Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Thursday 16 May 2013

Bertongkat amalan para Nabi dan tempahan tongkat kayu

BERTONGKAT sunnah para Nabi 

Jika dilihat dari segi pengertian bertongkat di mata masyarakat umum ianya cuma sekadar satu
 keperluan kerana keuzuran, mempertahankan diri daripada musuh dan kemalangan atau sekadar 
koleksi peribadi. Namun tidak semua orang mengetahui kaitan bertongkat dengan agama lebih-lebih 
lagi hubungannya dengan sunnah Rasullullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan akhlak para nabi-nabi 
terdahulu.  

Para ulama ada menyebut, bahawa bertongkat adalah salah satu akhlak dan tatacara kehidupan para 
nabi Alaihimussalatu Wassalam, salihin dan ulama-ulama Islam zaman dahulu sepertimana berkata
 Ibn Abbas Radhiallahu Anhu yang bermaksud:

"Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi, dan adalah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam
 sendiri bertumpu kepada tongkat.".
Disebut dalam riwayat lain bahawa bertongkat juga adalah alamat orang yang beriman kerana 
meneladani sunnah para nabi, di samping dianggap sebagai penyelamat daripada binatang buas semasa 
dalam musafir jika tongkatnya berasal daripada kayu Luz. Sebagaimana hadis riwayat Ibn Abbas 
menyebutkan di dalam kitab As-Suyuti, (Al-Hawi), 289:
"Bertongkat adalah tanda orang beriman dan sunnah para nabi. Dan sesiapa yang keluar belayar jauh
 (musafir) dengan membawa bersama-nya tongkat dari kayu Luz pahit, dia diselamatkan Allah daripada 
segala binatang buas yang memudharatkan dan pencuci dosa".


Dipetik dari http://www.brunet.bn/gov/mufti/alhadaf/julsep01/index23al.htm


Ini adalah gambar pengasas sedang membuat tongkat menggunakan mesin larik dgn menggunakan kayu Gemunggal hutan.

 

Tongkat kayu Tas Hitam yg masih berada dlm simpanan



Salah satu Kayu gemunggal yang akan dijadikan tongkat oleh pengasas


Ini adalah isteri hamba Puan Rohani yg tekun membantu hamba menyiapkan tongkat sambil mengilatkan kayu.





Mesin larik atau Lathe machine yg digunakan untuk membuat tongkat oleh saya 


Nunchaku yg boleh dihasilkan dgn menggunakan mesin larik 
sekiranya memerlukan Custom made Nunchaku atau hand made Nunchaku sila berhubong dgn Hj Isa 0127986909 atau whatsapp

Untuk membuat tempahan atau membeli tongkat yg telah siap sila berhubong dgn Haji Isa di no 0127986909 atau melalui Whatsapp di no yg sama. Tongkat Kemuning emas, kemuning hitam, Tongkat kayu gemunggal dan bermacam tongkat lagi.

No comments:

Post a Comment