Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Saturday, 26 April 2025

Repair Kerusi LAMA / ROSAK Jadi BARU

Hai Assalamulaikumm gaiss

Korang ada tak kerusi atau perabot yang korang sayang sangat tapi dah buruk atau dah patah. Nak buang sayang. Tapi dah tak boleh guna. Kadang-kadang barang lama ni ada sentimental value dia sendiri, tapi bila dah rosak, ramai terus buang. Kami pulak cuba lah amik pendekatan lain, kami terima je sesiapa yang nak repair kerusi yang dah patah tu untuk kami  repair dan cantikkan semula dan bagi owner ada senyum laaa..

Jadi harini min nak share la sikit beberapa gambar yang mana kerusi rosak / patah / buruk jadi lawa balik dan fully functional. Kerusi yang dah "nyawa-nyawa ikan" tu terus jadi kerusi yang kukuh dan nampak elok. To be honest, memang rasa puas tau bila barang yang hampir dilupakan tu hidup balik. 

Haaa.. jom tengok gambar kat bawah ni.

Gambar 1: Kerusi ni dah memang roboh habis masa customer hantar, jadi kami cantumkan balik dah kilatkan balik maka jadilah cantik seperti baru dan boleh guna seperti biasa.


SEBELUM


SELEPAS

Gambar 2: Kerusi ni armrest dia sebelah dah patah dan adalah calar2 sikit pada kerusi. Jadi kami pun buatkan armrest yang baru sama saiz macam yang sedia ada kemudian catkan semula. Kusyen kami akan cabut dulu sebelum proses2 mencantikkan semula kerusi tu. Kusyen kami tak tukar sebab masih elok dan cantik.

SEBELUM 



  SELEPAS

Gambar 3: Customer yang sama dengan kerusi putih gambar 2. Customer berpuas hati dengan hasil kerja kami sebelum ni. Jadi customer kami ni hantar lagi 4 buah kerusi yang sama untuk dicantikkan dan dicat semula. Gambar sebelum dan selepas taknampak beza sebab cuma calar2 sikit je.. 

SEBELUM

SELEPAS


Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )

No comments:

Post a Comment