Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label cokmar. Show all posts
Showing posts with label cokmar. Show all posts

Friday, 26 December 2025

TEMPAHAN MEJA KULIAH UNTUK MASJID DI BAGAN DATUK, PERAK

 Hai Assalamualaikum readers!

Alhamdulillah another tempahan meja kuliah siap. Kalini kami menerima tempahan daripada seorang hamba Allah yang ingin menginfaqkan mejja kuliah untuk Masjid Muhammad, Kampung Tanah Lalang, Bagan Datuk, Perak. Proses pembuatan meja ini pun berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya meja ni, pahala berpanjangan buat penginfaq. Aminnn

Ada yang berminat nak buat amal jariah juga dengan memberi infak kepada masjid atau surau di kawasan tempat tinggal anda? Apa tunggu lagi, meh hubungi kami untuk membuat tempahan.






Tuesday, 2 December 2025

Tempahan Cokmar Masjid: Khas untuk Bacaan Khutbah & Kini Dibuka Untuk Musim Raya

Cokmar merupakan salah satu pelengkap penting bagi ruang mimbar di masjid. Selain berfungsi sebagai simbolik dan pelengkap protokol bacaan khutbah, ia juga menambah seri dan imej profesional ketika khatib menyampaikan khutbah Jumaat atau majlis rasmi di masjid.

Di KWM Craft, kami menyediakan cokmar masjid custom made yang direka khas mengikut keperluan, konsep dan identiti setiap masjid. Setiap unit dihasilkan dengan teliti dari segi pemilihan kayu, proses pembuatan, sehingga ke finishing akhir supaya hasilnya benar-benar kemas, kukuh dan tahan lama.

Kegunaan Cokmar dalam Khutbah & Majlis Rasmi Masjid

Cokmar bukan sekadar aksesori. Ia membantu:

  • Memberi gaya protokol semasa khutbah Jumaat

  • Menaikkan imej mimbar masjid

  • Menjadikan penyampaian khutbah lebih tersusun

  • Melengkapkan kedudukan khatib semasa membaca teks khutbah

  • Menambah elemen estetika dalam ruang solat utama

Ramai pihak masjid memilih untuk menambah cokmar kerana ia memberi sentuhan eksklusif serta mencerminkan identiti institusi.

Tempahan Kini Dibuka Untuk Musim Raya

Sempena musim raya yang bakal menjelma ini, kami membuka slot tempahan cokmar baharu untuk masjid, surau dan institusi pendidikan Islam.
Ini masa terbaik untuk menaik taraf peralatan mimbar menjelang Syawal atau sebelum bermulanya program, kuliah dan majlis besar selepas raya.

Tempahan raya biasanya cepat penuh, jadi masjid digalakkan untuk book slot awal bagi memastikan penghantaran mengikut jadual.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah cokmar, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:






Friday, 24 October 2025

Tempahan Meja Kuliah Surau Al-Islahiyah, Pudu KL

Suasana kuliah dan tazkirah di surau pastinya lebih tersusun apabila ustaz mempunyai meja khas untuk meletakkan kitab dan nota.

Dengan itu, team kami telah menghasilkan meja ceramah  yang direka khas untuk memenuhi keperluan penceramah di rumah Allah dengan design yang kukuh, kemas dan tahan lama.

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Surau Jumaat Al-Aslahiyah, Pudu, KL. Meja ceramah ini dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang praktikal serta kemasan yang rapi.
Hasil kerja teliti pasukan kami memastikan setiap sudut siap dengan sempurna agar mudah digunakan dan tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami di KWM percaya bahawa setiap hasil kerja untuk masjid dan surau adalah satu amanah. Semoga dengan adanya meja ceramah ini menjadi manfaat kepada para ustaz dan jemaah di Surau Jumaat Al-Aslahiyah, serta menjadi saham pahala berpanjangan untuk semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Surau Jumaat Al-Aslahiyah atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah, kami akan terus menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp






Friday, 29 August 2025

Meja Kuliah Surau Hj Fuad – Siap & Selamat Dihantar

 Hai Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh pasukan kami di KWM Craft. Kali ini, tempahan khas ini daripada Surau Hj Fuad, Meru, Klang. Sebuah meja kuliah eksklusif yang direka untuk kegunaan majlis ilmu, kuliah, dan ceramah di sana.

Meja ini dibina menggunakan kayu berkualiti tinggi, dengan reka bentuk yang kukuh serta kemasan yang kemas. Tujuannya adalah untuk memastikan keselesaan penceramah, serta menambahkan lagi seri suasana dalam majlis ilmu.

Selepas siap dipasang dan diperiksa, meja kuliah ini telah kami hantar terus ke Surau Hj Fuad menggunakan perkhidmatan Lalamove 🚚 untuk memastikan ia sampai dengan cepat dan selamat.

Kami di KWM Craft amat berterima kasih kepada pihak Surau Hj Fuad kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan meja kuliah ini. Semoga dengan adanya meja kuliah ini akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada jemaah dan majlis ilmu yang diadakan di surau tersebut.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:







MEJA KULIAH PUSAT TARBIYAH SIAP!

 Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah, satu lagi hasil tangan dari bengkel KWM Craft berjaya disiapkan. Meja kuliah kalini dibuat khas untuk Pusat Tarbiyah Pas Cawangan Kg Pak Darus.

Meja ini direka dengan penuh teliti untuk memastikan ia bukan sahaja kukuh & tahan lama, tetapi juga memberikan sentuhan kemas dan profesional dalam setiap majlis ilmu. Sesuai digunakan untuk kuliah, ceramah, mahupun program rasmi yang melibatkan penceramah undangan.

Kami menggunakan kayu solid yang berkualiti  dengan kemasan yang rapi, menjadikan meja ini bukan sekadar perabot, tetapi juga sebagai pelengkap suasana ilmu di rumah Allah.

📌 Tempahan kini dibuka!
Kalau masjid atau surau anda sedang mencari meja kuliah baru, hubungi kami sekarang untuk perbincangan & tempahan:






Wednesday, 27 August 2025

TEMPAHAN MASJID BAGAN PINANG, PORT DICKSON

 Hai Assalamualaikum,

Alhamdulillah, tampahan terbaru  telah pun siap dihantar kepada pelanggan kami iaitu Masjid Qaryah Bagan Pinang, Port Dickson. Tempahan kalini merangkumi:

Mimbar Masjid – rekaan moden eksklusif dengan sentuhan kayu asli dan kemasan elegan.
Kerusi Mimbar – direka khas untuk keselesaan imam ketika khutbah dan tazkirah.
Meja Duduk Lantai – sesuai untuk majlis ilmu, tadabbur Al-Quran dan kegunaan pelajar di surau atau madrasah.

Setiap produk dihasilkan dengan penuh ketelitian menggunakan material kayu berkualiti tinggi dipadukan dengan rekaan moden bercirikan Islamic & tradisional Melayu. Kami pastikan hasil kerja bukan sahaja kukuh dan tahan lama, tetapi juga memberikan aura premium dalam setiap ruang masjid atau surau.

📦 Produk ini telah pun berjaya disiapkan dan dihantar kepada pelanggan tepat pada masanya — satu lagi bukti komitmen kami dalam menghasilkan kerja terbaik.





Kenapa Pilih  KWM Craft?

Rekaan Customboleh ditempah mengikut citarasa, saiz dan konsep masjid.
Gabungan Moden & Tradisional – ada elemen kayu solid, kaca hijau/acrylic dan ukiran Islamik.
Kualiti Premium – setiap produk melalui proses kemasan (finishing) yang rapi untuk jangka hayat yang panjang.
Pengalaman & Kepercayaan – telah menghasilkan pelbagai projek mimbar, rostrum, meja kuliah, hingga perabot masjid.

📞 Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan Mimbar, Kerusi Mimbar dan Meja Duduk Lantai, hubungi kami di 

Saturday, 23 August 2025

MEJA KULIAH UNTUK RUMAH VVIP SIAP!

Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah, satu lagi tempahan meja kuliah berjaya kami siapkan mengikut masa yang ditetapkan. Meja kalini pelanggan kami memilih meja design yang ekslusif kami namakan design tu "meja petronas"  dan tanpa logo. Selain itu, meja kuliah kalini, pelanggan kami request tanpa logo. Yelahh nak letak kat surau rumah kan.

Kami berbangga dapat menghasilkan meja kuliah yang bukan sekadar cantik tetapi  nampak elegan dan ekslusif. Semestinya juga dipasangkan roda pada meja supaya mudah untuk dialihkan kemana jua. Semoga dengan adanya meja kuliah ni, akan lebih banyak majlis ilmu boleh diadakan di rumah tersebut dan akan memberi manfaat pada semua. Aminnn

Kalau ada yang berminat nak tempah meja kuliah macamni atau mempunyai design sendiri, meh hubungi kami, insyaAllah kami akan realisasikan impian anda.

Cara tempah meja kuliah:
Hubungi kami melalui WhatsApp untuk pertanyaan dan tempahan:







Friday, 22 August 2025

TEMPAHAN MEJA KULIAH MASJID TENGKU ABDULLAH KG KUALA ATOK

Hai Assalamualaikum readerss..

Alhamdulillah satu lagi meja kuliah telah pun siap dan selamat sampai pada pelanggan kami. Tempahan kalini untuk Masjid Tengku Abdullah, Kg. Kuala Atok, Pahang. Kami percaya setiap majlis ilmu memerlukan suasana yang selesa dan teratur. Atas sebab itu, meja ini dibangunkan dengan teliti, menggunakan kayu berkualiti tinggi dan melalui proses pembuatan yang terperinci, dari pemilihan bahan sehinggalah ke sentuhan akhir.

Kenapa pilih meja kuliah kami?

  • Dibuat daripada kayu berkualiti tinggi, tahan lama dan kukuh.

  • Reka bentuk moden dan kemas, sesuai untuk majlis ilmu di masjid atau surau.

  • Custom size dan design mengikut keperluan pelanggan.

Sama ada anda mencari meja kuliah untuk masjid baru, nak ganti meja lama, atau perlukan meja ceramah kayu yang tahan lama, kami boleh bantu.

Cara tempah meja kuliah:
Hubungi kami melalui WhatsApp untuk pertanyaan dan tempahan

Kongsikan artikel ini dengan jawatankuasa masjid atau rakan-rakan yang mungkin berminat. Tempahan dibuka sekarang!






Wednesday, 20 August 2025

TEMPAHAN COKMAR KONVOKESYEN UNTUK MRSM SARAWAK

 Hai Assalamualaikum semuaaa..

Semoga hari-hari kalian diberkati dan dimurahkan rezeki selalu.. Alhamdulillah harini min nak share tempahan cokmar graduasi. Kalini kami menerima tempahan untuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bintulu, Sarawak. Alhamdulillah untuk Sabah dan Sarawak juga kami menerima tempahan untuk membuat cokmar graduasi bukan setakat Semenanjung Malaysia tau.

Seperti selalunya, ukiran pada cokmar adalah berbeza mengikut design ukiran dan material pilihan pelanggan kami. Jadi kalau ada mana-mana sekolah, kolej atau universiti nak tempah cokmar untuk kegunaan majlis konvokesyen, meh lah order ngan kami. 

Kalau dah ada cokmar tapi dah kusam tak berseri, kami juga ada menyediakan servis untuk cantikkan dan kilatkan semula cokmar jadi macam baru. Apa-apa boleh je hubungi kami. 










Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)

Ikah ( 012-3488760)














Monday, 18 August 2025

TEMPAHAN KERUSI CERAMAH UNTUK MEJA KULIAH

 Hai Assalamuaikum warga bloggers.. 

Lama min tak bersiaran kat sini.. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah bulan Ogos. Bulan keramat bagi rakyat Malaysia. Cewahh.. Alhamdulillah kalini kami berjaya menyelesaikan tempahan untuk kerusi ceramah untuk kegunaan masjid ataupun surau. 

Setiap tempahan kerusi kami, pilihan untuk warna fabric adalah 100% mengikut pilihan customer. Kami just beri warna apa yang ada dan customer tinggal pilih je. Semua ni boleh dibuat hanya dalam whatsapp sajaaa.. 

Jom tengok kerusi kami kalini. Ada dua jenis, sesuai digunakan untuk meja ceramah biasa dan juga mimbar, dan lagi satu sesuai digunakan untuk meja duduk lantai. 

Untuk gambar 1 dan 2 ni, kerusi ini sesuai digunakan untuk meja ceramah size yang standard dan juga sesuai digunakan pada mimbar.




Untuk gambar 3 & 4 ni kerusi jenis rendah ni sangat sesuai untuk meja ceramah yang versi duduk kat lantai. 



Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Ikah ( 012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )

Thursday, 5 June 2025

Tempahan Meja Kuliah Surau SMA Nilai

 Hai Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah atas rezekinya. Selesai sudah lagi satu tugasan tempahan dari pelanggan kami. Pelanggan kami kalini merupakan dari Surau Ar-Raudhah, Sekolah Menengah Agama Nilai. Pelanggan kami bukan sahaja melibatkan surau atau masjid area perumahan atau kampung, tetapi kami juga menerima tempahan dari sekolah, pejabat atau mana-mana institusi lah. InshaAllah jika kami mampu untuk buat, kami akan terima tempahan dari anda.

Tempahan meja kalini pun customer kami memilih design meja yang simple dan sedap mata memandang. Sangat cantik dan kena ngan tema surau sekolah. Nak  tengok tak design pilihan surau SMA Nilai ni? Haa.. meh scroll kebawah untuk tengok hasilnya.

Untuk gambar yang pertama, meja telah pun selamat sampai di Surau Ar-Raudhah. Comel kan.. 




Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)



Thursday, 29 May 2025

MINI MIMBAR UNTUK SURAU AN-NUR, ULU LANGAT, SELANGOR

Hai Assalamualaikum readersss!!

Buat apa tuuu.. Alhamdulillah 7 Jun 2025 nanti seluruh umat Islam akan menyambut hari raya Aidiladha. Buat yang melakukan pengorbanan, semoga ibadah korban anda semua diberkati dan diterima Allah. Buat yang menunaikan rukun islam yang kelima, semoga ibadah haji anda semua diterima Allah. Haji Mabrur...

Okay back to the story, Alhamdulillah.. semalam kami telah pun menyelesaikan tempahan pelanggan kami yang hendak digunakan semasa pagi raya haji nanti.. Apakah iaaa.. Haa pelanggan kami dari Surau An-Nur, Ulu Langat, Selangor telah pun menempah mini mimbar dan cokmar dengan kami.. Memang ngam kami dapa siapkan sebelum raya haji. Boleh lah imam surau bagi khutbah raya guna mimbar baru.. hihi 

Nak tengok takk cana rupanyaa.. Okay jom sccroll kebawah sikit..


Gambar ni sewaktu kami baru sahaja selesai hantar ke surau. Happy ajk surau bila dapat mimbar baru. hihi



Gambar yang ni pula cam biasa kat port kami biasa amik gambar 





Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )