Assalamualaikum.
Baru-baru ini kami menerima tempahan untuk membuat cokmar. University.
Siapa sangka, ada lagi rezeki kami untuk
membuat cokmar universiti. To
date, banyak jugak la kami terima tempahan untuk cokmar universiti ni.
Ada customer yang datang bawak design sendiri, ada jugak
yang minta kami designkan. Bagi kami, tiada masalah untuk kami design kalau
anda tak tahu bagaimana nak mereka bentuk cokmar, lebih-lebih lagi untuk universiti. Maklumlah, reka bentuk cokmar menggabungkan
reka bentuk kotemporari, tradisioanal
dan keislaman, macam pening kalau nak design sendiri kan? Kami yakin untuk
melakar design bagi customer kerana BiG Boss merupakan graduan Arkitek, anak
pula graduan reka bentuk dalaman. Alhamdullillah untuk ilmu Allah, dapatlah
kami berikan design yang terbaik untuk
para customer kami.
Kepada yang tak tahu apa itu cokmar;
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, cokmar ialah tongkat yg biasanya disalut dgn logam serta
berukir indah dan digunakan sbg tanda kebesaran atau kekuasaan (dlm
upacara-upacara tertentu spt sewaktu memulakan persidangan parlimen dsb).
Cokmar dari segi sejarahnya adalah
merupakan alat senjata yang diubah fungsi dan bentuknya menjadi simbol
kebesaran dan kuasa. Menurut sejarah penganugerahan ijazah sesebuah universiti,
cokmar dijadikan simbol kebesaran dan kuasa di dalam istiadat konvokesyen.
Cokmar ini juga menandakan kuasa Canselor sebagai ketua universiti. (sumber)
Yang ini adalah gambar cokmar yang
baru sahaja kami hantar kepada customer. Ini merupakan salah satu daripada design
yang ringkas yang pernah kami buat.
Yang ini pula design cokmar yang lebih kompleks:
Representative KWM Craft:
Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717
Mana lokasi.. ctc saya 0137413760
ReplyDelete