Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Tuesday 31 May 2016

Siapa suka tanam pokok angkat tangan!

Siapa yang nak tanam pokok, tapi kawasan rumah tak cukup luas, raise both hands!

Saya! (Sambil angkat semua tangan) Hehe...

Hmmm....kdg-kdg tu rasa geram je nak tanam semua jenis pokok tapi apakan daya, rumah sempit (bercakap berdasarkan pengalaman). Well, ruang ni memang merupakan satu faktor utama kenapa anda tak boleh nk tanam pokok banyak-banyak dalam kawasan rumah sendiri. Tapi itu tak bermakna anda perlu pindah rumah. Relaks dulu..., KWM ada jln penyelesaiannya. *wink*

Tengok customer tetap kitaorang ni, bagaimana beliau tackle permasalahan ini - dengan menempah rak pokok bertingkat-tingkat. Haaa..bukan mangkuk aje yang bertingkat-tingkat, nk tanam pokok pon boleh bertingkat skarang ni tau.


Inilah dia rak pokok bertingkat-tingkat yang disebut-sebut tadi. Boleh juga digunakan untuk letak barang-barang gardening.

 Pemandangan serba hijau herba-herba diatas rak yang ditanam oleh isteri tercinta. Bukan setakat herba sahaja, malah ada pokok tin yg di tanam di belakang rumah. Sesiapa yang berminat nak tanam pokok tin ataupon nk beli pokok herba,jemput-jemputlah wassap Hajjah untuk lebih info!

Lagi satu jenis rak yg ditempah oleh customer. Sesuai untuk tanam anak pokok terutamanya. Juga sgt sesuai untuk yg tinggal di apartment with limited space tapi masih gigih dan bersemangat nak tanam pokok jugak!

Berminat nak tanam pokok dan selesaikan masalah kekurangan ruang untuk tanam pokok? Sila hubungi kami: 
Haji: 012.798.6909
Hajjah:012.658.8744
Sara: 011.1195.7717
Firdaus:013.202.3420

Sunday 29 May 2016

Siapa kata kayu tak boleh buat hantaran?

Tak dak sapa kata tak boleh. Kalau hang nak try, try la... Kami ada banyak stok! Hehe....

Di kilang KWM skarang ni, tak putus-putus order untuk dulang hantaran. Kalau kat kedai-kedai barang hantaran kahwin, kebanyakkan dulang ni pakai plastik, tak pon besi (maybe). Dah lama tak kahwin, so..x berapa nak pasti. Ops!

Uniknya dulang hantaran buatan KWM ni adalah, kami menggunakan kayu. Sangat rare bukan? Kalau sebelum ni kita pakai yang plastik/besi yang dah sokmo-sokmo nampak kat kedai-kedai tu, apa kata skarang ni kita ubah perspektif para tetamu dan impress-kan besan terutamanya dengan menggunakan dulang menggunakan kayu. (make sure niat bukan nak riak ye :) hehe...).

Pasti dalam hati, besan akan berkata WOW dan tetamu pula akan tertanya-tanya "depa bli kat mana ni? Nak tiru lah lain kali".




Haaa.. nampak tak design dulang hantaran ni? Simple je tapi menarik. Ada dua tone kayu yang kontra tu yang membuat kan dulang ni pops up dari yang biasa kita lihat kat kedai-kedai mahupun majlis-majlis pertunangan/pernikahan. Bukan itu je, since the design is very simple and minimal, hias sikit je dah umph! Tak payah la kita nak hias teruk-teruk; nak taruk manik la, labuci la, bunga daun semua bagai. Kalau gamnye melekat tak pe jugak, ni dan dan nak tukaq hantaran, dan dan tu la bunga tercabut, manik pulak berteraboq.. adoi mak.. pening!

Kalau hang tak nak pening-pening, jom la calling-calling ataupun whatsapp kami dan teruslah membuat tempahan kepada:

Sara: 011-1195 7717, Haji 012-798 6909 Hajjah 012-658 8744 atau Firdaus 013-202 3420.


Kepala tak pening, kenduri pon enjoy!


Tempahan Katil Bayi dan Rocking Crib

Seperti biasa, kilang kami sibuk menyiapkan tempahan-tempahan customer kami. Kali ini kami mendapat tempahan khas dari rakan Syafiq (anak) untuk membuat katil bayi (baby cot). Katil yang sempurna untuk nurseri bayi anda adalah penting, Ini adalah kerana bayi  anda akan menghabiskan lebih banyak masa sendirian di katil berbanding tempat lain. 

Side wall pada katil bayi ini boleh diturunkan. (gambar akan di update nanti) Tujuannya, apabila bayi besar nanti - dan boleh berjalan,, bolehlah dubahsua menjadi katil.





Customer meminta kemasan berwarna kelabu (gambar juga akan di update nanti.) Kami boleh customize permintaan customer untuk membuat  berbagai-bagai jenis katil serta kemasan warna yang berbeza untuk memenuhi semua citarasa dan bajet. Yang penting, customer happy!

07/06/2016: Seperti yang dijanjikan, update gambar baby cot in grey:

Cantik kan? Sedia untuk penghantaran!



Rocking Crib untuk Aqiqah atau buai

Seperti yang pernah kami update sebelum ini, kami pernah membuat rocking crib yang comel ini, sesuai untuk dijadikan buai di dalam rumah ataupun aqiqah. Kami pernah menerima beberapa tempahan untuk rocking crib ini bagi tujuan majlis Aqiqah.

Rocking crib untuk cucu baru lahir. Kebetulan pula tilam kekabu ini muat-muat sahaja diletakkan didalamnya. 

Tempahan rocking crib di kilang.


Comel kan? Jikalau berminat untuk tempahan, sila hubungi mana-mana nombor berikut:

Sara: 011-1195 7717, Haji 012-798 6909 Hajjah 012-658 8744 atau Firdaus 013-202 3420.

Thursday 19 May 2016

Pameran smidex 2016 KLCC

Alhamdulillah selama 3 hari kita berada di klcc convention centre menyertai pameran Malaysian Capabilities anjuran MITI dan SME Corp
Dengan penampilan pertama kali di pameran yg bersifat international ini diharapkan KWM Craft akan lebih berkembang maju dan maju....aaminn
Salah seorang pengunjung booth dari Japan
Dengan adanya pendedahan ini kepada masyarakat dunia maka akan lebih dikenali dan pasaran perkayuan eksotik dan produk eksotik malaysia akan ke dunia

Kami menyediakan perkhidmatan seperti berikut:
1. Membuat mimbar kayu custom
2. Membuat cokmar masjid
3. Membuat pen dari kayu2 eksotik
4. Membina perabut tempahan khas
5. Mengendalikan kursus2 woodworking
6. Kursus ukiran kayu asas
7. Kursus melarik kayu
8. Menjual herba berasaskan kayu
9. Membuat panel kayu islamic pattern


Sekiranya ada yg berminat dengan perkhidmatan yg kami sediakan sila hubungi Hj Isa 0127986909
atau firdaus 0132023420 atau whatsapp