Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label dengkil. Show all posts
Showing posts with label dengkil. Show all posts

Saturday, 26 April 2025

Repair Kerusi LAMA / ROSAK Jadi BARU

Hai Assalamulaikumm gaiss

Korang ada tak kerusi atau perabot yang korang sayang sangat tapi dah buruk atau dah patah. Nak buang sayang. Tapi dah tak boleh guna. Kadang-kadang barang lama ni ada sentimental value dia sendiri, tapi bila dah rosak, ramai terus buang. Kami pulak cuba lah amik pendekatan lain, kami terima je sesiapa yang nak repair kerusi yang dah patah tu untuk kami  repair dan cantikkan semula dan bagi owner ada senyum laaa..

Jadi harini min nak share la sikit beberapa gambar yang mana kerusi rosak / patah / buruk jadi lawa balik dan fully functional. Kerusi yang dah "nyawa-nyawa ikan" tu terus jadi kerusi yang kukuh dan nampak elok. To be honest, memang rasa puas tau bila barang yang hampir dilupakan tu hidup balik. 

Haaa.. jom tengok gambar kat bawah ni.

Gambar 1: Kerusi ni dah memang roboh habis masa customer hantar, jadi kami cantumkan balik dah kilatkan balik maka jadilah cantik seperti baru dan boleh guna seperti biasa.


SEBELUM


SELEPAS

Gambar 2: Kerusi ni armrest dia sebelah dah patah dan adalah calar2 sikit pada kerusi. Jadi kami pun buatkan armrest yang baru sama saiz macam yang sedia ada kemudian catkan semula. Kusyen kami akan cabut dulu sebelum proses2 mencantikkan semula kerusi tu. Kusyen kami tak tukar sebab masih elok dan cantik.

SEBELUM 



  SELEPAS

Gambar 3: Customer yang sama dengan kerusi putih gambar 2. Customer berpuas hati dengan hasil kerja kami sebelum ni. Jadi customer kami ni hantar lagi 4 buah kerusi yang sama untuk dicantikkan dan dicat semula. Gambar sebelum dan selepas taknampak beza sebab cuma calar2 sikit je.. 

SEBELUM

SELEPAS


Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )

Friday, 18 April 2025

MIMBAR READY STOK UNTUK DIJUAL

Hai Assalamualaikummm readersss..

Harini min nak bagitahuu, yang kat kilang kami, ada dua unit mimbar yang dah siap nak dijual. Mimbar ni tinggal masukkan logo  surau/masjid dan tambah kusyen tempat duduk pada mimbar. Meh min share gambar2 mimbar ni.

Untuk mimbar yang warna coklat ni, tinggal nak letak logo masjid/surau, pasang motif dan kusyen untuk tempat duduk. Harga promosi dari kami RM14000 tidak termasuk penghantaran.

Kalau berminat nak mimbar ready stok yang design ni, whatsapp kami di nombor kat bawah. Tekan je link kat nombor tu.

Iwan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935)




Okay, sekarang min nak share design mimbar ready stok yang kedua. Yang ni lebih mampu milik dan size lebih kecil, sesuai untuk surau-surau yang memerlukan mimbar. Mimbar yang kedua ni warna putih, dan hanya tinggal tampal logo surau/masjid dan kusyen tempat duduk pada mimbar.Harga promosi dari kami RM8000 tidak termasuk penghantaran.

Kalau berminat nak mimbar ready stok yang design ni, whatsapp kami di nombor kat bawah. Tekan je link kat nombor tu.

Iwan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935)















Thursday, 17 April 2025

Tempahan Meja Ceramah Surau Al-Faizin ASTAF Kuala Selangor

Hai Assalamualaikum kesayangan kami..


Alhamdulillah meja ceramah tempahan daripada Surau Al-Faizin, Akademik Syahadah Tahfiz Al-Faizin (ASTAF), Kuala Selangor dah selamat sampai pada pelanggan kami. Kepada para penyumbang untuk Surau Al-Faizin, semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan mendapat pahala jariah berpanjangna. Aminn..

Jadi kalau ada yang berminat nak order meja kuliah ngan kami, apa tunggu lagi jangan lah segan-silu nak whatsapp kami. InshaAllah kami pasti akan tunaikan permintaan anda. 

Meh jemput tengok-tengok bagaimana rupanya meja ceramah untuk ASTAF ni.





Gambar ni customer kami yang share. Pihak surau sangat suka dengan meja yang kami buatkan. Syukur Alhamdulillah

Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )



Monday, 14 April 2025

SELAMAT HARI RAYA GUYSSS

 Assalamualaikum semua readerss.. 

Lama min tak bersiaran kat sini.. Apa kabo semuanyaa.. Walaupun sekarang dah raya ke 13, kat blog ni min belum wish lagi.. hihi Selamat Hari Raya gaisss.. Maaf Zahir dan Batin.. 



Ucapan raya sudah, okay jom borak pasal projek kami pulak.. Alhamdulillah, kami masih lagi menjadi one stop centre untuk menempah barang-barang keperluan masjid dan surau. Sekarang Maahad Tafiz pun ada yang membuat tempahan dengan kami. Macam biasalah yang macam "pisang goreng" panas semestinya meja ceramah / meja kuliah kami. Harini min share gambar meja kuliah je dulu eh.. Esok kita borak lain pulak hihi.. 

Min combine je few gambars untuk readers tengok. 










Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )

Friday, 2 April 2021

Tempahan Penghadang Lelaki Perempuan untuk Masjid / Surau

Hai Assalamualaikum..

Apa khabar readers!! Hope you guys are doing fine 😃 
Okay kalini min nak share sikit tentang projek kami kalini..
Alhamdulillah, kami masih lagi menerima tempahan-tempahan daripada pelanggan kami..
Baru-baru ni kami ada menerima tempahan untuk membuat penghadang jemaah lelaki perempuan untuk kegunaan surau.. Design yang ditempah juga merupakan design yang baru kami  buat.. 

Ni gambar-gambar waktu dalam proses buat penghadang.. 


Customer turun padang buat spotcheck.. Cewahh.. Customer datang nak tengok proses pembuatan penghadang tempahan mereka..


Comel je customer posing ngan  pen
ghadang.. Mesti dah tak sabar nak bawak balik tu hehe








Time ni waktu kami delivery peghadang ke Surau An-Najahiyah. 
 





Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp (Klik pada no dibawah)

Hj Isa ( 0127986909 )
Wan ( 0176755236 )
Syafiqah ( 0123488760 )
Alin ( 0176759935 )

Tuesday, 12 January 2021

Customer Happy Kami pun Happy..

Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Berakhir sudah tahun 2020 yang penuh cabaran dan dugaan.. Semoga tahun 2021 akan lebih baik dari tahun lepas.. Semoga Allah S.W.T mengangkat virus COVID-19 ini dari muka bumi ini.. A bit late.. But Happy New Year readers!! 

Alhamdulillah di penghujung tahun 2020 kami telah pun menyempurnakan tanggungjawab kami dalam menyiapkan semua order tempahan pelanggan kami.. Ada yang boss kami sendiri pergi hantarkan.. Ada juga yang kami hantarkan menggunakan KTM.. 

So, lepasni kalau ada mana-mana surau atau masjid atau institusi yang lokasinya jauh dari kami, jangan risau selain kami yang pergi hantarkan, pihak masjid atau surau boleh juga request untuk hantar guna KTM.. Lebih jimat dari kos kami hantar hehe..

Kalau berminat nak menempah, boleh lah hubungi kami.. 

Meja penceramah
Mimbar
Tabung surau / masjid
Penghadang lelaki/perempuan
Rehal
Almari telekung/kitab/sejadah
Cokmar khatib
dan sebagainya 







Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp (Klik pada no dibawah)

Hj Isa ( 0127986909 )
Wan ( 0176755236 )
Alin ( 0176759935 )
Syafiqah ( 0123488760 )
 
 

Tuesday, 8 December 2020

Tempahan Meja Penceramah Musolla AlJannah D'Pines

Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Meja penceramah tempahan Musollah AlJannah D'Pines dah pun sampai ditangan customer kami. Alhamdulillah Customer kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami.. Customer request colour meja yang dapat matching dengan mihrab yang sedia ada di musollah mereka.. 

Alhamdulillah kami dapat realisasikan impian mereka.. Sangat cantik bila meja ceramah tersebut disitu.. Tambahan pula design meja pun customer kami request untuk ubah sikit dari design asal meja kami. Customer siap cakap mereka akan recommend kami pada kawan2 mereka. Alhamdulillah.. 

Meh usha meja ceramah yang min maksudkan tu..






  Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp (Klik pada no dibawah)

Hj Isa ( 0127986909 )
Wan ( 0176755236 )
Alin ( 0176759935 )
Syafiqah ( 0123488760 )