Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label tasbih kayu kemuning hitam. Show all posts
Showing posts with label tasbih kayu kemuning hitam. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

Tasbih: Alat Bantuan Berzikir

Hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia dan banyak keberkatannya. Antara amalan favourite di bulan Ramadhan mahupun pada hari-hari yang lainnya adalah berzikir. Amalan berzikir adalah salah satu amalan yang ringkas dan penting kerana ianya mengingatkan kita kepada Allah SWT.

Antara kalimah zikir yang paling saya sukai adalah,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar & Lailahaillallah
Berzikir boleh dilakukan dimana sahaja, tak kira masa. Suka untuk saya kongsikan kepada para pembaca, saya suka menggunakan tasbih sebagai alat yang membantu untuk berzikir. Berzikir tidak semestinya memerlukan tasbih, tetapi dengan melihat tasbih, hati akan terdetik untuk berzikir. Maklumlah, sebagai manusia biasa terlalu banyak tugasan dunia yang difikirkan sehinggakan alpa untuk mengingati Allah yang Maha Esa.



Sebab itulah saya letakkan tasbih didalam kereta. didalam beg dan juga ditepi katil. Tasbih pula dalam bilangan 33 biji berdiameter 12mm, selesa untuk dipegang dan nampak comel. Tasbih boleh didapati dalam pelbagai jenis, ada manik, plastik, sabun wangi (buatan Turki) mahupun kayu. memandangkan saya adalah jenis yang meminati kayu, terutama kayu eksotik, tasbih saya diperbuat dari kayu gaharu ataupun kayu cendana; kerana aroma kayunya harum seperti minyak wangi.

Minat terhadap kayu eksotik memanggil saya untuk membuat tasbih sendiri di kilang. Setakat ini, ramai yang berkongsi minat yang sama terhadap kayu eksotik memilih untuk mengunjungi KWM Craft untuk mendapatkan tasbih yang diperbuat daripada kayu eksotik.

Antara jenis kayu eksotik yang menjadi pilihan untuk dijadikan tasbih adalah:
1. Kayu Kemuning Hitam
2. Kayu Kemuning Emas
3. Raja Kayu Merah
4. Ketengge
5. Kayu Teras Kelor
6. Kayu Arang Bunga
7. Kayu Penawar Hitam


Tasbih 99 biji






Tasbih 33 biji


Campuran 3 jenis kayu dalam satu tasbih



Sampel biji-biji tasbih yang telah siap dibentuk









Kepala Tasbih





 Amalan bertasbih tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ramadhan tapi haruslah dijadikan amalan harian. Marilah kita bertasbih untuk mengingati Allah SWT.

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar, Lailahaillallah

Wakil KWM Craft sedia membantu jika anda mmepunyai pertanyaan mengenai tasbih dari Kayu Eksotik:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717





Thursday, 12 November 2015

Gelang dan Tasbih kayu


Bismillahhirahmannirahhim. Alhamdulillah saya akan menceritakan sedikit tentang gelang dan tasbih  kayu yang kami jual. 


Pelbagai jenis kayu yang kami gunakan untuk membuat gelang dan tasbih ini, antaranya ialah kayu nyirih, kayu gemunggal, kemuning hitam, raja kayu dan pelbagai lagi mengikut cita rasa tempahan customer kami.




Tasbih yang kami jual ada tiga saiz iaitu 11 butir(small), 33 butir(medium), 99 butir(large).





Gelang pula kami buat sesuai dengan ukur lilit pergelangan customer kami. Butir butir gelang ini ada yang besar dan yang kecil. Contoh contoh gelang lain sila lihat di bawah :-















dan pelbagai lagi jenis kayu yang kami sediakan untuk menjadi gelang.



dan setelah siap dibentuk dan digelap butir tersebur, kami akan cantumkannya, kami akan tempatkannya di dalam bekas kayu untuk di kirim kepada customer. 



Ini pula bungkusan gelang dan tasbih tempahan di dalam plastik. 




Anda dapat lihat di dalam gambar diatas dimana butir butir gelang ataupun tasbih digilap terlebih dahulu menggunakan mesin yang kami ada sebelum dicantumkan. 




Ini pula ketika proses pencamtuman dilakukan. 




butir butir tasbih yang belum dicantumkan. 





Ini pula proses ketika membentuk kepala dan pemisah tasbih. 







Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin membuat tempahan gelang dan tasbih ini, atau kami juga ada menjual Black Gold Kemuning Tea yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan, Dapatkannya sekarang !
Sila hubungi nombor atau whatsapp  yang tertera :-

Hj : 012-7986909.
Hajjah : 012-6588744.
Wan (Anak) : 017-6755236.












Monday, 15 September 2014

Tasbih Kemuning Hitam

 
Tasbih 33 biji dari kayu kemuning hitam
 
 
Sila dapatkan yg original tasbih kayu kemuning hitam
 
 
 
 
Sesiapa yg ingin mendapatkan bekalan tasbih kayu kemuning hitam sila hubungi hj isa 0127986909 atau whatsapp beliau