Lokasi Kilang Dan Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Tuesday, 7 June 2016

Tasbih: Alat Bantuan Berzikir

Hari ni dah masuk hari ke-3 kita berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia dan banyak keberkatannya. Antara amalan favourite di bulan Ramadhan mahupun pada hari-hari yang lainnya adalah berzikir. Amalan berzikir adalah salah satu amalan yang ringkas dan penting kerana ianya mengingatkan kita kepada Allah SWT.

Antara kalimah zikir yang paling saya sukai adalah,
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar & Lailahaillallah
Berzikir boleh dilakukan dimana sahaja, tak kira masa. Suka untuk saya kongsikan kepada para pembaca, saya suka menggunakan tasbih sebagai alat yang membantu untuk berzikir. Berzikir tidak semestinya memerlukan tasbih, tetapi dengan melihat tasbih, hati akan terdetik untuk berzikir. Maklumlah, sebagai manusia biasa terlalu banyak tugasan dunia yang difikirkan sehinggakan alpa untuk mengingati Allah yang Maha Esa.



Sebab itulah saya letakkan tasbih didalam kereta. didalam beg dan juga ditepi katil. Tasbih pula dalam bilangan 33 biji berdiameter 12mm, selesa untuk dipegang dan nampak comel. Tasbih boleh didapati dalam pelbagai jenis, ada manik, plastik, sabun wangi (buatan Turki) mahupun kayu. memandangkan saya adalah jenis yang meminati kayu, terutama kayu eksotik, tasbih saya diperbuat dari kayu gaharu ataupun kayu cendana; kerana aroma kayunya harum seperti minyak wangi.

Minat terhadap kayu eksotik memanggil saya untuk membuat tasbih sendiri di kilang. Setakat ini, ramai yang berkongsi minat yang sama terhadap kayu eksotik memilih untuk mengunjungi KWM Craft untuk mendapatkan tasbih yang diperbuat daripada kayu eksotik.

Antara jenis kayu eksotik yang menjadi pilihan untuk dijadikan tasbih adalah:
1. Kayu Kemuning Hitam
2. Kayu Kemuning Emas
3. Raja Kayu Merah
4. Ketengge
5. Kayu Teras Kelor
6. Kayu Arang Bunga
7. Kayu Penawar Hitam


Tasbih 99 biji






Tasbih 33 biji


Campuran 3 jenis kayu dalam satu tasbih



Sampel biji-biji tasbih yang telah siap dibentuk









Kepala Tasbih





 Amalan bertasbih tidak seharusnya dilakukan hanya pada bulan Ramadhan tapi haruslah dijadikan amalan harian. Marilah kita bertasbih untuk mengingati Allah SWT.

Subhanallah, Alhamdullilah, Allahuakbar, Lailahaillallah

Wakil KWM Craft sedia membantu jika anda mmepunyai pertanyaan mengenai tasbih dari Kayu Eksotik:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717





No comments:

Post a Comment