Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Tuesday, 21 October 2025

Tempahan Meja Kuliah Surau Asy-Syakirin , Hulu Langat

 Hai Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh team KWM. Kali ini kami berpeluang menyiapkan dan menghantar meja ceramah  khas untuk Surau Asy-Syakirin, Taman Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor.

Meja ini direka dengan struktur yang kukuh dan kemasan yang kemas, sesuai digunakan oleh para ustaz ketika menyampaikan kuliah, tazkirah dan program ilmu di surau. Setiap bahagian dibuat dengan teliti oleh pasukan kami bagi memastikan hasilnya bukan sahaja menarik, tetapi juga tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami di KWM percaya setiap hasil kerja yang dibuat untuk rumah Allah adalah satu amanah.Semoga meja ceramah ini menjadi manfaat kepada para ustaz dan jemaah di Surau Asy-Syakirin, serta menjadi asbab pahala berpanjangan buat semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Surau Asy-Syakirin atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah, kami akan terus berusaha menghasilkan produk berkualiti untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:






No comments:

Post a Comment