Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label handmade pen. Show all posts
Showing posts with label handmade pen. Show all posts

Tuesday, 26 July 2016

Exotic Wooden Executive Pen


Assalamualaikum....

Apa khabar semua? Pagi-pagi ni mood ceria sebab tak sabar nak update blog ni ha. Dari malam tadi idea mencurah-curah ke ladang gandum sebab nak tulis pasal pen.

Pen je?

Ha...... yang ni bukan sembarangan pen, tapi pen ni handmade, dan diperbuat daripada kayu tau. Itu yang bezakan kami dengan pembekal-pembekal pen kat supermarket tu. Depa punya pen cantik, kami punya pen pun mesti lah cantik jugak. Bak kata omputih rare & distinguish gitu.

Pen ni ada dua, fountain pen dan ball-point pen. Kitaorang labeled it as Exotic Wooden Executive Pen. Sebab apa? Sebab bentuknya yang elegan (mcm yng geng-geng executive dok pakai tu), diperbuat dari kayu eksotik (ye, kayu eksotik, bukan kayu biasa), susah nak jumpa (of course) dan yang penting sekali, si pengguna akan nampak ada stylelah!


Jenis kayu eksotik yang boleh dipilih adalah dari Kayu Kemuning Hitam, Kayu Kemuning Emas, Ketengge, Kayu Teras Kelor, Kayu Arang Bunga, Kayu Akasia, Kayu Cendana, Kayu Penawar Hitam, Raja Kayu Hitam, dan Raja Kayu Putih. Banyak choice kan?



 Tempahan dari customer kami. Pen ini dari kayu kemuning hitam. Nampak kehijauan. Unik kan?

Yang dibawah ini pula, adalah antara tempahan dari customer dari pelbagai jenis kayu.






Pen ini juga di featured-kan di salah satu exhibition di PWTC beberapa bulan yang lepas. 



Siapa tak kenal dengan ikon perubatan TV Al-hijrah, Dr Norman? Beliau ada datang melawat kilang kami recently, tgh tengok-tengok barang-barang yang ada dibuat di kilang kami.


Last but not least, calling-calling  lah kami kalau nak cari executive pen yang diperbuat dari kayu untuk bos ke, untuk husband/wife ke, hadiah birthday ataupun anniversary, kegunaan sendiri ke, dan lain-lain.... etc (end-of-thinking-capacity)... *peace*


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717



Sunday, 6 December 2015


Alhamdulillah , lihatlah kecantikan seni ukiran kayu pen di atas, terdapat dua jenis pen yang kami pernah buat sebelum ini iaitu , pen berdakwat dan juga bold pen.

\
Seperti yang anda lihat , di gambar yang pertama merupakan pen jenis yang berdakwat , dan gambar ini pula merupakan jenis bold pen . Terdapat pelbagai jenis kayu yang digunakan seperti , kemuning emas , raja kayu merah , kemuning hitam , gemunggal , belian dan pelbagai lagi , mengikut kepada pelanggan kami.




Besi yang di Import khas daripada luar negara , yang berwarna emas dan juga tahan lama dan tidak berkarat.


Ini pula Jenis bold pen , berbeza sedikit dengan pen berdakwat tu , hanya perlu pusing dibahagian badan untuk membuka pen tersebut.


Jika anda ingin menempah pen ini atau mempunyai sebarang pertanyaan 
Sila hubungi nombor atau whatsapp  yang tertera :-

Hj : 012-7986909.
Hajjah : 012-6588744.
Wan (Anak) : 017-6755236.

Monday, 9 November 2015

Pen Kayu (Wood Pens)


Alhamdulillah selesai sudah untuk projek pen kayu kelas tinggi yang ditempah khas oleh customer kami.

Pen ini selalunya digunakan selalunya dalam majlis majlis perasmian, ataupun ketika proses menanda tangan. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain lain.



Ini antara cita rasa customer kami yang ingin bentuknya begini.
Pelbagai jenis kayu yang digunakan untuk membuat pen ini. Dan Jenis kayu ini akan dipilih oleh customer sendiri. 



Ini bagaimana pen ini dilihat di bahagian dalam ataupun dikenali sebagai mata pena.


Ini pula rekaan lain yang digubah oleh pekerja kami. 
Dan bawah saya akan paparkan antara contoh contoh pen kayu yang kami telah buat. 













Ini pula ketika proses membuat pen kayu dilakukan.




Dan setelah siap kami akan tempatkan pen kayu tersebut di dalam tepak khas atau bekas khas untuk dikirim kan kepada customer kami.




Untuk butiran lebih lanjut mengenai pen kayu ini atau ingin menempahnya
 atau juga ingin menempah atau membeli kayu pallet, dan
kami juga menjual Black Gold Kemuning Tea (Teh Kemuning Hitam) ,
sila hubungi no tertera.

Hj : 0127986909
Hajjah : 0126588744




Tuesday, 25 February 2014

exotic Handmade wooden pen

 
Pen kayu kemuning hitam menawan
 
Setelah siap maka tersergam indah kayu pen tersebut
 
 
Pen pen yg telah siap di kotak
 
 
Selain ball point kita juga telah membuat fountain pen berdakwat yg senang utk menandatangani setiap cek atau dokumen anda serta utk pemberian hadiah utk org tersayang
 
 
Sesiapa memerlukan pen dari kayu2 terpilih sila hubungi hj 0127986909 atau whatsapp dan viber beliau
 
 
 
 

Thursday, 2 January 2014

Pen kayu kemuning hitam

 
Pen ini kami buat sendiri di bengkel belakang rumah kami dan hasilnya huiissss sama seperti mont blank hehehe. dgn menggunakan kayu teras kemuning hitam.
 
 
ada seiras tak dgn pen yg ini dari Mont blank ??
 
 
Gabungan seni kayu dan kualiti 24k gold plated
 
Kayu kemuning hitam yg saya gunakan utk membuat pen tersebut dari gred AAA
 
 
Yg sebelah kanan sekali adalah dari kemuning hitam, tengah pen dari kayu menang dan kiri adalah gabungan kayu kemuning hitam ditengah dan kayu laksamana serta burl
 
Berminat sila hubungi Hj di 0127986909 atau whatsapp beliau
 
 
 

Pen buatan tangan dari kayu laksamana / laksamana wood


Ini adalah hasil terbaru dari kami iaitu sebuat pen ballpoint dgn 24k gold plated dgn menggunakan kayu laksamana yg sangat Wangi dan tembus cahaya.

 
 
 
Dgn hasil seni yg sangat indah dan kayu yg sangat bermutu tinggi hanya terdapat disini.
 
Sesiapa yg berminat utk mendapatkan sila call / sms/ atau whatsapp saya di 0127986909
 
 
 
Lain2 kayu juga boleh dibuat berdasarkan permintaan
 
 
Pen dari kayu menang atau kayu laka juga begitu indah dan berkhasiat. hanya ada di sini dan sila buat tempahan anda