Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label kursus cnc. Show all posts
Showing posts with label kursus cnc. Show all posts

Tuesday, 31 December 2019

KURSUS PEMASARAN DAN KOMUNIKASI DIGITAL & PENGENALAN PENGGUNAAN EPOXY KE ATAS PRODUK KAYU

Hai Assalamualikum
Alhamdulillah.. Pada 18, 19 dan 20 Disember 2019 kami telah berjaya menjalankan Kursus Pemasaran dan Komunikasi Digital & Pengenalan Penggunaan Epoxy ke atas Produk Kayu bersama 23 usahawan bumiputera anjuran  Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB).

Kursus ni kami adakan selama 3 hari 2 malam bertempat di kilang kami (KWM Craft). Terdapat banyak input yang sangat berguna diberi sehingga para peserta request  minta adakan kursus lagi. hehe. Peserta2 nya pun semua supportive dan banyak yang ingin mereka ketahui. Paling best, peserta pun ada sama-sama turut berkongsi pengetahuan mereka. 

Semoga semua perserta dapat memanfaatkan ilmu yang diterima untuk kelancaran bisnes masing-masing. 
Mari kita lihat detik-detik ketika berlangsungnya kursus tersebut. :)

Saat Perasmian yang telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera MTIB, Tuan Hj Kamaruzaman bin Othman.

Memasing busy mengisi borang penyertaan


Ice Breaking Session

Staff kamiiii

Talk berkenaan Epoxy

oleh Muhammad Syazwan bin Muhamad Isa




Big Boss kami , Hj Muhamad Isa bin Saad

Hasil Praktikal Epoxy

One of peserta yang turut share ilmu beliau berkenaan epoxy

Khusyuk eh masing-masing hihi


Makanan pun kami sediakan tau.. Sampai peserta tak larat nak makan, hihi
Sesi penyampaian sijil kepada peserta oleh wakil dari MTIB 

Wajah wajah yang menceriakan kursus kalini bersama Tn Hj Kamaruzaman. Say cheesee..

Sedikit Cenderahati daripada KWM Craft diberikan oleh Tn Hj Isa kepada Tn Hj Kamaruzaman

InsyaAllah, kalau ada rezeki kite jumpa lagi next kursus ;) 

Jika ingin mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )

Monday, 1 April 2019

Kursus Pembuatan Produk Berasaskan Kayu 2019

Hai Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. kursus pembuatan produk berasaskan kayu yang telah dilakukan padqa 23 Mac 2019 telah pun berjalan dengan lancar.. Banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh big boss kita dan juga staff yang terlibat..

Kursus ni, perseta bukan sahaja datang untuk mendengar malah diberi peluang untuk mencuba menggunakan peralatan yang ada di kilang kami.. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai dan mengumpul pengalaman walaupun sekejap.. hehe

Untuk slot pemasaran dan marketing, slot ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji sendiri.. Bercerita serba sedikit mengenai pengalaman beliau serta cara beliau marketkan produk-produk yang ada di KWM Craft.. Semoga segala ilmu yang diterima pada hari tersebut memberi manfaat dan berguna untuk masa hadapan..

Oh yaa!! pada yang terlepas peluang untuk menyertai kursus ni.. Jangan bersedih kawan.. InsyaAllah jika ada rezeki kami akan buat lagi.. Kami akan war war kan di blog ini , Facebook page kami.. Haa.. mana yang tak like dan follow FB page kami tu.. Jangan lah segan-segan untuk like dan follow.. Hihi kalau share sekali pun okay.. hihi

Meh kita belanja sikit gambar-gambar waktu kursus haritu..


Para perserta diberi peluang untuk menggosok kayu 

Penerangan berkenaan mesin CNC oleh Hj Isa dan Eldee

Steady.. percubaan menggunakan mesin larik

sambil makan sambil bersantai di rumah kayu galleri baru KWM Craft

Sesi Pemasaran dan Marketing


Penerangan berkenaan mesin laser oleh Syafiqah dan Hj Isa


Penerangan mesin larik oleh Haikal

Our big boss tunjuk skill melarik kepada perserta kursus

Bersama-sama menyiapkan meja penceramah..

percubaan untuk melarik..



Last sekali.. sudah tentulah sesi penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus.. 





Jika ingin mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )






Monday, 25 February 2019

Kursus Penghasilan Produk Berasaskan Kayu

Assalamualaikum..


Perhatian!!


KWM Craft akan mengadakan Kursus Penghasilan Produk Berasaskan Kayu pada 23 March 2019 bertempat di KWM Craft, Dengkil.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah kursus pembuatan produk menggunakan cnc, mesin laser, penggunaan mesin larik, produk kayu  eksotik, kursus cara membuat pemasaran secara online.

p/s : yuran RM 250/seorang , makanan tengah hari disediakan.

Jika ada yang berminat, sila whatsapp


www.wasap.my/60123488760 (Ikah)

www.wasap.my/60176755236 (Iwan)

www.wasap.my/60176759935 (Alin)


Monday, 24 December 2018

CNC Training by Kurnia Al Rizq


Hai Assalamualaikumm..

19 dan 20 December 2018 haritu, staf bahagian design and production telah menghadiri kursus cnc yang diadakan di KWM Craft. Training ini telah dikedalikan oleh Tuan Mohamed Azam Omar daripada Kurnia Al Rizq, Muar, Johor. 

Mereka telah didedahkan dengan cara yang betul untuk kendalikan mesin cnc. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi menghasilkan produk yang berkualiti untuk semua customer KWM Craft.

Day 1 : CNC Cource (Programming)

Ni lah Tuan Mohamed Azam Omar dari Kurnia Al Rizq



Day 2 : Programming and Machining Process










Meh kita belanja sikit video cnc 




Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah ( 012-3488760 )
Alin ( 017-6759935 )


Friday, 23 September 2016

Kursus sehari pengeluaran produk kayu


Kami akan menganjurkan kursus pendek utk pengeluaran produk2 kayu yg meliputi proses pengeluaran cnc , produk larik kayu, kayu eksotik dan produk general perabut.

Sila hubungi hj isa atau syafiqah 012 3488760 utk pendaftaran kursus
 CnC Router yg akan digunakan utk latihan
CnC lathe machine yg akan digunakan utk latihan
CnC Milling dan pengendalian komputer
Praktikal pengendalian mesin2 pemotong kayu
Praktikal pengendalian mesin dan tools
Peserta kursus tengah membuat latihan praktikal

KWM Craft menerima tempahan kursus secara individu atau agensi agensi swasta dan kerajaan dan memenuhi kehendak industri dalam mereliasasikan impian pelajar atau individu yg berminat dalam bidang perkayuan disamping pengetahuan pengenai pemasaran dan dunia perniagaan,

Sila hubungi hj 0127986909 atau syafiqah 0123488760 utk keterangan lanjut, Sila buat pendaftaran utk kursus yg akan dikendalikan pada 1hb okt 2016.