Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Wednesday 24 April 2013

Pelanggan kami

Diantara Testimoni dan gambar gambar pelanggan kami



Teman seperjuangan dalam aktiviti Birding Ybrs Dato Prof Dr Jamaludin Mohaiadin.


Teluk Intan Perak Tuan Fahmi


Fadzli dari Bandar Baru Bangi




Tuan Haji dari Pelabuhan Kelang
 
 
Ustaz Akhil


Diantara bukti kiriman pos ke pelanggan kami















Terima kasih kepada semua pelanggan kami dan kepada bakal2 pelanggan sila berhubong dgn Hj Isa untuk segala tempahan Tongkat / Sarung Parang / Kayu kemuning emas / Gemunggal / Kelor / kemuning hitam / Penawar hitam.

+6012 7986909 atau Whatsapp pun boleh

Thursday 11 April 2013

Tempahan Sarung parang kayu sepetir bunga dengan kemuning emas

Proses membuat sarung parang


Empunya Blog sedang membuat sarung parang

Memang mengancam era kayu sepetir ni dan ditambah pulak kekuningan kayu kemuning emas







Produk yg hampir 80% siap hanya menunggu untuk proses akhir dengan kertas pasir secara manual bermula dengan kertas pasir 240 / 500 dan terakhir 1000

kemudian akan di spray clear

Sesiapa yg berminat utk membeli atau menempah sarung parang boleh menghubungi Hj Isa 0127986909 atau sila whatsapp beliau

 

Tongkat Kayu Gamunggal / Teras Kelor / Galeh Kelor / Kemuning hitam

Kayu Gemunggal / Teras Kelor / Galeh Kelor




Diperolehi di kawasan hutan yang berbukit atau kelor bukit






Kayu gamunggal yg mula dibelah berwarna kekuningan



Setelah dibiarkan dalam dua jam setelah dibelah kayu ini telah bertukar warna kemerahan



Setelah 3 jam kayu mula bertukar warna menjadi agak gelap dan seterusnya menjadi kehitaman


Bahagian lain kayu gamunggal yg telah dibelah sedia untuk menjadi tongkat



Proses melarik tongkat kayu gamunggal bermula



Empunya blog sedang tekun menyiapkan tempahan tongkat pelanggan.



Kami sedia menerima tempahan untuk membuat tongkat siap dengan berhulu atau tidak bergantung kepada permintaan.



Tongkat Kayu kemuning hitam yang telah disiapkan









Kami sedia menerima tempahan membuat tongkat anda mengikut saiz dan design anda.

Sila hubungi Hj Isa 0127986909 untuk keterangan lanjut atau whatsapp dinombor tersebut

 

Corrosive asid test with teras kelor or galih kelor or kayu gemunggal

 


 Anyone interested to buy or to get this wood please call +60127968909 or email Haji isa to   hjisa28@yahoo.com

 



 



 


Tuesday 2 April 2013

Kayu kemuning emas untuk dijual

Kayu Kemuning emas

Kayu kemuning emas ini adalah merupakan kayu yg hanya boleh dimiliki oleh golongan bangsawan atau raja2 untuk digunakan sebagai sarung keris atau senjata dizaman dulu. Mempunyai warna dan tekture kayu dan ira yg halus dan sangat cantik dengan warna kekuningan dan keemasan bila dikilat dgn natural clear akan menyerlahkan lagi keindahan kayu ini. Disebabkan kesukaran untuk memperolehi kayu spesis ini maka harganya juga seperti emas.


Gembira tak terkata apabila saya memperolehi kayu2 yg amat bernilai tinggi ini di genggaman ku.


Walaupun kayu 2 yg saya perolehi ni tidak begitu besar balaknya tetapi sudah menjadi buruan para peminat kayu.


 

Kayu kemuning ini akan kita dapati kebanyakan ditanah tinggi dan mempunyai bunga yg wangi. Terdapat bunga kemuning yg berwarna putih dan bunga kemuning yg berwarna merah.

Untuk kemuning yg diatas adalah dari spesis yg hidup di tanah rata dan mempunyai teras yg kecil dan masih kelihatan muda.
 
 
 


Nasib baik ada jugak sahabat yg sanggup untuk membelah kayu2 yg saya perolehi ni...tanpa bantuan dari beliau agak2nya camanalah saya nak belah kayu ni ....tak kan dgn chain saw aje atau band saw pulak yg kecik kat umah tu.



Pehggggg bila dah siap dibelah memang kayu ni hebat aura kayunya dgn warna dan hati kayu yg begitu memikat menjadikan semua orang ngencesss.





Ini adalah kayu kemuning emas yang mempunyai hati ditengah dan daging disekitarnya kita jual denagn harga diantara RM 150 ke RM 200 sekeping yg boleh menjadikan mendapat 2 atau 3 bilah sarung parang.



Dan yang diatas ni adalah gambar daging kayu kemuning emas yg tidak mempunyai hati atau teras kayu ditengah. Kami jual dengan harga sekitar RM 60 ke 100 sekeping.





Diantara stok kayu kemuning emas yg terdapat dalam koleksi saya.






Diantara hasil2 sarung parang dan hulu yang menggunakan kayu kemuning emas yg juga untuk dijual sesiapa berminat boleh menghubungi Hj Isa 0127986909 untuk berurusan atau whatsapp pun boleh.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bekalan Kayu kemuning yg terbaru ini adalah terdiri dari spesis kayu kemuning yg mempunyai bunga merah dan diperolehi dari kawasan pergunungan yg berbatu batan dan mempunyai teras yg besar dan berwarna kuning gelap dan coklat yg menawan.

Sesiapa yg memerlukan bekalan kayu kemuning emas atau ketengge boleh hubungi Hj Isa 0127986909 atau whatsapp beliau atau boleh datang ke rumah beliau utk memilih kayu sendiri di Dengkil Selangor berhampiran Putrajaya.

 

Spesis bunga kemuning yg berwarna putih yg harum semerbak bau nya