Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com
Showing posts with label parang. Show all posts
Showing posts with label parang. Show all posts

Friday, 4 December 2015

Tempahan Khas Tongkat Kuasa Dengan Pisau di Dalamnya.


Alhamdulillah telah siap sudah tempahan khas daripada customer yang inginkan ada pisau keselamatan di dalamnya .


Panjangnya berukuran lebih kurang dalam 23 inch .


Ini pula Bahagian atas kepalanya , besi yang berwarna keemasan.


Pisau untuk keselamatan , panjang pisaunya berukuran dalam 8 ke 10 inch .


Ini pula bahagian dalam untuk menyarung pisau tersebut.



Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin membuat tempahan ukiran kayu ini dan tidak lupa
kami juga ada menjual Black Gold Kemuning Tea,
Sila hubungi nombor atau whatsapp  yang tertera :-

Hj : 012-7986909.
Hajjah : 012-6588744.
Wan (Anak) : 017-6755236.

Tuesday, 26 March 2013

Koleksi parang / Golok terbaru

1. Kayu Perah dgn besi skd11 9"

Berminat boleh menghubungi Hj Isa 0127986909 RM 280 SOLD TO BANDAR BARU BANGI


2.  Kayu Akasia dgn kemuning hitam besi 8"

Berminat hubungi Hj Isa 0127986909 RM 150 SOLD TO TELUK INTAN PERAK

3. Sarung Kayu rengas dgn kemuning hitam

Berminat sila hubungi hj Isa 0127986909 RM 150



Thursday, 14 March 2013

Sarung parang belah atas

Sarung parang belah atas / tebuk

Setelah dua tiga hari membuat temujanji dgn Cg Cepoi Behrang,saya telah berkesempatan utk belajar/menuntut ilmu membuat sarung parang dgn Cg Cepoi yg telah bermurah hati utk berkongsi ilmu secara percuma.....maka saya pun perturunkan ilmu tersebut utk dikongsi bersama.


Kali ni untuk tujuan pembelajaran saya menggunakan kayu second hand pallet yg nampak cantik juga ira dia tetapi lembut sedikit. Maka kita mulakan dgn melukis hulu diatas kayudgn pensil dgn mengambil kira panjang bilah pisau.


Pastikan bentuk hulu dipadankan dgn bilah pisau agar seimbang dgn panjang pisau.



Dengan menggunakan Jig Saw dgn mata khusus utk kayu maka kita mula membelah mengikut lukisan.



Dengan menggunakan drill yg diatas kita buat lubang utk memasukkan hulu belah pisau.


Dengan menggunakan grinder kita membentuk mata hulu supaya disegikan utk menguatkan cengkaman dgn kayu hulu nanti.



Dengan memasukkan habuk kayu dicampur dgn gam 3 saat kita masukkan hulu parang dgn besi bilah dan diketatkan lagi dgn habuk kayu sehinggalah rapat keseluruhan hulu dan diratakan.


Mulakan membelah sarung mengikut lukisan.


Proses seterusnya setelah dibelah maka kita mula belah bahagian atas sarung.

Setelah dibelah bahagian atas dgn menggunakan cicular saw kta sambung semula dgn gam 3 saat.


Diantara mesin yg digunakan utk proses membuat sarung parang. 1. Jig Saw 2. Circular Saw 3. Belt sander.


Belahan atas sarung dan bawah digam menggunakan gam 3 saat dan di apit dgn clamp dan dibioarkan selama beberapa minit agar sebati dgn sambungannya.



Masukkan bilah parang kedalam sarung agar dpt masuk dgn baik dan boleh diukur sais bulatan utk locking.


Dgn menggunakan drill ni kita mula membuat locking system utk bilah parang.


Untuk membentuk sarung dan hulu kita menggunakan grinder yg dipasang dgn kertas pasir.



Produk yg telah siap dan belum diletakkan final layer. Kayu pine wood bekas pallet.

Berminat boleh berhubong dgn Hj 0127986909


Tuesday, 19 February 2013

Cara mengukir sarung parang

Cara mengukir di atas sarung parang


Pada permulaan kerja saya tak mampu untuk membuat ukiran sendiri...tetapi setelah belajar dan menuntut dengan Cg Cepoi dpt jugak gambaran bagaimana sebenarnya kita boleh mengukir di atas sarung parang.

Dengan berpandukan kepada sketch atau lakaran yg menggunakan carian di internet mengenai design border maka kita boleh mengambilnya sebagai panduan.






Daripada contoh2 border yang kita perolehi ini maka kita boleh tiru atau lekapkan di atas sarung parang tadi untuk membuat lakaran.




Mesin ukir JC 200



 




Setelah lukisan dilekap ke sarung parang kita boleh memulakan ukiran dengan bantuan mesin ukir / rotary atau menggunakan pisau ukir.


Setelah semua kawasan permukaan yg dilakar telah dilarik dan diukir maka kita boleh meneruskan dgn menghaluskan permukaan sarung dgn kertas pasir.


Produk yg telah siap diukir dan di buat pengilatan.

Sesiapa yang berminat untuk membeli produk yg telah siap sila berhubong dgn Hj Isa 012-7986909

Harga bermula dari RM 180 utk sarung parang 7 " bergantung kepada jenis kayu yg digunakan.