Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Thursday 14 March 2013

Sarung parang belah atas

Sarung parang belah atas / tebuk

Setelah dua tiga hari membuat temujanji dgn Cg Cepoi Behrang,saya telah berkesempatan utk belajar/menuntut ilmu membuat sarung parang dgn Cg Cepoi yg telah bermurah hati utk berkongsi ilmu secara percuma.....maka saya pun perturunkan ilmu tersebut utk dikongsi bersama.


Kali ni untuk tujuan pembelajaran saya menggunakan kayu second hand pallet yg nampak cantik juga ira dia tetapi lembut sedikit. Maka kita mulakan dgn melukis hulu diatas kayudgn pensil dgn mengambil kira panjang bilah pisau.


Pastikan bentuk hulu dipadankan dgn bilah pisau agar seimbang dgn panjang pisau.



Dengan menggunakan Jig Saw dgn mata khusus utk kayu maka kita mula membelah mengikut lukisan.



Dengan menggunakan drill yg diatas kita buat lubang utk memasukkan hulu belah pisau.


Dengan menggunakan grinder kita membentuk mata hulu supaya disegikan utk menguatkan cengkaman dgn kayu hulu nanti.



Dengan memasukkan habuk kayu dicampur dgn gam 3 saat kita masukkan hulu parang dgn besi bilah dan diketatkan lagi dgn habuk kayu sehinggalah rapat keseluruhan hulu dan diratakan.


Mulakan membelah sarung mengikut lukisan.


Proses seterusnya setelah dibelah maka kita mula belah bahagian atas sarung.

Setelah dibelah bahagian atas dgn menggunakan cicular saw kta sambung semula dgn gam 3 saat.


Diantara mesin yg digunakan utk proses membuat sarung parang. 1. Jig Saw 2. Circular Saw 3. Belt sander.


Belahan atas sarung dan bawah digam menggunakan gam 3 saat dan di apit dgn clamp dan dibioarkan selama beberapa minit agar sebati dgn sambungannya.



Masukkan bilah parang kedalam sarung agar dpt masuk dgn baik dan boleh diukur sais bulatan utk locking.


Dgn menggunakan drill ni kita mula membuat locking system utk bilah parang.


Untuk membentuk sarung dan hulu kita menggunakan grinder yg dipasang dgn kertas pasir.



Produk yg telah siap dan belum diletakkan final layer. Kayu pine wood bekas pallet.

Berminat boleh berhubong dgn Hj 0127986909


2 comments:

  1. Tahniah atas persembahan yg sangat baik, mudah difahami, lengkap sudshannya. Terima kasih kpd semua pihak yg terlibat utk dikongsi satu ilmu yg unik dan jarang dikongsi.. tahniah

    ReplyDelete
  2. sarung parang tersebut terlihat bagus, rapi dan modelnya unique,
    terimakasih tutorialnya,
    ilmu yang sangat berguna bagi saya

    ReplyDelete