Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label minyak kemuning hitam. Show all posts
Showing posts with label minyak kemuning hitam. Show all posts

Thursday, 11 February 2016

Tempahan tempahan tahun 2016


Assalamualaikum , alhamdulillah masuk tahun 2016 perniagaan kami makin maju ,
terdapat banyak perubahan dan tambahan yang berlaku di kilang kami , untuk menambah baikkan perniagaan kami , stok stok kayu kami semakin banyak , dan juga tempahan dari pelanggan juga makin banyak, di bawah merupakan stok kayu yang ada di kilang.




Ini merupakan satu benda baru yang kami buat berdasarkan tempahan , iaitu kotak kecil untuk tahun baru cina ini , telah di cat berwarna merah , dan ia juga sangat menarik dan sesuai bersempena raya cina.




Selain itu juga kami juga ada menerima tempahan untuk membuat gasing dan juga tempat menyimpan barang seperti pasu .







Dibawah ini pula merupakan tempahan untuk surau  ataupun majlis kuliah yang sunguh cantik dengan ukirannya.







  
Gambar diatas merupakan tabung utk surau ataupn masjid.

Selain itu juga , gambar dibawah merupakan antara mimbar mimbar kecik dan juga cokhmar yang telah di tempah oleh pelanggan.







Selain daripada itu kami juga ada membuat tempat permainan kucing seperti gambar di bawah , mengunakan kayu pine .


Ini pula set meja dan kerusi , meja itu menggunakkan kayu getah , dan kerusi itu pula menggunakan kayu pine .








Ini pula cokhmar khas ditempah untuk kegunaan University , tempoh membuat nya dalam masa 3 bulan .





Selain daripada itu , kami juga ada membuat minyak kemuning hitam , dan juga bam kemuning hitam , untuk tujuan kesihatan.




Jika ada sebarang pertanyaan atau mahu membuat tempahan atau mahu berkunjung ke tempat kami   Sila hubungi nombor atau whatsapp  yang tertera :-


Hj : 012-7986909.
Hajjah : 012-6588744.




Friday, 5 September 2014

Minyak Raja Kayu


Alhamdulillah setelah mendapat ramuan dan tunjukajar dari org2 terdahulu maka terhasil juga ramuan minyak kayu segala raja ni yg terdiri dari Kayu raja putih, kayu raja merah, kayu raja hitam dan kayu raja kuning.

Khasiatnya rasailah sendiri auranya kalau idak takkan diberti nama minyak segala raja......



 
Kita juga ada mengfhasilkan minyak yg berasaskan kepada kayu mengikut permintaan pelanggan ada yg berkehendakkan minyak raja kayu putih, ada yg berkehendakkan minyak campuran kayu 1001 dan macam2 lagi.
 
Minyak2 kayu ygtelah siap diproses dan di seal utk penghantaran kepada pelanggan.
 
Hasil dari tapisan dan ulahan serbuk kayu utk menjadikan minyak
 
 
Proses pembungkusan
 
 
Bahan mentah dari serbuk kayu terpilih
 
Sesiapa yg memerlukan minyak raja kayu atau minyak kemuning hitam atau minyak2 kayu 1001 sila hubungi hj isa 0127986909 whatsapp atau sms atau call atau telegram beliau
 
 

Wednesday, 20 August 2014

Minyak kayu kemuning hitam dgn campuran teras2 kayu terpilih


Alhamdulillah degan rahmat dan hidayahnya dapat saya membuat ramuan minyak teras kayu kemuning hitam dan beberapa teras yg lain seperti teras kemuning hitam, teras raja kayu putih, teras raja kayu merah, teras raja kayu hitam, teras kemuning emas, teras gemunggal dan pelbagai teras lagi.
Minyak ini dimasak dgn menggunakan slow cooking dan sehingga mendidih dan melihatkan kayu2 teras telah mengeluarkan bueh.


Setelah di botolkan dan ianya mendapat sambutan yg sangat menggalakkan dari pelanggan kami. saya gunakan minyak ini untuk menyapu pada kayu2 yg telah siap digosok untuk menjaga aura kayu dan mengilatkan serta memberi ketahan kepada kayu.

 
Saya juga gunakan minyak ini utk mengurut pada badan yg sengal2 dan macam2 guna boleh di ikhtiarkan penggunaannya insyaalah
 
Kalau budak2 selalu nangis malam cuba disapukan di ubun2 atau pusatnya insyaallah dan ada yg luka2 sila sapukan sahaja minyak kemuning hitam ni insyaallah.
 
Sesiapa yg memerlukan bekalan minyak ini sila hubungi hj isa 0127986909 atau whatsapp beliau
 

Friday, 15 November 2013

Kayu kemuning hitam

 
Kayu kemuning hitam yg begitu dicari2 oleh masyarakat kita yg katanya begitu baik untuk perubatan dan banyak khasiatnya. Saya memperolehi bekalan kayu kemuning hitam ini dari sahabat dan Alhamdulillah semua kayu adalah yg asli.
Kayu kemuning hitam hanya akan terjadi hasil dari pokok kayu kemuning yg telah mati lama dan terbiar puluhan tahun maka terhasillah teras kayu sahaja dan berwarna hitam kehijauan dan apabila direndam air akan kekuningan seperti air the. Amalkan untuk meminum air rendaman ini setiap hari insyaalah turus bacaan kencing manis saya . Kalau sebelum ini bacaan kencing manis saya dalam sekitar 7.8 ke 8.5 sebelum sarapan pagi sekarang telah jadi sekitar 6.2 ke 6.7 setiap pagi sebelum sarapan.
 
 
Ini adalah rupa hasil rendaman kayu kemuning hitam dan sekiranya setelah direndam beberapa kali air telah tidak sekuning ini maka hendaklah kayu itu dikikis atau digosok semula dan boleh direndam semula.
 
 
Kayu kemuning hitam yg telah saya jadikan biji tasbih begitu berkilat dan menawan sambil berkhasiat.
 
Ketulan kayu kemuning hitam yg telah digosok
 
 
 
Saya berpandangan bahawa kayu kemuning hitam ini lebih berharga dari kayu gaharu dari segi khasiat.........
 
Sesiapa yg berkehendakkan bekalan kayu kemuning hitam ini secara runcit atau borong sila hubungi Hj 0127986909 atau whatsapp beliau.

 
Ni ketulan kayu akar teras kemuning hitam
 
 
Ketulan kecil2 ni anak2 saya la yg buatnya masa cuti2 sekolah ni Era dan Dr Syafiq yg tengah tunggu pangilan kerja gomen... disamping hasil kerja mama Ani dan anakda Iwan yg tak jemu2 utk menggosok kayu hehehe
 
 
Ni adalah hasil pertama membuat minyak urut kayu kemuning hitam....yg katanya begitu ampuh utk sakit2 sendi dan ganguan jin waulahualam
 
 
Tasbih super big kemuning hitam
 
 
 
 
Kayu kemuning hitam yg telah siap dijadikan gelang tangan dan sangat sesuai utk pemakaian wanita
 
 
 
Kemuning hitam yg telah saya jadikan pen yg tersangat indah