Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label custom made furniture. Show all posts
Showing posts with label custom made furniture. Show all posts

Saturday, 16 January 2021

Tempahan Mimbar Surau Taman Maluri

Hai Assalamualaikum

Alhamdulillah last day before PKP 2.0 kami selesai menghantar mimbar tempahan pelanggan.. Mimbar ni untuk Surau Taman Maluri Ampang. Alhamdulillah customer puas hati dengan hasil kerja kami.. Nampak muka kegembiraan  terpancar bila mimbar baru dah sampai..

Sekarang kan dah banyak surau yang dinaik taraf sebagai surau untuk solat Jumaat. So kalau ada mana-mana surau Jumaat yang masih belum memiliki mimbar untuk khatib baca khutbah meh lah PM kami.. Kami boleh adjust size ikut kesusaian surau.. 

Musim PKP ni kami still menerima kalau ada yang nak membuat tempahan.. Tak kisah sama ada barangan masjid atau custom order.. Boleh je hubungi kami











 Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp (Klik pada no dibawah)

Hj Isa ( 0127986909 )
Wan ( 0176755236 )
Alin ( 0176759935 )
Syafiqah ( 0123488760 )

Thursday, 25 July 2019

Tempahan Meja Penceramah : Surau De' Rozelle

Hai Assalamualaikum Readers!!
Selamat sejahtera...

Harini kami nak share sikit meja kuliah/penceramah paling kiut abad ini.. 
Ni kire first time lah kami nampak meja penceramah colour pinkπŸ˜‚πŸ˜‚
Haa.. ni lah dia  meja yang customer kami request..
Cust tu pilih design meja yang ada dalam katalog kami, tapi dia takmau colour yang pernah kami buat.. Dia nak yang lain.. Makanya jadilah meja seperti dibawah.. 
Meja yang sangat kiut dan comel.. Mesti nanti ustaz yang bagi ceramah nanti nampak kiut je bila duduk kat meja ni.. hihi

So, pada sesapa yang nak tempah ngan kami.. Haa, mailahh.. jangan segan-segan..
Kami akan sedaya upaya buat ikut permintaan anda.. InsyaAllah impian anda jadi realiti.. hihi

Well, kami kann "Your Wood Working Partner" πŸ˜‰πŸ˜‰







Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )

Monday, 13 March 2017

Perabot Rumah Mampu Milik


Alhamdulilllah, sudah siap tempahan perabot rumah mampu milik untuk dihantar ke Kota Warisan dan Kajang.

                                                                       
Almari 'corner' untuk diletak di bilik tidur dan ruang tamu. Dengan finishing 'clear' untuk menampakkan ira kayu.


Almari baju yang pelbagai compartment.


Rak tempahan customer untuk 'display' Mug dan cawan - cawan antik  


Sebarang pertanyaan dan tempahan,
Sila hubungi hj isa 0127986909,  Ikah 0123488760 

Friday, 10 March 2017

Product Laser : Ayat Seribu Dinar

Alhamdulillah. ini adalah salah satu produk yang telah kami hasilkan. Iaitu frame khat khufi diatas canvas yang menjadi 'trend' terkini cuma yang berbezanya kami menggunakan base kayu plywood.


 Tulisan Khat yg boleh di buat diatas kayu atau mengikut design anda



Ukiran frame menggunakan laser dan islamic pattern



Untuk perhiasan dinding dari kayu chengal atau jati atau plywood sila hubungi kami. Ukiran tembus untuk penghadang surau atau masjid atau ukiran mihrab masjid sila hubungi kami di 0127986909 atau syafiqah 012 3488760

Wednesday, 7 December 2016

5 Asas KWM Craft untuk Kepuasan Pelanggan

Asslamaualaikum, salam sejahtera semua!

Hari ni kami nak share sedikit dengan para pembaca sekalian, mengenai bagaimana perniagaan kami boleh berkembang maju sampai ke tahap ini. Of course tanpa permintaan, sokongan dari para pelanggan dan izin Allah khususnya, kami tidak akan mampu berada di tahap ini. Al-maklumlah, terdapat banyak competitors kami diluar sana yang mempunyai kepakaran yang jauh lebih mendalam dalam bidang perkayuan. Apa pun, terima kasih kalian atas perkongsian dan tip-tips perkayuan dari anda semua.

Dahulu, semasa mula berjinak-jinak dengan perkayuan ini, kami bermula dengan mencari kayu-kayu eksotik seperti Kemuning Hitam, Kemuning Emas, Penawar Hitam dan sebagainya. Apabila kami mula mengembangkan sayap kami untuk menceburi pertukangan, kami telah menanamkan dalam diri untuk sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan apabila kami sedang menyiapkan tempahan dari pelanggan.

Berikut adalah perkara-perkara yang kami titik beratkan untuk senantiasa memenuhi, dan memastikan kepuasan pelanggan;

1. Customer is always right

Sebagai pembeli, semestinya kita mahukan yang terbaik dan mendapat pulangan yang orang kata "worth every penny". Sebab  itu lah, sebelum kami bersetuju untuk menerima tempahan perabut, peralatan masjid, hasil kraftangan mahupun aksesori dari kayu eksotik, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pelanggan untuk memastikan kami dapat menepati kehendak pelanggan. Apabila kepakaran kami selari dengan kehendak pelanggan, barulah kami bersetuju untuk menerima dan membuat tempahan tersebut. Jikalau kami tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sesuatu produk, kami terpaksa tolak kerana kami tidak mahu menjejaskan kualiti produk kami.



2. We choose the best breed of wood

Bagi memastikan perabut-perabut yang kami hasilkan adalah berkualiti tinggi, kami hanya menggunakan kayu-kayu dari baka yang terpilih sahaja. Kami berpegang kepada formula;

Kayu dari baka yang terpilih + Ketelitian ketika bertukang = HASIL PERTUKANGAN YANG BERKUALITI

Dengan adanya formula ini, dan berpegang teguh kepada perinsip ini, Alhamdulillah, pelanggan percaya dengan apa yang kami berikan selama ini. Bila kami sentiasa memberi dan melakukan yang terbaik, Insya Allah berkat semuanya.



3. Reka bentuk @ Design

Reka bentuk yang kami utarakan kepada ukiran-ukiran untuk peralatan masjid dan perabut khususnya, adalah reka bentuk tradisional ataupun reka bentuk moden, bergantung kepada permintaan pelanggan. Tapi sejak adanya designer berjiwa muda, kami sudah mula infuse rekabentuk tradisional dan moden, dan sudah mula propose design sebegini kepada pelanggan kami. Untuk menghasilkan gabungan rekabentuk tradisional dan moden adalah sesuatu yang mencabar tapi berbaloi. Disinilah anda dapat menyaksikan keunikan KWM Craft dalam menghasilkan hasil pertukangan yang lain dari yang lain. Oleh sebab itulah kami sentiasa "push" diri kami untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik.



4. Hasil Kraftangan Gred A.

Terma "Kraftangan" ini bererti hasil pertukangan dari tangan yang menitikberatkan ciri-ciri kebudayaan sesuatu kaum. Tetapi, ada sesetengah hasil kraftangan kompleks kami buat dari machine with the assistance of human factor. So.....produk kami masih boleh dikategorikan sebagai kraftangan jugak la kan? Kami menghasilkan kraftangan yang bersifat eksklusif, maksudnya kebanyakkan tempahan untuk hasil kraftangan tradional seperti kotak contohnya adalah ditempah khas untuk VIP atau VVIP, dan ada jugak yang tempah untuk yag tersayang. haaaaa...kelas gitu. Since banyak tempahan "nak cepat", kami gunakan mesin, dan untuk mengemaskan lagi, kami sendiri yang gosok dan kilatkan. Nak tahu lebih lanjut tentang tempahan VVIP, boleh klink link ini.



5. Kepercayaan

Kepercayaan dalam konteks ini bermaksud, pelanggan dan KWM Craft sentiasa bersangka baik, which means, pelanggan percaya yang kami akan deliver, memberikan yang terbaik, dan siap on-time. Kami pula percaya, jika kami build rapport dengan para pelanggan, pelanggan juga rasa syok dengan tempahan diaorang, kami pasti pelanggan akan "repeat order" ataupun spread good words tentang KWM Craft, dan juga kenalkan kami kepada kenalan-kenalan lain for better networking. Seperti baru-baru ini, kami diberi kepercayaan untuk menghasilkan rak pameran di MAHA 2016 yang sedang berlangsung sekarang ini. Boleh klik link ini untuk post full mengenai projek MAHA 2016 .


Nampaknya, itu sahaja lah yang kami nak share tentang 5 tips bagaimana kami masih boleh bertahan dalam industri pertukangan dengan menitikkan kepuasan pelanggan semasa berurusan dengan para pelanggan kami. Sekian itu sahaja dari kami. Boleh PM nombor dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

P/s: Maaf ye ada banyak campurization di post kali ini!

Wednesday, 15 June 2016

Ramadhan Ikon Kekuatan Umat Islam

Berpuasa bukanlah halangan untuk bekerja, malah berpuasa adalah kekuatan umat Islam. Ini adalah kerana ibadah puasa dapat menguatkan jasmani dan rohani pengamalnya. Bukan itu sahaja, pada zaman dahulu, kebanyakkan peperangan berlaku di bulan Ramadhan pada zaman pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Bercakap mengenai puasa dan kerja, memang tidak dinafikan lagi aktiviti pertukangan memerlukan physical strength, tetapi demi mencari rezeki yang halal, kami tempuhi jua. Maklumlah dengan panas terik, tak boleh minum air pulak tu... huhu.. kami sabar... dan apabila kami pikirkan semula, itulah sebenarnya yang menguatkan lagi semangat kami untuk berpuasa. Ye lah, orang dulu-dulu berperang tak complaint pun, jadi, kita sabar sahaja. Lagipun, apalah sangat rasa lapar dan dahaga itu jika dibandingkan dengan insan-insan lain diluar sana yang mungkin berpuasa sepanjang tahun. Alhamdulillah kami masih diberikan peluang untuk berbuka puasa dan makan makanan sedap-sedap yang dimasak oleh isteri tercinta. 

Dalam pada 10 hari kami berpuasa, kami masih gigih menyiapkan tempahan dari customers. Kebanyakkan tempahan adalah dari masjid dan surau dan juga individu lain yang nak update furniture rumah sempana Aidilfitri yang bakal tiba.

Tiba-tiba teringat, baju raya tak jahit lagi. Sempat kan nak jahit? hehe... 

Kali ni nak update sikit tentang suasana dikilang kami.

Seperti biasa, kilang kami beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Whiteboard "To do list", hampir penuh (boleh lagi selit a few projects). Hehe...


Pekerja-pekerja kami sibuk menyiapkan tempahan customer. Depa ni bukan saja-saja buat busy dalam gambar, tapi ini ialah senario sebenar dalam kilang.


Yang ini pulak, seni ukiran menggunakan mesin CNC untuk mengukir plat nama masjid diatas kayu.


Salah seorang pekerja kami fokus menyiapkan mimbar masjid. Nak tahu lebih lanjut tentang mimbar, boleh Klik Sini : Peralatan Masjid 6 Serangkai



Yang ini pula adalah tempahan meja menjahit oleh tukang Jahit. Baru sahaja selesai menghantarnya ke destinasi. [ Blog post terdahulu tentang meja tukang jahit, klik sini ]


Kami juga telah selesai menghantar meja dengan design yang unik ke rumah customer. [ Blog post terdahulu tentang meja unik, klik sini ]


Ahad lepas, kami sempat berbuka puasa di Bayou Cafe, Cyberjaya. Owner juga merupakan salah seorang customer kami yang menempah beberapa dulang kuih. Boleh klik link ini untuk keterangan lanjut mengenai dulang.[ Blog Post: Siapa kata kayu tidak boleh buat hantaran? ]


Suasana di Buyou Cafe, Cyberjaya. Makan sedap, puas hati dengan harga bufet. Alhamdulillah. 


Petang tadi pula, kami menerima kunjungan yang tak disangka-sangka oleh seorang Tuan Haji Ahmad Nor Sulaiman. Beliau juga ada membuat beberapa tempahan dengan kami.


Malamnya, kami berbuka pula dengan buah Tin,  hasil tanaman isteri di garden "Taman Nilam Tin". Buah Tin ni berlainan tekstur dan rasanya berbanding dengan buah-buah yang biasa kita makan. Kalau dapat rasa yang fresh, rasanya memang umph! boleh memukau siapa sahaja yang merasainya. Terdapat pelbagai spesis pokok Tin di garden kami. Lain spesis lain rasanya. Yang pasti semuanya delicious sehingga menjilat jari. Boleh usha-usha pokok tin di Facebook Rohani Abd Aziz. Post lain mengenai rak tanam pokok boleh KLIK SINI.

So far, itu sahaja update mengenai aktiviti di kilang kami. Ramadhan tinggal lebih kurang 20 hari lagi, jadi, marilah sama-sama kita manfaatkannya. Bulan Ramadhan bukan alasan untuk banyak tidur, tapi alasan untuk buat lebih banyak kebaikan dari sebelumnya kerana pahala yang kita dapat berlipat ganda. Apa lagi, jom beribadah pula! Tata Titi Tutu...

p/s: Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717