Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Wednesday 7 December 2016

5 Asas KWM Craft untuk Kepuasan Pelanggan

Asslamaualaikum, salam sejahtera semua!

Hari ni kami nak share sedikit dengan para pembaca sekalian, mengenai bagaimana perniagaan kami boleh berkembang maju sampai ke tahap ini. Of course tanpa permintaan, sokongan dari para pelanggan dan izin Allah khususnya, kami tidak akan mampu berada di tahap ini. Al-maklumlah, terdapat banyak competitors kami diluar sana yang mempunyai kepakaran yang jauh lebih mendalam dalam bidang perkayuan. Apa pun, terima kasih kalian atas perkongsian dan tip-tips perkayuan dari anda semua.

Dahulu, semasa mula berjinak-jinak dengan perkayuan ini, kami bermula dengan mencari kayu-kayu eksotik seperti Kemuning Hitam, Kemuning Emas, Penawar Hitam dan sebagainya. Apabila kami mula mengembangkan sayap kami untuk menceburi pertukangan, kami telah menanamkan dalam diri untuk sentiasa memberi kepuasan kepada pelanggan apabila kami sedang menyiapkan tempahan dari pelanggan.

Berikut adalah perkara-perkara yang kami titik beratkan untuk senantiasa memenuhi, dan memastikan kepuasan pelanggan;

1. Customer is always right

Sebagai pembeli, semestinya kita mahukan yang terbaik dan mendapat pulangan yang orang kata "worth every penny". Sebab  itu lah, sebelum kami bersetuju untuk menerima tempahan perabut, peralatan masjid, hasil kraftangan mahupun aksesori dari kayu eksotik, kami akan berbincang terlebih dahulu dengan pelanggan untuk memastikan kami dapat menepati kehendak pelanggan. Apabila kepakaran kami selari dengan kehendak pelanggan, barulah kami bersetuju untuk menerima dan membuat tempahan tersebut. Jikalau kami tidak mempunyai kepakaran untuk menghasilkan sesuatu produk, kami terpaksa tolak kerana kami tidak mahu menjejaskan kualiti produk kami.



2. We choose the best breed of wood

Bagi memastikan perabut-perabut yang kami hasilkan adalah berkualiti tinggi, kami hanya menggunakan kayu-kayu dari baka yang terpilih sahaja. Kami berpegang kepada formula;

Kayu dari baka yang terpilih + Ketelitian ketika bertukang = HASIL PERTUKANGAN YANG BERKUALITI

Dengan adanya formula ini, dan berpegang teguh kepada perinsip ini, Alhamdulillah, pelanggan percaya dengan apa yang kami berikan selama ini. Bila kami sentiasa memberi dan melakukan yang terbaik, Insya Allah berkat semuanya.



3. Reka bentuk @ Design

Reka bentuk yang kami utarakan kepada ukiran-ukiran untuk peralatan masjid dan perabut khususnya, adalah reka bentuk tradisional ataupun reka bentuk moden, bergantung kepada permintaan pelanggan. Tapi sejak adanya designer berjiwa muda, kami sudah mula infuse rekabentuk tradisional dan moden, dan sudah mula propose design sebegini kepada pelanggan kami. Untuk menghasilkan gabungan rekabentuk tradisional dan moden adalah sesuatu yang mencabar tapi berbaloi. Disinilah anda dapat menyaksikan keunikan KWM Craft dalam menghasilkan hasil pertukangan yang lain dari yang lain. Oleh sebab itulah kami sentiasa "push" diri kami untuk menjadi yang terbaik dari yang terbaik.



4. Hasil Kraftangan Gred A.

Terma "Kraftangan" ini bererti hasil pertukangan dari tangan yang menitikberatkan ciri-ciri kebudayaan sesuatu kaum. Tetapi, ada sesetengah hasil kraftangan kompleks kami buat dari machine with the assistance of human factor. So.....produk kami masih boleh dikategorikan sebagai kraftangan jugak la kan? Kami menghasilkan kraftangan yang bersifat eksklusif, maksudnya kebanyakkan tempahan untuk hasil kraftangan tradional seperti kotak contohnya adalah ditempah khas untuk VIP atau VVIP, dan ada jugak yang tempah untuk yag tersayang. haaaaa...kelas gitu. Since banyak tempahan "nak cepat", kami gunakan mesin, dan untuk mengemaskan lagi, kami sendiri yang gosok dan kilatkan. Nak tahu lebih lanjut tentang tempahan VVIP, boleh klink link ini.



5. Kepercayaan

Kepercayaan dalam konteks ini bermaksud, pelanggan dan KWM Craft sentiasa bersangka baik, which means, pelanggan percaya yang kami akan deliver, memberikan yang terbaik, dan siap on-time. Kami pula percaya, jika kami build rapport dengan para pelanggan, pelanggan juga rasa syok dengan tempahan diaorang, kami pasti pelanggan akan "repeat order" ataupun spread good words tentang KWM Craft, dan juga kenalkan kami kepada kenalan-kenalan lain for better networking. Seperti baru-baru ini, kami diberi kepercayaan untuk menghasilkan rak pameran di MAHA 2016 yang sedang berlangsung sekarang ini. Boleh klik link ini untuk post full mengenai projek MAHA 2016 .


Nampaknya, itu sahaja lah yang kami nak share tentang 5 tips bagaimana kami masih boleh bertahan dalam industri pertukangan dengan menitikkan kepuasan pelanggan semasa berurusan dengan para pelanggan kami. Sekian itu sahaja dari kami. Boleh PM nombor dibawah untuk sebarang pertanyaan:

Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

P/s: Maaf ye ada banyak campurization di post kali ini!

Friday 2 December 2016

Tempahan perabot untuk MAHA 2016

Assalamualaikum wbt... Bismillah

Kami telah menyiapkan tempahan customer sebagai salah satu booth di MAHA 2016 baru-baru ini. 
Kelainan yang dipersembahkan didalam perabot tempahan yang dapat menarik perhatian para pengunjung di MAHA. 





Ini adalah satu contoh perabot - perabot yang ditempah khas, mengikut konsep 'garden' atau taman. Kayu - kayu yang kami gunakan sangat berkualiti dan tahan lama.
Bukan itu sahaja, harga yang kami tawarkan sangat berbaloi dengan kualiti dan perkhidmatan yang kami berikan.





Kelainan yang ditunjukkan dalam perabot booth ini pula berdasarkan 'pit stop dan Pavillion'.
Kami juga memberikan perkhidmatan design logo dan membuat logo menggunakan kayu. Tempahan Logo Warung Tani dan Azam Tani Pit Stop yang telah kami siapkan. 

Untuk tempahan dan pertanyaan sila hubungi
Hj Isa 0127986909

Tuesday 29 November 2016

Hasil Pertukangan Kayu untuk Peralatan Surau

Recently kami ada update satu blog post (LINK) mengenai penglibatan kami dalam di Karnival Maal Hijrah anjuran FGV, dimana kami ada buka booth dan memasarkan produk-produk kami disana. Dalam banyak-banyak product yang dibeli oleh para pengunjung, Alhamdulillah, ahli surau disitu berkenan dengan hasil pertukangan kami dan telahpun menempah beberapa peralatan surau dari kami. Dalam masa 2 minggu, siap! heeee...

Antara hasil pertukangan untuk Surau FGV adalah:






Haaaaa...nampak tak siap ada logo lagi. Memang custom made habis... (memang kepakaran kami untuk menghasilkan apa jua design custom made - You give us the design, we do the rest!)

Dengan adanya peralatan-peralatan ini, kami berharap agar muslimin dan muslimat akan bertambah seronok untuk datang ke surau dan memakmurkan lagi aktiviti-aktiviti surau disana. Kalau tak salah, perbadanan surau FGV ini senantiasa mempunyai aktiviti-aktivi yang berfaedah untuk menarik perhatian para muslimin dan muslimat untuk sama-sama memanfaatkan kemudahan surau yang ada. 

Buat masa ini, kami mempunyai pelbagai jenis peralatan masjid yang kami boleh buat untuk anda. Nak tengok apa yang kami ada? Boleh klik LINK ini untuk maklumat lanjut. Kalau dah berkenan, apa lagi? boleh la pm tepi untuk keterangan lanjut. 


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Monday 28 November 2016

That Vintage Look - By KWM Craft

Assalamualaikum.....Bismillah....


Selalunya bila kita cakap mengenai vintage atau koleksi-koleksi vintage, ramai yang pasti terbayang akan fashion pakaian vintage yang dijual di Zalora, fashion vloggers, ataupun di kedai-kedai alam maya yang mengutarakan fashion vintage zaman dulu-dulu yang memang cantik-tertarik-menarik-kau-memang-dabomb!

haaaa....bagi pencinta fashion, koleksi pakaian vintage ni memang klasik, dan nampak sopan  (mostly).

Anyway, hari ni kita bukan nak jadi agent pakaian vintage. Tapi hari ni kita nak share satu projek "Vintage Furniture" yang pernah kami buat dahulu.

Vintage atau nama lainnya - klasik, memang tak pernah lapuk dek zaman, tak pernah tak jemu memandangnnya. Ada juga pepatah berbunyi, "makin tua makin menjadi", dimana kalau dari segi maksud, saya rasa semua orang sudah ambil maklum bukan? tapi, kalau kita pandang dari perspektif saya si tukang kayu, Vintage Furniture atau perabut klasik ini sangat tinggi nilainya dari segi citarasa dan kesenian orang yang menyukai perabut ala-ala vintage ini.

Semasa saya mula berjinak dalam bidang pertukangan ini, inilah antara projek "Vintage Furniture" yang saya terima. Selari dengan konsep, kami bentuk perabut klasik ini dari kayu-kayu lama dan kami cat menggunakan warna-warna pastel untuk mnyerlahkan lagi keaslian dari segi "Vintage look" yang ingin ditonjolkan dari hasil pertukangan ini.

Disini saya share hasil pertukangan "Vintage Furniture" oleh KWM Craft.






Projek ini merupakan salah satu hasil pertukangan yang lain daripada yang lain yang pernah kami buat. Jadi, bagi sesiapa yang berhajat nak perabut dengan tema "That Vintage Look" untuk rumah, cafe hipster sudut bacaan dan sebagainya, anda boleh lah hubungi mana-mana representative KWM Craft dibawah ini:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Adios!



Wednesday 23 November 2016

Koleksi Cenderahati Mampu Milik dari KWM Craft

Asalamualaikum...Bismillah...

Hari ni kami nak up sikit tentang koleksi cenderahati yang kami buat untuk para pelanggan kami. 

Kebanyakkan jenis tempahan cenderahati adalah kotak berukir untuk hadiah VVIP mahupun tempahan hadiah saguhati dalam kuantiti yang banyak. Apapun yang kami buat, kami memastikan customer puas hati dengan hasil tangan kami dalam menghasilkan produk berasaskan kayu.




Ada juga yang tempah kotak design simple sebagai cenderahati. 





Kami juga ada menerima tempahan hadiah unik iaitu "lampu" yang diperbuat daripada Kayu Raja Merah.


Ini dia tempahan pukal untuk hadiah saguhati dari customer kami.


Miniature, iaitu replika dari barangan asal kepada bentuk yang lebih kecil. Seperti contoh, kami ada menerima tempahan miniature kerusi meja, baby cot, cawan minuman, yang semestinya untuk hiasan. Hiasan unik yang memang mendapat sambutan hangat!


Cawan minuman dari pelbagai jenis kayu eksotik. Keunikan warna kayu seta ulirnya menyerlahkan lagi design cawan minuman tersebut.  Ada size besar dan ada size miniature untuk hiasan. 


Berminat? Boleh dapatkan maklumat dari kami sekarang!

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Saturday 19 November 2016

kursus pengambilan foto utk produk


Hari ni kita belajar mengenai pengambilan photo utk tujuan promotion


Subjek berada di dlm mini studio


Peserta sedang mempraktikkan teori photo dalam penggambaran produk....


Kursus ini ada dalam modul kursus penghasilan produk kayu.

Sesiapa yg berminat sila hubungi atau whatsapp 0127986909


Friday 18 November 2016

5 Aktiviti KWM Craft yang Belum Anda Tahu

Assalamualaikum SEMUA!...

Well, how to start......

Macam biasa, it has been a really really really busy week for all of us, KWM CRAFT members.... banyak sangat tempahan (bukan merungut tapi syukur Alhamdulillah). Kali kami nak update sikit tentang apakah aktiviti kami sepanjang minggu ini. dan, aktiviti-aktiviti ini juga adalah "rutin" kami for mostly everyday.

1. Pagi-pagi sedut fresh air

Dah bangun pagi, gosok gigi, cuci muka bla bla bla, kita amek fresh air dulu di Dengkil Fiq Garden, hasil "green fingers" isteri tercinta. Alhamdulillah, hasil kerajinan isteri mencari pelbagai jenis pokok tin, kami telah mencapai hampir 80 lebih varieties pokok Tin. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh PM tepi untuk dapatkan senarai varieties yang kami ada. Tapi, not all for sale tau. Kami akan pastikan pokok yang kami tanam tu dah berbuah / pernah berbuah, baru lah kami confident nak jual kepada anda. Nak cop dulu pon boleh. Boleh roger saya ataupun Hajjah ye...


Suasana di Dengkil Fiq Garden. Dengan izin-Nya, tanaman pokok menjadi dan membesar dengan baik. Buah Tin segar pun sangat yummy!

2. A succesfull business starts from its "to-do-list"

Dah sampai kilang yang dekat sejengkal dengan rumah ni, kami mulakan dengan menyemak "To do list" dimana disinilah ada nama-nama pelangggan berserta jenis tempahan. Lepas tu mulalah bahagi-bahagikan tugas kepada staff-staff kami yang berdedikasi untuk menyiapkan tempahan dengan kemas dan yang pasti, berkualiti.

Depa ni bersungguh-sungguh buat kerja. Terbaik!


3. We Deliver

Bagi mana-mana barang yang dah siap, kami akan hantarkan ke destinasi yang dipinta. Bagi barangan yang besar-besar kami angkut pakai lori yang kami sewa khas dari "orang lori". yang sedang-sedang pula kami hantar pakai kereta sendiri. 


Tempahan mimbar khas untuk sebuah surau yang kami hantar baru-baru ini.

4. Tempahan-tempahan unik

Kadang-kadang, Allah nak turunkan rezeki yang lain dari yang lain, maka, ada lah tempahan-tempahan yang unik seperti tempahan minyak urut dari Raja Kayu seperti yang kami terima baru-baru ini. Minyak ini akan dipasarkan di pasaran luar negara. Alhamdulillah. 

Minyak urut Raja Kayu keluaran khas dari KWM Craft.

Tak pun, ada tempahan untuk buat design. Ya betul...kami juga ada servis membuat design, contoh seperti dibawah. 

Bukan calang-calang punya design ;)
Bila dah rasa macam serabut sangat tengok keadaan kilang tu, kami mula buat operasi mengemas besar-besaran. Haha....sapu-sapu sikit, buang sawang, lap-lap machine. yelah, esok kan ada kursus perkayuan. Mestilah tempat mau kemas, mau bersih , biar selesa orang nak datang menimba ilmu. hihi...Haaaaa sempat lagi kalau ada siapa-siapa nak daftar tuuuu...

5. Opersi membersih kilang


Dah siap semua, apa lagi, jom balik! 

Fuhh..begitulah antara perjalanan kami seharian dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak tercinta. Nak tahu lebih lanjut? Nanti kami up posting blog lain untuk anda ketahui dengan lebih lanjut.

P/S: Hari ni hari Jumaat. Peringatan kecil, jangan lupa baca surah alkahfi ye :)

Tuesday 15 November 2016

Perabut Mewah Eksklusif dari KWM Craft

Assalamualaikum. 

Bismillah.....

Pasti ramai yang sudah biasa pergi ke kedai-kedai perabut dan melihat pelbagai jenis perabut kayu dengan ukiran-ukiran yang yang halus dan sedap mata memandang. Well, anda boleh mendapatkan perabut idaman anda, dengan design anda sendiri dengan menempahnya di kilang kami kerana kami mempunyai kepakaran yang setanding dengan kedai-kedai perabut mewah diluar sana. 

Terkini, kami menerima tempahan daripada seorang customer untuk membuat almari dan coffee table. 



Almari ini kami buat menggunakan kayu cempadak. Kukuh, dan mempunyai ulir kayu yang menarik. Design almari adalah simple tapi nampak  mewah. Details yang kami tekankan pada design ini adalah pada ukiran tradisional diatas kepala almari, kaki almari dan garisan pembahagi antara laci dan ruang almari atas. Ketiga-tiga details yang kami terapkan kepada design ini serasi bila ditampilkan bersama.


Almari yang ditempah adalah secocok dengan coffee table di ruang tamu. Untuk coffee table ini, design yang ditonjolkan adalah design ukiran yang sedikit heavy  untuk mempamerkan citarasara mewah, ketelitian, dan kesenian customer dalam memilih perabut idaman. 



*******************************
Proses penghasilan perabut di kilang






Kepada yang berminat untuk menempah perabut mewah yang terbaik dari KWM Craft, anda boleh menghubungi nombor yang tertera dibawah ini:


Haji Isa: 012.798.6909
Hajah Rohani: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

Thursday 10 November 2016

Fiesta Amal Malaysia 2016





Haaa...tengok banner pon dah tau kan ada event Fiesta Amal Malaysia 2016. Tak sabarnye! 

Untuk booth kali ini, pelbagai jenis kraft tangan akan dijual bukan sahaja kraft berasaskan kayu malah turut menawarkan variati POHON TIN dan BUAH TIN FRESH untuk anda. Banyak juga booth-bboth lain yang menarik. 

Anda juga boleh cekidout laman facebook Fiesta Amal disini.

Jom ramai2 pergi ke FIESTA AMAL MALAYSIA, 16-18 DISEMBER 2016, 10PAGI-10MALAM di ENCORP STRAND MALL KOTA DAMANSARA. 

Jumpa kami di booth M010!

Banner untuk booth kami yang disediakan oleh pihak Fiesta Amal.

Poster Fiesta amal. 

Peta ke Encorp Strand Mall


Tuesday 8 November 2016

Woodworking Course 2.0

Greetings peeps!


We would like to make an announcement!

Our woodworking course is making a comeback! For those who are interested in woodworking or wood-turning project, you guys can finally learn the fundamentals on how to work with woods, how to leverage the use of machines to craft your product, the do's and don'ts and the climax of the course is the step by step on how to market your product and reach your customer.

In order to book your seats for the course, kindly whatssapp Sulaiman Salikan at 0196099096 to register.

The details of the training are as follows:
  • Date: 19 November 2016
  • Day: Sabtu
  • Time: 9 pagi - 4 ptg
  • Venue: KWM Craft, Dengkil, Selangor
  • Fees: RM250 (Lunch is provided)
  • Course Syllabus: 
    • Crafting product using CnC Machine 
    • How to lathe using Lathe Machine
    • Exotic wood products
    • Furniture products
    • Other wood products
    • Marketing your wood produtcs

See you there!





Kursus Penghasilan Produk Berasaskan Kayu

Assalamualaikum semua...


Kursus intensif membuat produk dari kayu siri 2.0 kembali lagi!Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus ini, anda bolehlah majukan pertanyaan dan daftarkan nama anda sebagai peserta kepada 0196099096(Whatsapp) Sulaiman Salikan ataupun nama pada poster ini.

Butiran kursus adalah seperti berikut:


  • Tarikh: 19 November 2016
  • Hari: Sabtu
  • Masa: 9 pagi - 4 ptg
  • Tempat: Kilang KWM Craft di Dengkil, Selangor
  • Yuran: RM250 (Makanan tengah hari disediakan)
  • Silibus Kursus: 
        • Produk Kayu dari CnC 
        • Produk Kayu dari Mesin Larik
        • Produk Kayu Eksotik
        • Produk Kayu Perabut dan General
        • Pemasaran Produk


Jumpa anda disana!






Monday 7 November 2016

Bukan Sekadar Kotak

Bismillah.....

Alhamdulillah minggu ini kami sempat menyiapkan tempahan dari sebuah kolej tempatan. Kolej tersebut telah menempah kotak tapak cokmar untuk meletakkan cokmar yang sedia ada di kolej tersebut.

Customer meminta design yang  modern dan minimalist bagi tapak comar tersebut. Dibawah merupakan gambar kotak tapak cokmar yang telahpun siap dan telah kami hantar ke kolej tersebut.

Close up view kotak tapak cokmar



Tapak tanpa penutup kaca. Customer hanya meminta design yang minimal pada tapak tersebut

Kami bungkus elok-elok sebelum membuat penghantaran kepada customer

Top view

Jikalau ada mana-mana kolej, universiti ataupun masjid yang ingin menempah tapak kotak cokmar, boleh whatsapp atau call representative KWM Craft seperti dibawah.


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717