Lokasi Kilang Dan Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Tuesday, 14 June 2016

Ramadhan Ikon Kekuatan Umat Islam

Berpuasa bukanlah halangan untuk bekerja, malah berpuasa adalah kekuatan umat Islam. Ini adalah kerana ibadah puasa dapat menguatkan jasmani dan rohani pengamalnya. Bukan itu sahaja, pada zaman dahulu, kebanyakkan peperangan berlaku di bulan Ramadhan pada zaman pimpinan Nabi Muhammad S.A.W.

Bercakap mengenai puasa dan kerja, memang tidak dinafikan lagi aktiviti pertukangan memerlukan physical strength, tetapi demi mencari rezeki yang halal, kami tempuhi jua. Maklumlah dengan panas terik, tak boleh minum air pulak tu... huhu.. kami sabar... dan apabila kami pikirkan semula, itulah sebenarnya yang menguatkan lagi semangat kami untuk berpuasa. Ye lah, orang dulu-dulu berperang tak complaint pun, jadi, kita sabar sahaja. Lagipun, apalah sangat rasa lapar dan dahaga itu jika dibandingkan dengan insan-insan lain diluar sana yang mungkin berpuasa sepanjang tahun. Alhamdulillah kami masih diberikan peluang untuk berbuka puasa dan makan makanan sedap-sedap yang dimasak oleh isteri tercinta. 

Dalam pada 10 hari kami berpuasa, kami masih gigih menyiapkan tempahan dari customers. Kebanyakkan tempahan adalah dari masjid dan surau dan juga individu lain yang nak update furniture rumah sempana Aidilfitri yang bakal tiba.

Tiba-tiba teringat, baju raya tak jahit lagi. Sempat kan nak jahit? hehe... 

Kali ni nak update sikit tentang suasana dikilang kami.

Seperti biasa, kilang kami beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Whiteboard "To do list", hampir penuh (boleh lagi selit a few projects). Hehe...


Pekerja-pekerja kami sibuk menyiapkan tempahan customer. Depa ni bukan saja-saja buat busy dalam gambar, tapi ini ialah senario sebenar dalam kilang.


Yang ini pulak, seni ukiran menggunakan mesin CNC untuk mengukir plat nama masjid diatas kayu.


Salah seorang pekerja kami fokus menyiapkan mimbar masjid. Nak tahu lebih lanjut tentang mimbar, boleh Klik Sini : Peralatan Masjid 6 Serangkai



Yang ini pula adalah tempahan meja menjahit oleh tukang Jahit. Baru sahaja selesai menghantarnya ke destinasi. [ Blog post terdahulu tentang meja tukang jahit, klik sini ]


Kami juga telah selesai menghantar meja dengan design yang unik ke rumah customer. [ Blog post terdahulu tentang meja unik, klik sini ]


Ahad lepas, kami sempat berbuka puasa di Bayou Cafe, Cyberjaya. Owner juga merupakan salah seorang customer kami yang menempah beberapa dulang kuih. Boleh klik link ini untuk keterangan lanjut mengenai dulang.[ Blog Post: Siapa kata kayu tidak boleh buat hantaran? ]


Suasana di Buyou Cafe, Cyberjaya. Makan sedap, puas hati dengan harga bufet. Alhamdulillah. 


Petang tadi pula, kami menerima kunjungan yang tak disangka-sangka oleh seorang Tuan Haji Ahmad Nor Sulaiman. Beliau juga ada membuat beberapa tempahan dengan kami.


Malamnya, kami berbuka pula dengan buah Tin,  hasil tanaman isteri di garden "Taman Nilam Tin". Buah Tin ni berlainan tekstur dan rasanya berbanding dengan buah-buah yang biasa kita makan. Kalau dapat rasa yang fresh, rasanya memang umph! boleh memukau siapa sahaja yang merasainya. Terdapat pelbagai spesis pokok Tin di garden kami. Lain spesis lain rasanya. Yang pasti semuanya delicious sehingga menjilat jari. Boleh usha-usha pokok tin di Facebook Rohani Abd Aziz. Post lain mengenai rak tanam pokok boleh KLIK SINI.

So far, itu sahaja update mengenai aktiviti di kilang kami. Ramadhan tinggal lebih kurang 20 hari lagi, jadi, marilah sama-sama kita manfaatkannya. Bulan Ramadhan bukan alasan untuk banyak tidur, tapi alasan untuk buat lebih banyak kebaikan dari sebelumnya kerana pahala yang kita dapat berlipat ganda. Apa lagi, jom beribadah pula! Tata Titi Tutu...

p/s: Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

No comments:

Post a Comment