Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Thursday, 10 November 2016

Fiesta Amal Malaysia 2016





Haaa...tengok banner pon dah tau kan ada event Fiesta Amal Malaysia 2016. Tak sabarnye! 

Untuk booth kali ini, pelbagai jenis kraft tangan akan dijual bukan sahaja kraft berasaskan kayu malah turut menawarkan variati POHON TIN dan BUAH TIN FRESH untuk anda. Banyak juga booth-bboth lain yang menarik. 

Anda juga boleh cekidout laman facebook Fiesta Amal disini.

Jom ramai2 pergi ke FIESTA AMAL MALAYSIA, 16-18 DISEMBER 2016, 10PAGI-10MALAM di ENCORP STRAND MALL KOTA DAMANSARA. 

Jumpa kami di booth M010!

Banner untuk booth kami yang disediakan oleh pihak Fiesta Amal.

Poster Fiesta amal. 

Peta ke Encorp Strand Mall


Tuesday, 8 November 2016

Woodworking Course 2.0

Greetings peeps!


We would like to make an announcement!

Our woodworking course is making a comeback! For those who are interested in woodworking or wood-turning project, you guys can finally learn the fundamentals on how to work with woods, how to leverage the use of machines to craft your product, the do's and don'ts and the climax of the course is the step by step on how to market your product and reach your customer.

In order to book your seats for the course, kindly whatssapp Sulaiman Salikan at 0196099096 to register.

The details of the training are as follows:
  • Date: 19 November 2016
  • Day: Sabtu
  • Time: 9 pagi - 4 ptg
  • Venue: KWM Craft, Dengkil, Selangor
  • Fees: RM250 (Lunch is provided)
  • Course Syllabus: 
    • Crafting product using CnC Machine 
    • How to lathe using Lathe Machine
    • Exotic wood products
    • Furniture products
    • Other wood products
    • Marketing your wood produtcs

See you there!





Kursus Penghasilan Produk Berasaskan Kayu

Assalamualaikum semua...


Kursus intensif membuat produk dari kayu siri 2.0 kembali lagi!Sekiranya anda berminat untuk menyertai kursus ini, anda bolehlah majukan pertanyaan dan daftarkan nama anda sebagai peserta kepada 0196099096(Whatsapp) Sulaiman Salikan ataupun nama pada poster ini.

Butiran kursus adalah seperti berikut:


  • Tarikh: 19 November 2016
  • Hari: Sabtu
  • Masa: 9 pagi - 4 ptg
  • Tempat: Kilang KWM Craft di Dengkil, Selangor
  • Yuran: RM250 (Makanan tengah hari disediakan)
  • Silibus Kursus: 
        • Produk Kayu dari CnC 
        • Produk Kayu dari Mesin Larik
        • Produk Kayu Eksotik
        • Produk Kayu Perabut dan General
        • Pemasaran Produk


Jumpa anda disana!






Monday, 7 November 2016

Bukan Sekadar Kotak

Bismillah.....

Alhamdulillah minggu ini kami sempat menyiapkan tempahan dari sebuah kolej tempatan. Kolej tersebut telah menempah kotak tapak cokmar untuk meletakkan cokmar yang sedia ada di kolej tersebut.

Customer meminta design yang  modern dan minimalist bagi tapak comar tersebut. Dibawah merupakan gambar kotak tapak cokmar yang telahpun siap dan telah kami hantar ke kolej tersebut.

Close up view kotak tapak cokmar



Tapak tanpa penutup kaca. Customer hanya meminta design yang minimal pada tapak tersebut

Kami bungkus elok-elok sebelum membuat penghantaran kepada customer

Top view

Jikalau ada mana-mana kolej, universiti ataupun masjid yang ingin menempah tapak kotak cokmar, boleh whatsapp atau call representative KWM Craft seperti dibawah.


Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717




Friday, 4 November 2016

KWM Craft di Karnival Maal Hijrah, Menara Felda 2016

Alhamdulillah....Salam Jumaat semua!

Ni nak story sikit, hari Selasa dan Rabu bersamaan dengan 2 & 3 November, 2016, KWM Craft telah membuat comeback dengan menyertai jualan di Menara Felda. Dah lama kami tak buka booth untuk membuat jualan, almaklumlah, sibuk dengan urusan di kilang. Nasib baik ada staff-staf kami yang berdedikasi, bolehlah jagakan kilang untuk dua hari ni.

Kalau tak silap, kali terakhir kami menyertai karnival, merupakan pada tahun 2014, ada pesta Floria di Putrajaya. Sesiapa yang ada melawat Floria 2014, pasti ada nampak booth kami terselit di antara berpuluh-puluh booth di Putrajaya.

Kali ini jualan kami di Karnival Maal Hijrah 2016 di Menara Felda tidak sahaja tertumpu kepada produk kayu sahaja. Kami telah mengembangkan sayap dengan menjual pokok dan buah tin, hasil tanaman penuh kasih sayang oleh isteri tercinta, Hajah Rohani. Bukan itu sahaja, kami juga turut menjual produk minuman kesihatan iaitu Kopi Stevia, Teh Stevia dan Sterama Tea.



Gambar menyeluruh booth kami. Tuan Sulaiman bersama dengan KWM Craft bagi memeriahkan booth kami. 

Close-up pokok tin yang dijual.
Eka dan rakan beliau turut sama menjaga booth. 
Antara tetamu yang hadir.
Antara pembeli pokok tin kami

Alhamdulillah, rezeki Allah ada dimana-mana. Kami dapat menjual hampir separuh daripada produk yang kami bawa untuk karnival kali ini. Semoga kami diberikan kesempatan untuk menyertai karnival-karnival sebini di lain hari. Insya Allah.



Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717