Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Friday 2 April 2021

Majlis Anugerah Usahawan Baharu Bumiputera Sektor Perkayuan


Hai Assalamualaikum readers!

Apa khabar awak semua.. Hope you guys are doing fine.. Harini min nak share sikit berkenaan pencapaian kami pada tahun ni. Asyik cerita tentang produk je kan.. Sekali sekala kite selit sikit about our achievement..

Alhamdulillah.. KWM Craft telah pun dilantik sebagai maincon bagi Program Latihan Usahawan Vendor Sub-Kontraktor Bumiputera (VENTURES) untuk Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) bagi tahun 2020. Program ini dianjurkan oleh MTIB. Dan pada 23 Mac yang lepas, Pihak MTIB telah mengadakan majlis graduasi bagi meraikan semua peserta-peserta program yang telah berjaya menamatkan program tersebut yang dijalankan selama 3 bulan.

Syukur ke hadrat Illahi, salah seorang peserta yang terlibat merupakan wakil daripada syarikat kami iaitu Muhammad Syazwan Muhamad Isa. Beliau telah dianugerahkan sebagai Peserta Muda Terbaik untuk Program tersebut.. Tahniah Syazwan Isa atas pencapaian tersebut..

Yang lebih menariknya , majlis graduasi tersebut juga telah mendapat liputan daripada pihak media seperti TV1 , Berita Harian, dan Metro. Alhamdulillah.. Semoga semua peserta yang terlibat dapat memperoleh segala ilmu yang telah dicurahkan oleh maincon untuk kegunaan masa hadapan dan dapat memajukan lagi industri perkayuan Malaysia. Nah, min share beberapa gambar sekitar majlis berlangsung.














 

No comments:

Post a Comment