Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label wood. Show all posts
Showing posts with label wood. Show all posts

Friday, 3 June 2016

Rocking Chair

Malam td, sedang sy cuba mencari inspirasi, terserempak pula gambar furniture yang unik di blog "Go Wood" (link disini ) .

Rocking chair and crib for mothers. Source: Go Wood

Unik kan?

Sebelum ni pon kami ada membuat rocking chair, tapi unt yang dewasa lah. Gambar seperti dibawah:




Kalau x silap,dulu-dulu orang buat kerusi ni dari rotan kan? Sy ada pakcik sorang, dia ada rocking chair ni dah lebih 20 tahun. Dia letak kat beranda. Ayun petang-petang sambil baca buku + kopi tambah plak ada angin, pergh! Rasa nyamannnnn... Hilang semua masalah. Letak dpn TV pon boleh. Lepas balik kerja duduk atas kerusi ni sambil minum teh best tu... Hilang penat balik kerja..kannn..  *thumbs up*

Berminat nak memiliki rocking chair? Contact mana-mana nombor dibawah ye:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717


Wednesday, 1 June 2016

Hapuskan Stress Furniture Hunting dengan Custom Made Furniture Design

Haaa...macam mana? Pa pe pon, kita mulakan post hari ini dengan ucapan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur nikmat, kami mendapat tempahan untuk membuat perabot lagi. Setakat ini, banyak tempahan untuk perabot. Maklumlah, lebih ramai yang prefer custom made design berbanding beli perabot yang ready made.

Bukan sebab yang ready made tu tak cantik, cantik je, elok je...tapi.... Most of the time terbesar lah, terkecik lah, nak letak tu tak muat lah, nak letak ni tak muat lah. Lagi rasa tak syok kalau dah pegi banyak kedai tapi tak de pulak kaler yang berkenan. Hmm....

Aaaaaaaaaa.....Stresss mak!

(Adegan sebenar ye...hari tu punye cerita, punye la payah nak cari side table yg betul-betul size tu, pastu nak kaler tu jugak sbb nak matching kan warnanya dengan tema living room. Cari-cari tak jumpa. Last- last pi beli je apa yg ada. Tu cerita zaman dulu.

Kalau zaman sekarang? Semua online. Browse aje Lazada ke, Mudah.my ke, 11Street ke...kalau jumpa the exact match dgn yang kita nk tu, gembiralah hati. Kalau takde, monyok je sampai esok pagi..haha)

So, moral of the story is, untuk mengelakkan stress dan monyok yang berpanjangan, apa kata consider untuk tempah aje perabot yg dihajati itu - dgn kami semestinya!

Anyway, back to tempahan perabot custom made design yang kami terima. Perabot-perabot inilah yg kami usahakan sekarang, sama ada yg telah/hampir siap:

Unik kan? Seunik si customer mungkin?
Close-up view

Close-up view
Meja ngeteh yang lain dari yang lain.

Meja ngeteh yang simple, muat 6-8 orang untuk borak-borak atau group discussion.

Yang ini pulak meja untuk tukang jahit. Senang nak ukur kain & gunting kain atas meja ni. Rak kat sebelah tu pulak senang nak organize kain yg dah potong ataupun barang-barang jahitan.

Dah, tak mau stress-stress. Bagi je design perabot apa yang anda nak, kaler ape, size apa, KWM akan usahakan untuk anda. Yang penting harga kami affordable, anda pon tak susah hati. ;)

Dial number ni untuk keterangan lanjut okay:

Haji: 012.798.6909
Hajjah:012.658.8744
Sara: 011.1195.7717
Firdaus:013.202.3420

Sunday, 29 May 2016

Siapa kata kayu tak boleh buat hantaran?

Tak dak sapa kata tak boleh. Kalau hang nak try, try la... Kami ada banyak stok! Hehe....

Di kilang KWM skarang ni, tak putus-putus order untuk dulang hantaran. Kalau kat kedai-kedai barang hantaran kahwin, kebanyakkan dulang ni pakai plastik, tak pon besi (maybe). Dah lama tak kahwin, so..x berapa nak pasti. Ops!

Uniknya dulang hantaran buatan KWM ni adalah, kami menggunakan kayu. Sangat rare bukan? Kalau sebelum ni kita pakai yang plastik/besi yang dah sokmo-sokmo nampak kat kedai-kedai tu, apa kata skarang ni kita ubah perspektif para tetamu dan impress-kan besan terutamanya dengan menggunakan dulang menggunakan kayu. (make sure niat bukan nak riak ye :) hehe...).

Pasti dalam hati, besan akan berkata WOW dan tetamu pula akan tertanya-tanya "depa bli kat mana ni? Nak tiru lah lain kali".




Haaa.. nampak tak design dulang hantaran ni? Simple je tapi menarik. Ada dua tone kayu yang kontra tu yang membuat kan dulang ni pops up dari yang biasa kita lihat kat kedai-kedai mahupun majlis-majlis pertunangan/pernikahan. Bukan itu je, since the design is very simple and minimal, hias sikit je dah umph! Tak payah la kita nak hias teruk-teruk; nak taruk manik la, labuci la, bunga daun semua bagai. Kalau gamnye melekat tak pe jugak, ni dan dan nak tukaq hantaran, dan dan tu la bunga tercabut, manik pulak berteraboq.. adoi mak.. pening!

Kalau hang tak nak pening-pening, jom la calling-calling ataupun whatsapp kami dan teruslah membuat tempahan kepada:

Sara: 011-1195 7717, Haji 012-798 6909 Hajjah 012-658 8744 atau Firdaus 013-202 3420.


Kepala tak pening, kenduri pon enjoy!


Tempahan Katil Bayi dan Rocking Crib

Seperti biasa, kilang kami sibuk menyiapkan tempahan-tempahan customer kami. Kali ini kami mendapat tempahan khas dari rakan Syafiq (anak) untuk membuat katil bayi (baby cot). Katil yang sempurna untuk nurseri bayi anda adalah penting, Ini adalah kerana bayi  anda akan menghabiskan lebih banyak masa sendirian di katil berbanding tempat lain. 

Side wall pada katil bayi ini boleh diturunkan. (gambar akan di update nanti) Tujuannya, apabila bayi besar nanti - dan boleh berjalan,, bolehlah dubahsua menjadi katil.





Customer meminta kemasan berwarna kelabu (gambar juga akan di update nanti.) Kami boleh customize permintaan customer untuk membuat  berbagai-bagai jenis katil serta kemasan warna yang berbeza untuk memenuhi semua citarasa dan bajet. Yang penting, customer happy!

07/06/2016: Seperti yang dijanjikan, update gambar baby cot in grey:

Cantik kan? Sedia untuk penghantaran!



Rocking Crib untuk Aqiqah atau buai

Seperti yang pernah kami update sebelum ini, kami pernah membuat rocking crib yang comel ini, sesuai untuk dijadikan buai di dalam rumah ataupun aqiqah. Kami pernah menerima beberapa tempahan untuk rocking crib ini bagi tujuan majlis Aqiqah.

Rocking crib untuk cucu baru lahir. Kebetulan pula tilam kekabu ini muat-muat sahaja diletakkan didalamnya. 

Tempahan rocking crib di kilang.


Comel kan? Jikalau berminat untuk tempahan, sila hubungi mana-mana nombor berikut:

Sara: 011-1195 7717, Haji 012-798 6909 Hajjah 012-658 8744 atau Firdaus 013-202 3420.

Tuesday, 3 November 2015

Children Playhouse (Rumah Kanak Kanak)


Seperti yang dijanjikan kelmarin, ini adalah contoh customer kami yang mengingikan sebuah rumah kecil untuk dijadikan tempat bermain anak anak mereka yang dikenali sebagai Children playhouse.


Reka bentuk 'Children Playhouse' sebelum ia disiapkan.


Ini bentuk 'Children Playhouse' setelah siap digubah. Proses yang dilakukan ketika ini ialah proses penyemburan untuk kelihatan lebih cantik dan menarik. 


Pandangan  'Children Playhouse' dari sisi kiri. 


Ini pula rumah rekaan lain untuk 'Children Playhouse' di atas permintaan customer. Dan seperti yang anda nampak lihat proses ukur lilit 'Children Playhouse' sedang dijalankan bagi memastikan rumah tersebut selari dengan ukuran yang dikehendaki customer.


Rekaan ini lain sedikit daripada yang pertama kerana ia mempunyai Double Window iaitu didepan dan di sisi kiri rumah kanak kanak ini. 


Pandangan dari sisi kanan rumah kanak kanak ini. 


Dan setelah selesai semuanya, rumah ini akan dihantar kepada customer. 


Inginkan sebuah rumah tersebut untuk anak anak anda ? tunggu apa lagi hubungi tuan haji dan hajjah untuk mendapatkannya. 

Hj : 0127986909
Hajjah : 0126588744

Kami juga menyediakan perkhidmatan menjual kayu pallet yang telah siap diketam ataupun belum. Ataupun kayu kayu yang lain boleh lah hubungi kami di talian seperti yang tertera diatas.