Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Saturday, 25 June 2016

Status Seni Ukiran Kayu Abad ke-21

Ukiran kayu ataupun wood carving merupakan salah satu dari cabang-cabang seni yang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Bak kata cikgu-cikgu kat sekolah, aktiviti mengukir kayu ini memerlukan si pengukir berfikir secara kritis dan kreatif. Betul tak cikgu? :)

Ramai yang beranggapan bahawa seni ukiran kayu ni dah lapuk, tak pun dah ketinggalan zaman, tak selari dengan arus pemodenan zaman sekarang ni. Ye ke? I don't think so.......

Kalau diikutkan, seni ukiran kayu ni, ada fan yang tersendiri, especially  mereka yang tahu menghargai seni. Pendapat sy ini disokong dengan tempahan-tempahan yang diminta oleh customer kami sampai tak menang tangan, dan juga permintaan di web blog rakan-rakan seperjuangan. Pernah saya lihat, seorang pengukir kayu yang juga ber-blogging mendapat kunjungan hampir dari dua juta audience. So, siapa kata seni ukiran kayu tak laku beb? Heee...


Salah satu daripada projek-projek ukiran kayu kami adalah pada peralatan masjid seperti dalam gambar diatas. Perkara yang paling saya suka mengenai ukiran ini (mahupun ukiran kayu yg lain) ialah, the curves - they are sexy! Nampak tak cara kayu itu dibentuk dengan penuh teliti, corak timbul yang bagi saya nampak perfect, ukiran bermotifkan tradisonal, warna kayu yang unik - semua ini buat saya teruja apabila melihat hasil ukiran kayu. Terasa ada satu kepuasan melihat ukiran yang kompleks dibentuk dengan penuh teliti dan penuh kasih sayang dengan menggunakan kayu-kayan dibumi Allah ini. 



Beginilah rupanya apabila dah siap. Cantik kan?




 Yang ini pulak, projek buat kerusi penceramah berukir. Kerusinya simple je. Tapi design ukiran tu, WOW! Nampak halus dan berseni dan ada style lah!


Projek yang ni pulak, seni ukiran khat. Selalu nampak yang pakai pen, kan? Yang ni ukir pakai kayu. Tetiba teringat pulak masa darjah tiga dulu, menang nombor dua dalam pertandingan menulis khat. Well, budak kecik jangan disangka tak reti tulis khat okay. In fact ustazah pon pernah puji tulisan kita cantik tau. Hihi...



Nnampak tak tools yang menyemak tepi-tepi tu? Hee..saje nak kasi nampak ada effort skit. Yang ini ukiran nama masjid untuk diletakkan pada meja penceramah/mimbar masjid.


Haaa...last but not least, yang ini projek ukiran kayu untuk dijadikan pembahagi masjid. Corak ukiran ni lebih kepada corak-corak bermotifkan geometri. Biarpun berasaskan geometri dan bukannya motif tradisioanal yang lebih curvy, mana-mana ukiran kayu tetap cantik di mata hatiku....hehe. Kalau corak mcm ni, kita pkai mesin lah. Pakai mesin ke, pakai tangan ke, mana-mana pon boleh. Yang penting cantik dan berkualiti tinggi!

Emmm....Takat ni je la che nak sembang-sembang pasai ukiran kayu ni. Kalau ada sapa-sapa nak buat projek berasaskan ukiran kayu, meh datang kat KWM Craft ye. Kami tunggu kehadiran anda!


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717





No comments:

Post a Comment