Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Friday 29 July 2016

Projek Terbaru: Wood Silhouette / Siluet Kayu

Assalamualaikum.

Ni nak bagitau good news gais! Kitaorang baru sahaja beli machine yang membolehkan kami membuat ukiran yang lebih kompleks iaitu siluet kayu (wood silhouette)! Ini adalah antara projek terbaru kami yang membolehkan anda untuk mengabadikan gambar anda atas kayu! Ataupun nak abadikan kata-kata inspirasi pada kayu, pon boleh! Semua pon boleh lahhhh!

Contoh gambar adalah seperti dibawah ini.

Source: Here, here

Bukan itu sahaja, nak buat ukiran kayu yang kompleks lagi berseni pon boleh! Contoh macam frame kayu kat bawah ni:


Korang jugak boleh submit logo untuk buat ukiran mcm kat bawah ni ( logo surau maarof) dan sample ukiran yg dah siap (surau nurul huda)


Oklah, tak nak cakap panjang dah... call number dibawah ni untuk keterangan lebih lanjut ye. Tata titi tutu~

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717


Thursday 28 July 2016

Time to Celebrate!

Assalamualaikum semua! Helo helo helo...!

Well, before raya, kitaorang busy, tgh raya ni lagi la triple the busy. Tak sempat kitaorang nak organize Kursus Asas Larik pada minggu ketiga seperti yang dijadualkan. Minggu ke empat ni pulak mcm x sesuai buat kursus, I'm pretty sure mesti banyak gila jemputan open house last minute tak pun jemputan kahwin kan? Kitaorang pon tak terlepas menerima jemputan dan tak ter-pegi semua rumah. Lagipun, perut pun dah makin maju ke depan sebab makan banyak. Effort puasa wasted !

Haha.

Itu cerita makan-makan raya, ni pulak cerita raya di kilang. Kami berpesta dengan kayu dan ukiran serta tempahan-tempahan unik untuk tasbih, tongkat, pen dan lain-lain. Huh! Penat tapi berbaloi-baloi. Terima kasih kepada pekerja KWM Craft kerana sentiasa passionate untuk menghasilkan yang terbaik demi permintaan customer. 

Jom cekidout tempahan-tempahan di kilang yg bersusun-susun itu!

Meja dan Kerusi Penceramah



Tabung Masjid Berserta Ukiran



Tempahan Meja



Toys Display Rack


Inilah more or less tempahan masa raya yang sempat/teringat nak ambil gambar. Hihi *ketawa sopan* Ada jugak tempahan kecil-kecilan untuk ukiran. Nanti kita update yang itu untuk post lain kali la ye. heeeee...

Eh jap, hari ni dah 23 Syawal la, and I just remembered, kitaorang forgot to wish all our readers,

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin!

Nah kad digital untuk semua!
Source here

Seandainya ada kata-kata yang mengguris hati, tersalah tatabahasa, ataupun ter-miss nak balas komen-komen anda di blog ataupun Facebook maaf yeee!. Terima kasih kepada semua atas sokongan anda kerana masih sudi menjadi pembaca setia blog kami. :)

Stay tuned for more story from us Gais! Tata Titi Tutu~


Tuesday 26 July 2016

Exotic Wooden Executive Pen


Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Pagi-pagi ni mood ceria sebab tak sabar nak update blog ni ha. Dari malam tadi idea mencurah-curah ke ladang gandum sebab nak tulis pasal pen.

Pen je?

Ha...... yang ni bukan sembarangan pen, tapi pen ni handmade, dan diperbuat daripada kayu tau. Itu yang bezakan kami dengan pembekal-pembekal pen kat supermarket tu. Depa punya pen cantik, kami punya pen pun mesti lah cantik jugak. Bak kata omputih rare & distinguish gitu.

Pen ni ada dua, fountain pen dan ball-point pen. Kitaorang labeled it as Exotic Wooden Executive Pen. Sebab apa? Sebab bentuknya yang elegan (mcm yng geng-geng executive dok pakai tu), diperbuat dari kayu eksotik (ye, kayu eksotik, bukan kayu biasa), susah nak jumpa (of course) dan yang penting sekali, si pengguna akan nampak ada stylelah!


Jenis kayu eksotik yang boleh dipilih adalah dari Kayu Kemuning Hitam, Kayu Kemuning Emas, Ketengge, Kayu Teras Kelor, Kayu Arang Bunga, Kayu Akasia, Kayu Cendana, Kayu Penawar Hitam, Raja Kayu Hitam, dan Raja Kayu Putih. Banyak choice kan?



 Tempahan dari customer kami. Pen ini dari kayu kemuning hitam. Nampak kehijauan. Unik kan?

Yang dibawah ini pula, adalah antara tempahan dari customer dari pelbagai jenis kayu.






Pen ini juga di featured-kan di salah satu exhibition di PWTC beberapa bulan yang lepas. 



Siapa tak kenal dengan ikon perubatan TV Al-hijrah, Dr Norman? Beliau ada datang melawat kilang kami recently, tgh tengok-tengok barang-barang yang ada dibuat di kilang kami.


Last but not least, calling-calling  lah kami kalau nak cari executive pen yang diperbuat dari kayu untuk bos ke, untuk husband/wife ke, hadiah birthday ataupun anniversary, kegunaan sendiri ke, dan lain-lain.... etc (end-of-thinking-capacity)... *peace*


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717



Tuesday 19 July 2016

Kayu Cengal Pasir: Makin Tua, Makin Buruk, Makin Istimewa!

Assalamualaikum. 

Helo-helo! Sudah lama kami tak bersiaran di sini, Kali ni first time raya sakan. Nak dekat dua minggu bak hang.... Maklumlah cuti kali ni panjang, senang dirancang, lepas tu tambah lagi seminggu, busy menguruskan segala urusan yang pending.

Anyway,

Kali ni kami nak update mengenai stok Kayu Cengal Pasir yang terdapat di kilang kami. Jom cekidout!

Ha...kepada sesiapa yang tak tahu dan yang nak tahu, yang inilah kayu cengal pasir dalam bentuk yang masih original.  Mesti korang ingat yang ini adalah kayu buruk kan? No no no! Nampak je buruk, tapi permintaan tinggi tau!


Ni, nak cerita....Biarpun kayu cengal kami telahpun berusia lebih dari 30 tahun, apabila dipotong, ira kayunya masih cantik dan masih umph! Kayu cengal pasir ini memang terkenal dengan ketahan dari hujan dan panas. Jangan sangka kayu buruk tu tak boleh guna, malah makin buruk makin bernilai! Bak kata omputih, don't judge the book by its cover, okay? Tua-tua kayu cengal, makin tua makin gah. tak gitu?

Sebenarnya, kayu yang masih dalam bentuk yang original dapat menarik perhatian jika dijadikan perhiasan; seperti contoh membina gazebo dari kayu-kayu buruk di restoran dapat menarik perhatian pengunjung untuk mengunjungi restoran tersebut. Not just that, ada juga yang menggunakan kayu untuk membuat landskap dirumah, mahupun perhiasan dalam akuarium. Menarik kan? So far, ramai customer kami prefer untuk membeli kayu ini dalam bentuk yang masih raw untuk mengekalkan nilai estetika kayu tersebut.

Tak juga ada customer kami yang minta kami ketamkan kayu tersebut untuk kegunaan lain, seperti gambar dibawah ini.

 
Long story short, kami nak habiskan stok kayu cengal pasir di kilang kami. Kalau ada sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi kami. Kami sudi membantu anda. :)


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717