Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label tempahan tasbih. Show all posts
Showing posts with label tempahan tasbih. Show all posts

Friday, 1 August 2014

Bengkel baru berubah wajah


Sempena ramadhan ni bengkel tongkat warisan berubah wajah sedikit dgn memberi lebih ruang utk penyimpanan kayu2 dan susunatur peralatan bengkel
 
Baru la Nampak tersusun sedikit kayu2 ni dan senang utk mencari dgn katagorikan kayu
 
 
Mencuci dan mengemas bengkel yg tak berapa nak kemas ni ashik berterabor saja
 
 
Wah dah Nampak meriah susunan kayu2 teras ni jadi senanglah pelanggan nak pilih
Bertambah ruangan bengkel ni Alhamdulillah dgn sumber dana dalaman tanpa pinjaman utk memudahkan urusan stor kayu dan bengkel pembuatan
Jenama dari German yg tak mengecewakan saya

Tempahan sudah boleh diterima semula utk tasbih, tongkat, mata cincin, gelang dan macam2 produk berasaskan kayu sila hubungi 0127986909 atau whatsapp saya hj isa.

Terima kasih pelanggan yg dihormati.

Tuesday, 22 October 2013

Tasbih 11 teras kayu terpilih



Tempahan sahabat dari seri Iskandar ni begitu lama saya nak menyiapkan hamper 2 minggu baru dpt siap satu tasbih huhuhu dgn pilihan kayu teras terpilih seperti

1. Kayu Menang
2. Kayu kelor gred aaa
3. Kayu Kemuning emas
4. Kayu penawar hitam
5. Kayu Kemuning hitam
6. Kayu nibong tunggal
7. Raja kayu putih
8. Buloh Tumpat
9. Nagasari dari Jember
10. Penunduk gajah
11. Raja kayu merah

Dengan imam dibuat dari kelor dan dari hasil isteri hamba yg begitu setia melayan kerenah hobi hamba ni maka terhasil jugalah tasbih 12mm 33 biji dengan 11 jenis teras terpilih.

Isteri saya yg sedang tekun menyiapkan imam tasbih
 
 
Diantara alat2 yg digunakan utk menyambung dan menebuk lubang biji tasbih
 
 
Diantara contoh bilal dan imam tasbih yg ni kayu kemuning hitam
 
Imam kayu menang yg cantik menawan
 

Sesiapa yg ingin menempah tasbih kayu2  terpilih ini sila hubungi Hj Isa di talian 0127986909 dan lokasi beliau adalah di Dengkil berhampiran CIMB Bank Dengkil. Taman Nilam. Boleh call atau whatsapp sahaja.

 

Tuesday, 1 October 2013

Tasbih Kayu kemuning Hitam

 
Kayu kemuning hitam amat sukar untuk diperolehi dan kali ini kita siapkan jugak tasbih edisi tok bomoh ni.
 
 
Butiran biji tasbih bersaiz 12mm penawar hitam untuk dijadikan gelang atau tasbih
 
 
Tasbih edisi hebat campuran 11 biji kemuning emas, 11 biji teras asam jawa dan 11 biji kayu kelor dgn imam yg besar dari teras kelor
 
 
Saya sedang menyiapkan imam utk tasbih dengan menggunakan kayu teras kelor
 

Sesiapa berminat utk memiliki tasbih campuran kayu2 teras berbeza2 sila hubungi hj 0127986909 atau whatsapp beliau

 

Monday, 24 June 2013

Cara membuat biji tasbih / gelang kayu gemunggal

Stok kayu yg ada di bengkel kami.

1. Kayu Gemunggal / Galih Kelor
2. Kayu Penawar Hitam
3. Kayu Kemuning Hitam
4. Kayu Kerantai / Kedondong banir
5. Kayu Cendana
6. Raja Kayu Merah
7. Raja Kayu Putih
8. Kayu Serian Batu
9. Kemuning Emas
10. Kayu Ketengge
11. Kayu Perah


 
Bengkel kecil ini lah yg digunakan oleh saya dalam menghasilkan seni kayu / tongkat kayu dan segala bentuk kerja kayu dan biji tasbih.
 
 
 
 
Biji2 gelang yg berukuran 10 mm dan 12mm yg kami hasilkan dari kayu yg terpilih iaitu kayu gemunggal / kayu teras kelor , kayu cendana wangi dan sebagainya mengikut tempahan pelanggan.
 
 
 
Sesiapa yg memerlukan bekalan kayu2 eksotik sila hubungi Hj Isa 0127986909
 
 
Ujian asid keatas tangan dengan memegang kayu gemunggal atau teras kelor
 
 
 
 
Mesin membuat biji tasbih yg pengasas gunakan untuk membuat biji gelang
 
 
Gelang Raja Kayu
 
Ini adalah mesin membuat tasbih / biji gelang yg digunakan oleh pengasas untuk menyiapkan tempahan biji2 mengikut kayu yg diperlukan oleh pelanggan.
 
Wakil jualan atau agen jualan adalah diperlukan untuk memasarkan produk aurakelor gelang kayu gemunggal atau gelang kayu teras kelor dgn mendapatkan harga yg murah dgn harga borong dengan membeli 10 set gelang 18 biji kayu kelor anda.
Mulakan perniagaan anda
Hubungi Hj Isa 012-7986909 atau boleh sms atau whatsapp beliau utk keterangan lanjut.