Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label raja kayu putih. Show all posts
Showing posts with label raja kayu putih. Show all posts

Friday, 17 June 2016

Depa kata, "Life is too short to wear boring stuffs"

Asslamualaikum Readers!

Baru lepas sahur ni. Hujan pulak tu. Sedap betoi kalau dapat tido. Hehe. Tapi, tak elok tido lepas subuh, nanti rezeki tak berapa nak murah. Lagipon baru lepas bedal 2 pinggan nasi goreng sahur tadi. Kalau tido mau boncit. Hihihi *ketawa  sopan*

Pantang hujan, time ni lah lutut sakit. Tak tau la apa kaitan hujan & sakit lutut ni. Sejuk agaknya. Muda-muda dulu tak pulak sakit lutut den ni. Adehhh...sakit betul nak berjalan. Nak bertongkat, rasa macam muda lagi. Padahal, stok tongkat kat kilang tu ade je. tapi...entahla...still rasa mcm nak control macho lagi. *batok....uhuk..uhuk*

By the way, cakap pasal tongkat ni kan, baru-baru ni kami ada lah terima tempahan tongkat custom made  diperbuat daripada dua jenis kayu; kayu kemuning hitam + kayu kemuning emas. Meh kami belanja gambar hasil tongkat yang dah siap buat:






Haa....what u guys think?

In my opinion, design ni memang nampak elegant. Gabungan warna hitam dan emas memang serasi dan umph! Saya pasti customer kami nampak WOW pabila menggayakan tongkat ini.

Well, some people said, "ala, tongkat je pon, pakai je la yang plastik/besi tu.". Tapi, for me, bertongkat pon harusla ada style! Plus, life is to short to wear boring stuffs, am I right? Contonhnya macam nak raya ni kan, kita dah pkai baju cantik-cantik, lawa-lawa, tambah plak dengan tongkat kayu, mesti nampak handsome dan ada style lah!  One thing for sure, kalau kita ditakdirkan perlu memakai alat bantuan berjalan, it doesn't mean that your fashion sense are gone forever...kannnnn? Lagipon, kayu ni bukan sembarangan kayu tau. Ini kayu eksotik okay. Susah tau nak cari kat ceruk hutan nun...Kualiti pon, terbaik...! *thumbs up*

Ok lah...dah..dah... Kalau nak cakap pasal fesyen ni, panjang pulak ceritanya nanti. :D

Ni nak tambah lagi koleksi tongkat yang ada kat kilang kami:

Yang ini adalah tongkat kayu kemuning bentuk original. gambarnya kami ambil sekerat je sebab agak panjang.

Yang ini pula tongkat dari kayu kemuning emas yang telah dibentuk dan ditambah kepala yang berukir. 

Yang ini pula tongkat Raja Kayu Putih yang telah kami gosok. Ada kepala yang berukir dan tidak berukir. Terpulang kepada pelanggan nak design kepala yang macam mana.

Tongkat Raja Kayu Merah yang kami telah gosok dan original form.
Hmm....Nampaknye hujan dah berhenti. Amacam? Cool tak tongkat-tongkat kami? Nak satu? Dial number dibawah untuk keterangan lanjut, okay!

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717




Tuesday, 10 November 2015

Stock Stock Kayu

Terdapat pelbagai jenis kayu yang ada di kilang kami antaranya yang akan saya tunjukkan seperti gambar di bawah .


Ini merupakan Kayu Kemuning emas.


Ini pula Kayu Merbau merah


Raja Kayu Merah


Ini pula tongkol tongkol Kemuning Emas.


Ini pula Kayu Balak.


Gambar diatas terdapat beberapa jenis kayu :-
1. Sepetir bunga.
2. Arang Bunga.
3. Penawar Hitam.
4. Raja Kayu.
5. Cendana.
6. Kemuning hitam.
7. Raja Kayu putih.
8. Akasia.
9. Kemuning emas.
10. Gemunggal.
11. Asam jawa.


Yang di atas tersusun itu pula ialah Kayu Pine dari Euro.


Kayu Merbau Merah dan juga Kayu pine.


Kayu hitam hitam itu ialah kayu Kemuning hitam.

Untuk butiran lebih lanjut mengenai jenis jenis kayu atau stock yang kami ada atau ingin
membeli atau menjual kayu atau kami juga menyediakan kayu pallet dan juga menjual 
Black Gold Kemuning Tea Sila hubungi nombor atau whatsapp yang tertera :-

Hj : 012-7986909.
Hajjah : 0126588744.
Wan (Anak) : 017-6755236.

Monday, 27 October 2014

Gabungan kayu2 teras terpilih

Gabungan kayu2 teras terpilih ini hanya akan saya buat mengikut tempahan dan order dari pelanggan sahaja .... seperti digambar diatas adalah gabungan 11 jenis teras terpilih serperti berikut:
1. Teras cendana 2. Teras Nibong Tunggal. 3. Teras Beluru. 4. Raja kayu kuning 5. Teras Menang 6. Teras Kemuning Hitam. 7. Raja kayu putih. 8. Raja kayu merah. 9. Teras Kelor 10. Raja kayu hitam. 11. Nagasari

 
Ini juga adalah tempahan special dari sahabat yg hendakkan kayu terpilih dari raja kayu.
1. Raja kayu merah, 2. Raja kayu putih. 3. Raja kayu Hitam dan 4. Raja kayu kuning
 
Ada juga peminat kayu yg menempah hulu dari gabungan 13 jenis teras kayu terpilih seperti berikut:
 
Hulu ini boleh dijadikan hulu special utk parang atau pisau atau hanya dijadikan simpanan sahaja pun boleh.
13 jenis gabungan kayu kayu teras.
 
Sesiapa yg ingin memiliki gabungan kayu teras ini sila hubungi hj isa 0127986909 atau whatsapp beliau utk tempahan dan penerangan lanjut.
 
 
 
 

Friday, 18 April 2014

Mata cincin raja kayu putih

Saya memperolehi bekalan Raja kayu putih ni dari sahabat saya dan sangat berterima kasih atas pemberian yg tidak ternilai harganya ini yg mana kita tahu raja kayu yg sebenar adalah raja kayu putih dan sangat sukar utk memperolehinya.......dgn ikhsan sahabat sya mendapat beberapa batang kayu ini Alhamdulillah.

 
Urat dan bentuk raja kayu putih yg original dan boleh tembus cahaya yg dipercayai sangat sukar untuk memperolehi nya
 
 
Ketulan Raja kayu putih kelihatan tembus cahaya bila disuloh dgn lampu
 
 

Thursday, 31 October 2013

Raja kayu putih dan raja kayu merah

 
Ini adalah raja kayu putih. White King wood yg selalu kita lihat adalah raja kayu merah dan untuk menguji keaslian raja kayu merah kita letakkan lampu dibelakang dan tembus cahaya. Raja kayu putih berwarna putih juga dan tembus cahaya bila disuloh.
 
 
Ini adalah Raja kayu merah sebelah kiri dan raja kayu putih sebelah kanan dan kedua2 kayu ini tembus cahaya.
Raja kayu terbahagi kepada dua , iaitu raja kayu merah dan putih. Raja kayu putih lebih sukar didapati berbanding raja kayu merah ( bukan kayu damar minyak). Raja kayu jika dibakar tidak mengeluarkan buaih atau minyak seperti kayu damar minyak.
 
Sesiapa memerlukan kepingan raja kayu putih atau merah sila hubungi hj 0127986909 atau whatsapp beliau