Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Friday, 24 October 2025

Tempahan Meja Kuliah Surau Al-Islahiyah, Pudu KL

Suasana kuliah dan tazkirah di surau pastinya lebih tersusun apabila ustaz mempunyai meja khas untuk meletakkan kitab dan nota.

Dengan itu, team kami telah menghasilkan meja ceramah  yang direka khas untuk memenuhi keperluan penceramah di rumah Allah dengan design yang kukuh, kemas dan tahan lama.

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Surau Jumaat Al-Aslahiyah, Pudu, KL. Meja ceramah ini dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang praktikal serta kemasan yang rapi.
Hasil kerja teliti pasukan kami memastikan setiap sudut siap dengan sempurna agar mudah digunakan dan tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami di KWM percaya bahawa setiap hasil kerja untuk masjid dan surau adalah satu amanah. Semoga dengan adanya meja ceramah ini menjadi manfaat kepada para ustaz dan jemaah di Surau Jumaat Al-Aslahiyah, serta menjadi saham pahala berpanjangan untuk semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Surau Jumaat Al-Aslahiyah atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah, kami akan terus menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:






No comments:

Post a Comment