Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Wednesday 7 December 2016

5 Asas KWM Craft untuk Kepuasan Pelanggan

Asslamaualaikum, salam sejahtera semua!

Hari ni kami nak share sedikit dengan para pembaca sekalian, mengenai bagaimana perniagaan kami boleh berkembang maju sampai ke tahap ini. Of course tanpa permintaan, sokongan dari para pelanggan dan izin Allah khususnya, kami tidak akan mampu berada di tahap ini. Al-maklumlah, terdapat banyak competitors kami diluar sana yang mempunyai kepakaran yang jauh lebih mendalam dalam bidang perkayuan. Apa pun, terima kasih kalian atas perkongsian dan tip-tips perkayuan dari anda semua.

Dahulu, semasa mula berjinak-jinak dengan perkayuan ini, kami bermula dengan mencari kayu-kayu eksotik seperti Kemuning Hitam, Kemuning Emas, Penawar Hitam dan sebagainya. Apabila kami mula mengembangkan sayap kami untuk menceburi pertukangan, kami telah menanamkan dalam diri untuk sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan apabila kami sedang menyiapkan tempahan dari pelanggan.

Berikut adalah perkara-perkara yang kami titik beratkan untuk senantiasa memenuhi, dan memastikan kepuasan pelanggan;

1. Customer is always right

Sebagai pembeli, semestinya kita mahukan yang terbaik dan mendapat pulangan yang orang kata "worth every penny". Sebab  itu lah, sebelum kami bersetuju untuk menerima tempahan perabut, peralatan masjid, hasil kraftangan mahupun aksesori dari kayu eksotik, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pelanggan untuk memastikan kami dapat menepati kehendak pelanggan. Apabila kepakaran kami selari dengan kehendak pelanggan, barulah kami bersetuju untuk menerima dan membuat tempahan tersebut. Jikalau kami tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sesuatu produk, kami terpaksa tolak kerana kami tidak mahu menjejaskan kualiti produk kami.



2. We choose the best breed of wood

Bagi memastikan perabut-perabut yang kami hasilkan adalah berkualiti tinggi, kami hanya menggunakan kayu-kayu dari baka yang terpilih sahaja. Kami berpegang kepada formula;

Kayu dari baka yang terpilih + Ketelitian ketika bertukang = HASIL PERTUKANGAN YANG BERKUALITI

Dengan adanya formula ini, dan berpegang teguh kepada perinsip ini, Alhamdulillah, pelanggan percaya dengan apa yang kami berikan selama ini. Bila kami sentiasa memberi dan melakukan yang terbaik, Insya Allah berkat semuanya.



3. Reka bentuk @ Design

Reka bentuk yang kami utarakan kepada ukiran-ukiran untuk peralatan masjid dan perabut khususnya, adalah reka bentuk tradisional ataupun reka bentuk moden, bergantung kepada permintaan pelanggan. Tapi sejak adanya designer berjiwa muda, kami sudah mula infuse rekabentuk tradisional dan moden, dan sudah mula propose design sebegini kepada pelanggan kami. Untuk menghasilkan gabungan rekabentuk tradisional dan moden adalah sesuatu yang mencabar tapi berbaloi. Disinilah anda dapat menyaksikan keunikan KWM Craft dalam menghasilkan hasil pertukangan yang lain dari yang lain. Oleh sebab itulah kami sentiasa "push" diri kami untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik.



4. Hasil Kraftangan Gred A.

Terma "Kraftangan" ini bererti hasil pertukangan dari tangan yang menitikberatkan ciri-ciri kebudayaan sesuatu kaum. Tetapi, ada sesetengah hasil kraftangan kompleks kami buat dari machine with the assistance of human factor. So.....produk kami masih boleh dikategorikan sebagai kraftangan jugak la kan? Kami menghasilkan kraftangan yang bersifat eksklusif, maksudnya kebanyakkan tempahan untuk hasil kraftangan tradional seperti kotak contohnya adalah ditempah khas untuk VIP atau VVIP, dan ada jugak yang tempah untuk yag tersayang. haaaaa...kelas gitu. Since banyak tempahan "nak cepat", kami gunakan mesin, dan untuk mengemaskan lagi, kami sendiri yang gosok dan kilatkan. Nak tahu lebih lanjut tentang tempahan VVIP, boleh klink link ini.



5. Kepercayaan

Kepercayaan dalam konteks ini bermaksud, pelanggan dan KWM Craft sentiasa bersangka baik, which means, pelanggan percaya yang kami akan deliver, memberikan yang terbaik, dan siap on-time. Kami pula percaya, jika kami build rapport dengan para pelanggan, pelanggan juga rasa syok dengan tempahan diaorang, kami pasti pelanggan akan "repeat order" ataupun spread good words tentang KWM Craft, dan juga kenalkan kami kepada kenalan-kenalan lain for better networking. Seperti baru-baru ini, kami diberi kepercayaan untuk menghasilkan rak pameran di MAHA 2016 yang sedang berlangsung sekarang ini. Boleh klik link ini untuk post full mengenai projek MAHA 2016 .


Nampaknya, itu sahaja lah yang kami nak share tentang 5 tips bagaimana kami masih boleh bertahan dalam industri pertukangan dengan menitikkan kepuasan pelanggan semasa berurusan dengan para pelanggan kami. Sekian itu sahaja dari kami. Boleh PM nombor dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

P/s: Maaf ye ada banyak campurization di post kali ini!

Friday 2 December 2016

Tempahan perabot untuk MAHA 2016

Assalamualaikum wbt... Bismillah

Kami telah menyiapkan tempahan customer sebagai salah satu booth di MAHA 2016 baru-baru ini. 
Kelainan yang dipersembahkan didalam perabot tempahan yang dapat menarik perhatian para pengunjung di MAHA. 





Ini adalah satu contoh perabot - perabot yang ditempah khas, mengikut konsep 'garden' atau taman. Kayu - kayu yang kami gunakan sangat berkualiti dan tahan lama.
Bukan itu sahaja, harga yang kami tawarkan sangat berbaloi dengan kualiti dan perkhidmatan yang kami berikan.





Kelainan yang ditunjukkan dalam perabot booth ini pula berdasarkan 'pit stop dan Pavillion'.
Kami juga memberikan perkhidmatan design logo dan membuat logo menggunakan kayu. Tempahan Logo Warung Tani dan Azam Tani Pit Stop yang telah kami siapkan. 

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi
Hj Isa 0127986909