area sini jangan lupa jenguk kami :p

Oh ya.. kalau ada mana mana student dari bidang perabot, kraf, kayu yang mencari tempat praktikal. Boleh lah hantar resume anda ke email kami (kwmcraft28@gmail.com) . InsyaAllah kalau ada rezeki anda dengan kami, kita akan berjumpa hihi

Sesi penyampaian cenderahati kepada pelajar-pelajar praktikal. Simpan baik-baik tau! Kenangan tu. hihi



Jika  mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )



Saturday, 17 November 2018

Internship / Latihan Industri di KWM Craft


Hai Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu wahai rakyat jelata 😀

Semalam kita telah mengadakan jamuan makan bagi meraikan pelajar-pelajar internship dari GMI yang telah berjaya menjalani internship di KWM Craft selama 6 bulan. So, kita belanja semua staff makan untuk meraikan mereka. Semoga segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan bermanfaat untuk mereka gunakan di masa akan datang. 😉










ATTENTION!

Kepada pelajar jurusan kayu, wood industry, wood technology, industrial design, seni kraf atau yang seangkatan dengannya tidak kisahlah dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Politeknik, German-Malaysian Institute (GMI), Institut Kraf Negara (IKN) atau mana-mana institusi yang sedang mencari tempat untuk menjalani latihan industri / internship, sila hubungi nombor dibawah atau email kepada kwmcraft28@gmail.com. 

Elaun disediakan 

Hj Isa (012-7986909)
Syafiqah (012-3488760)
Syazwan (017-6755236)