Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Friday, 26 December 2025

TEMPAHAN MEJA KULIAH UNTUK MASJID DI BAGAN DATUK, PERAK

 Hai Assalamualaikum readers!

Alhamdulillah another tempahan meja kuliah siap. Kalini kami menerima tempahan daripada seorang hamba Allah yang ingin menginfaqkan mejja kuliah untuk Masjid Muhammad, Kampung Tanah Lalang, Bagan Datuk, Perak. Proses pembuatan meja ini pun berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya meja ni, pahala berpanjangan buat penginfaq. Aminnn

Ada yang berminat nak buat amal jariah juga dengan memberi infak kepada masjid atau surau di kawasan tempat tinggal anda? Apa tunggu lagi, meh hubungi kami untuk membuat tempahan.






Tuesday, 16 December 2025

Perkhidmatan memotong kayu atau pvc atau plywood menggunakan mesin CNC

Dalam industri kayu moden, ketepatan dan konsistensi adalah faktor utama untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

Kami menawarkan perkhidmatan memotong kayu menggunakan mesin CNC bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mahukan hasil potongan yang kemas, tepat dan seragam.

Mesin CNC (Computer Numerical Control) membolehkan proses pemotongan dilakukan dengan tahap ketepatan yang tinggi, sama ada untuk rekaan ringkas atau corak yang lebih kompleks.

Perkhidmatan ini sesuai untuk pelbagai kegunaan seperti:

  • Komponen perabot

  • Panel hiasan

  • Produk masjid & surau

  • Projek custom kayu

  • Ukiran logo, tulisan dan corak khas






Ada design sendiri atau perlukan bantuan potongan kayu menggunakan mesin CNC?
📲 Hubungi kami sekarang untuk perbincangan dan sebut harga.

Whatsapp : Hj Isa (0129156629)

Call : Hj Isa (0127986909)

Tuesday, 9 December 2025

KERUSI UNTUK SOLAT DUDUK




 

🕌 Kerusi Solat Duduk – Selesa, Kukuh & Mesra Warga Emas

Solat lebih khusyuk tanpa rasa sakit atau lenguh.
Kerusi solat duduk ini direka khas untuk memudahkan warga emas, ibu mengandung, pesakit lutut, atau sesiapa yang sukar berdiri lama.

Kukuh & stabil – Dibuat daripada kayu padu berkualiti tinggi.
Reka bentuk ergonomik – Ketinggian sesuai untuk sujud & rukuk dalam keadaan duduk.
Tempat sujud terbina – Lebih mudah, tidak perlu tunduk terlalu rendah.
Tempat simpanan bawaan – Boleh letak sejadah, tasbih atau kitab kecil.
Kusyen empuk – Memberi keselesaan sepanjang solat.
Tahan lama – Kemasan kayu halus, licin dan kemas.

Solat tetap sempurna, walaupun dalam keadaan duduk.
Hadiah terbaik untuk ibu ayah dan kegunaan di surau, masjid, rumah atau pejabat.

📦 Stok terhad — tempah sekarang sebelum habis!

Whatsapp : Hj Isa (0129156629)

Call : Hj Isa (0127986909)


Tuesday, 2 December 2025

Tempahan Cokmar Masjid: Khas untuk Bacaan Khutbah & Kini Dibuka Untuk Musim Raya

Cokmar merupakan salah satu pelengkap penting bagi ruang mimbar di masjid. Selain berfungsi sebagai simbolik dan pelengkap protokol bacaan khutbah, ia juga menambah seri dan imej profesional ketika khatib menyampaikan khutbah Jumaat atau majlis rasmi di masjid.

Di KWM Craft, kami menyediakan cokmar masjid custom made yang direka khas mengikut keperluan, konsep dan identiti setiap masjid. Setiap unit dihasilkan dengan teliti dari segi pemilihan kayu, proses pembuatan, sehingga ke finishing akhir supaya hasilnya benar-benar kemas, kukuh dan tahan lama.

Kegunaan Cokmar dalam Khutbah & Majlis Rasmi Masjid

Cokmar bukan sekadar aksesori. Ia membantu:

  • Memberi gaya protokol semasa khutbah Jumaat

  • Menaikkan imej mimbar masjid

  • Menjadikan penyampaian khutbah lebih tersusun

  • Melengkapkan kedudukan khatib semasa membaca teks khutbah

  • Menambah elemen estetika dalam ruang solat utama

Ramai pihak masjid memilih untuk menambah cokmar kerana ia memberi sentuhan eksklusif serta mencerminkan identiti institusi.

Tempahan Kini Dibuka Untuk Musim Raya

Sempena musim raya yang bakal menjelma ini, kami membuka slot tempahan cokmar baharu untuk masjid, surau dan institusi pendidikan Islam.
Ini masa terbaik untuk menaik taraf peralatan mimbar menjelang Syawal atau sebelum bermulanya program, kuliah dan majlis besar selepas raya.

Tempahan raya biasanya cepat penuh, jadi masjid digalakkan untuk book slot awal bagi memastikan penghantaran mengikut jadual.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah cokmar, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:






Friday, 24 October 2025

Tempahan Meja Kuliah Surau Al-Islahiyah, Pudu KL

Suasana kuliah dan tazkirah di surau pastinya lebih tersusun apabila ustaz mempunyai meja khas untuk meletakkan kitab dan nota.

Dengan itu, team kami telah menghasilkan meja ceramah  yang direka khas untuk memenuhi keperluan penceramah di rumah Allah dengan design yang kukuh, kemas dan tahan lama.

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan dan diserahkan kepada Surau Jumaat Al-Aslahiyah, Pudu, KL. Meja ceramah ini dibuat menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan reka bentuk yang praktikal serta kemasan yang rapi.
Hasil kerja teliti pasukan kami memastikan setiap sudut siap dengan sempurna agar mudah digunakan dan tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami di KWM percaya bahawa setiap hasil kerja untuk masjid dan surau adalah satu amanah. Semoga dengan adanya meja ceramah ini menjadi manfaat kepada para ustaz dan jemaah di Surau Jumaat Al-Aslahiyah, serta menjadi saham pahala berpanjangan untuk semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Surau Jumaat Al-Aslahiyah atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah, kami akan terus menghasilkan produk berkualiti tinggi untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp






Tuesday, 21 October 2025

Tempahan Meja Kuliah Surau Asy-Syakirin , Hulu Langat

 Hai Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh team KWM. Kali ini kami berpeluang menyiapkan dan menghantar meja ceramah  khas untuk Surau Asy-Syakirin, Taman Lagenda Suria, Hulu Langat, Selangor.

Meja ini direka dengan struktur yang kukuh dan kemasan yang kemas, sesuai digunakan oleh para ustaz ketika menyampaikan kuliah, tazkirah dan program ilmu di surau. Setiap bahagian dibuat dengan teliti oleh pasukan kami bagi memastikan hasilnya bukan sahaja menarik, tetapi juga tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami di KWM percaya setiap hasil kerja yang dibuat untuk rumah Allah adalah satu amanah.Semoga meja ceramah ini menjadi manfaat kepada para ustaz dan jemaah di Surau Asy-Syakirin, serta menjadi asbab pahala berpanjangan buat semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Surau Asy-Syakirin atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. InsyaAllah, kami akan terus berusaha menghasilkan produk berkualiti untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:






Tuesday, 14 October 2025

Rostrum Untuk Masjid Bandar Bukit Raja, Klang

Hai Assalamalaikum..

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh team kami.

Kali ini kami berpeluang menyiapkan dan menghantar rostrum untuk Masjid Bandar Bukit Raja, Klang

Rostrum ini direka dengan kemasan yang kemas dan kukuh, sesuai digunakan untuk pelbagai majlis seperti khutbah Jumaat, kuliah agama, dan program rasmi masjid. Setiap perincian dibuat dengan teliti oleh pasukan produksi kami bagi memastikan hasil akhir bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami  percaya bahawa setiap hasil kerja yang dibuat untuk rumah Allah adalah satu amanah.
Semoga rostrum ini menjadi manfaat kepada para imam, penceramah, dan jemaah di Masjid Bandar Bukit Raja, serta menjadi asbab pahala berterusan buat semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Masjid Bandar Bukit Raja atas kepercayaan yang diberikan kepada team kami. InsyaAllah, kami akan terus menghasilkan produk berkualiti untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

Untuk masjid atau surau yang ingin menempah rostrum anda boleh hubungi kami pada nombor dibawah:-











Monday, 8 September 2025

TABUNG DERMA KECIL UNTUK MASJID QARYAH BAGAN PINANG, P

Hai Assalamualaikummm.. 

Alhamdulillah, siap lagi tempahan tabung derma kecil untuk Masjid Qaryah Bagan Pinang, Port Dickson. Kali ini pelanggan kami request design khas yang lebih kemas dan moden, siap dengan QR code bank untuk memudahkan urusan bagi jemaah yang cashless.. hihi

Keistimewaan tabung derma kalini 

Rekaan eksklusif bercorak Islamik – tampak elegan & sesuai untuk hiasan masjid/surau.
Cylinder lock (cam lock) – atas permintaan pelanggan, kami gunakan kunci jenis ini kerana lebih praktikal. Hanya perlukan satu kunci sahaja untuk buka semua tabung, jadi tak perlu simpan banyak kunci berbeza.
Mudah digunakan – Setiap tabung dilengkapi dengan roda jadi mudah untuk digerakkan 
Mesra sumbangan – selain slot tunai, kami sediakan QR code bank agar mudah untuk jemaah berinfak menggunakan e-wallet atau online transfer.

Kenapa Pilih Tabung Derma Kecil Ini?

Ramai pihak masjid & surau kini memilih tabung derma macamni kerana:

  • Lebih teratur dengan nombor siri.

  • Selamat & mudah diurus.

  • Sesuai dengan konsep moden (cashless donation).

Kami menerima tempahan custom untuk pelbagai jenis tabung derma  mengikut citarasa dan keperluan masjid/surau anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut








Thursday, 4 September 2025

Tempahan Khat Kayu – Surah Al-Furqan Ayat 74

Alhamdulillah, satu lagi hasil seni khat kayu berjaya disiapkan dengan penuh teliti. Kali ini kami menyiapkan ukiran ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Furqan ayat 74:

"رَبَّÙ†َا Ù‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ø£َزْÙˆَٰجِÙ†َا ÙˆَذُرِّÙŠَّٰتِÙ†َا Ù‚ُرَّØ©َ Ø£َعْÙŠُÙ†ٍ ÙˆَٱجْعَÙ„ْÙ†َا Ù„ِÙ„ْÙ…ُتَّÙ‚ِينَ Ø¥ِÙ…َامًا"

Ayat ini membawa doa yang indah – memohon agar pasangan dan keturunan menjadi penyejuk mata serta tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa.

Keistimewaan Khat Kayu

Tulisan Timbul Eksklusif – memberikan kesan 3D yang lebih menarik.
Berkualiti & Tahan Lama – sesuai dijadikan hiasan jangka panjang.
Rekaan Custom – pelanggan boleh memilih ayat, saiz dan gaya mengikut citarasa.
Serbaguna – sesuai dijadikan hiasan rumah, masjid, surau atau hadiah istimewa.

Kenapa Ramai Pilih Khat Kayu?

Selain menjadi hiasan yang cantik, khat kayu juga membawa nilai spiritual dan peringatan harian. Ramai pelanggan memilih untuk menghadiahkannya sempena perkahwinan, majlis kesyukuran, malah sebagai wakaf di masjid dan surau.

Tempahan

Kami menerima tempahan custom design mengikut keperluan anda. Hubungi kami di WhatsApp untuk berbincang lebih lanjut mengenai design, saiz dan harga

Wednesday, 3 September 2025

Cenderahati Eksklusif: Miniature Plaque Masjid & Replika Cokmar

 Alhamdulillah, satu lagi projek cenderahati eksklusif berjaya disiapkan untuk pelanggan kami. Kali ini kami hasilkan dua rekaan istimewa:

🕌 Miniature Plaque Masjid – replika masjid dalam kotak kaca yang melambangkan keindahan seni bina Islam serta kesucian rumah Allah.
⚔️ Replika Cokmar Eksklusif – simbolik warisan, kuasa dan penghargaan, sangat sesuai dijadikan hadiah rasmi atau kenangan istimewa.

Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh teliti menggunakan material berkualiti premium. Bukan sahaja tahan lama, malah tampil mewah dan elegan apabila dijadikan hiasan atau cenderahati.

Produk ini sangat sesuai untuk:

  • Majlis perasmian rasmi

  • Hadiah penghargaan kenangan lawatan

  • Koleksi korporat eksklusif

  • Hiasan unik bernilai sentimental

Kami juga menyediakan custom design mengikut keperluan dan permintaan pelanggan. Dengan pengalaman dalam menghasilkan pelbagai jenis cenderahati, kami percaya hasil kerja ini mampu memberi nilai tambah kepada setiap acara dan majlis anda.

📞 Untuk tempahan & pertanyaan

Replika Cokmar Eksklusif
Lambang warisan & penghargaan







Miniature Plaque Masjid
 Simbolik keindahan seni bina Islam





Friday, 29 August 2025

Meja Kuliah Surau Hj Fuad – Siap & Selamat Dihantar

 Hai Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh pasukan kami di KWM Craft. Kali ini, tempahan khas ini daripada Surau Hj Fuad, Meru, Klang. Sebuah meja kuliah eksklusif yang direka untuk kegunaan majlis ilmu, kuliah, dan ceramah di sana.

Meja ini dibina menggunakan kayu berkualiti tinggi, dengan reka bentuk yang kukuh serta kemasan yang kemas. Tujuannya adalah untuk memastikan keselesaan penceramah, serta menambahkan lagi seri suasana dalam majlis ilmu.

Selepas siap dipasang dan diperiksa, meja kuliah ini telah kami hantar terus ke Surau Hj Fuad menggunakan perkhidmatan Lalamove 🚚 untuk memastikan ia sampai dengan cepat dan selamat.

Kami di KWM Craft amat berterima kasih kepada pihak Surau Hj Fuad kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan meja kuliah ini. Semoga dengan adanya meja kuliah ini akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada jemaah dan majlis ilmu yang diadakan di surau tersebut.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:







MEJA KULIAH PUSAT TARBIYAH SIAP!

 Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah, satu lagi hasil tangan dari bengkel KWM Craft berjaya disiapkan. Meja kuliah kalini dibuat khas untuk Pusat Tarbiyah Pas Cawangan Kg Pak Darus.

Meja ini direka dengan penuh teliti untuk memastikan ia bukan sahaja kukuh & tahan lama, tetapi juga memberikan sentuhan kemas dan profesional dalam setiap majlis ilmu. Sesuai digunakan untuk kuliah, ceramah, mahupun program rasmi yang melibatkan penceramah undangan.

Kami menggunakan kayu solid yang berkualiti  dengan kemasan yang rapi, menjadikan meja ini bukan sekadar perabot, tetapi juga sebagai pelengkap suasana ilmu di rumah Allah.

📌 Tempahan kini dibuka!
Kalau masjid atau surau anda sedang mencari meja kuliah baru, hubungi kami sekarang untuk perbincangan & tempahan: