Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Tuesday, 7 June 2016

Peralatan Masjid: 6 Serangkai

Siapa biasa beli kain batik mesti pernah dengar batik 3 serangkai.. Kalau kat KWM Craft pulak, kami ada peralatan masjid 6 serangkai. Pernah dengar peralatan masjid 6 serangkai ni?

Haaa..ni nak cite..

Kat KWM Craft ni, kami sedia menerima tempahan peralatan masjid ataupun surau yang berasaskan kayu. Istilah 6 serangkai disini bermaksud, kebanyakkan customer  selalunya akan membuat tempahan bagi 6 peralatan berikut untuk sebuah masjid di bawah jagaan mereka.

  • Mimbar
  • Cokmar
  • Kerusi dan Meja Penceramah
  • Pembahagi ruang solat lelaki dan wanita
  • Rehal & rak rehal
  • Tabung Masjid


So far Alhamdulillah setakat ni terdapat banyak permintaan untuk peralatan masjid 6 serangkai ni.

Jom cuci mata tengok hasil pertukangan dari kilang kami:

Mimbar 


Mimbar berserta ukiran yang unik dan kemas. Mimbar ini boleh juga boleh didapati dalam bentuk lain yang simple dan elegan tanpa ukiran.

Cokmar Masjid



Selain bentuk dan warna yang  plain,  cokmar masjid boleh juga didapati dalam design yang berbeza dan mewarnakan bulan bintang dengan warna emas.

Kerusi dan Meja Penceramah

Kerusi-kerusi penceramahan tempahan dari customer






Meja penceramah

Close-up  ukiran di bahagian depan meja penceramah

Customer test drive dahulu sebelum final touch untuk mendapatkan keserasian

Pembahagi ruang solat lelaki dan wanita

Ukiran mnggunakan mesin CNC

Pembahagian ruang solat yang telah siap.



 Rehal

Rak untuk menyusun rehal. Untuk melihat koleksi rak klik disini

Design rehal


Tabung Masjid


Tabung masjid siap dengan ukiran


Sesetengah masjid request untuk tambahkan roda dibawah tabung supaya senang untuk mengutip derma ketika solat jumaat teeutamanya.




Berminat untuk menempah peralatan masjid? Boleh la hubungi:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717





Friday, 3 June 2016

Rocking Chair

Malam td, sedang sy cuba mencari inspirasi, terserempak pula gambar furniture yang unik di blog "Go Wood" (link disini ) .

Rocking chair and crib for mothers. Source: Go Wood

Unik kan?

Sebelum ni pon kami ada membuat rocking chair, tapi unt yang dewasa lah. Gambar seperti dibawah:




Kalau x silap,dulu-dulu orang buat kerusi ni dari rotan kan? Sy ada pakcik sorang, dia ada rocking chair ni dah lebih 20 tahun. Dia letak kat beranda. Ayun petang-petang sambil baca buku + kopi tambah plak ada angin, pergh! Rasa nyamannnnn... Hilang semua masalah. Letak dpn TV pon boleh. Lepas balik kerja duduk atas kerusi ni sambil minum teh best tu... Hilang penat balik kerja..kannn..  *thumbs up*

Berminat nak memiliki rocking chair? Contact mana-mana nombor dibawah ye:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara:011.1195.7717


Thursday, 2 June 2016

#AkuBukanOCD

Alkisahnya, dulu masa kecik-kecik, my mom mesti rasa nak pengsan kalau dia lalu depan bilik. Mana tak nya, bilik bersepah mengalahkan tongkang pecah. Sarang tikus pun might looks better than my room. Hee... My mom apa lagi, istighfar berwirid berpuluh kali pastu dia cakap, "Kemas sekarang!". Haha..padan muka aku kena marah. Masa tu, aku dikategorikan sebagai hoarder.

Pastu bila dah besar panjang ni, dah terbalik. A few of my friends cakap yang aku ni OCD. OCD sbb semua benda nk kena susun ikut kategori and organized. Lepas tu kalau buat powerpoint slides, mesti amek masa lama sbb nak pastikan takde gamba senget atau tak sebaris. Buku dlm rak pulak susun ikut size sbb tak suka tengok yg tinggi campur dengan rendah. Yg tinggi/rendah bahagi kategori lagi; Malay, English, majalah, komik, etc... Depa kata, 'hang ni OCD'.

Well, aku tak rasa aku OCD. aku rasa aku bahagia. Hahahahaha.

Sebab tu lah sesiapa yang kena label " OCD" ni, ataupun yg memang suka letak barang kemas-kemas, ikut aturan sepatutnya ada sistem rak-rak yang berlainan mengikut fungsi tertentu, contohnya:

Dalam kotak tertutup ni boleh simpan buku, majalah, surat khabar atau barang-barang lain, kemudiannya boleh letak kat ruang tamu jadi coffee table. 2 in 1.

Yang ni adalah tempat letak rehal di surau. Rehal yang sepadan seperti gambar dibawah.



Ada customer tempah, yang ini di design untuk kasut dan gantung payung sahaja.

Tempahan customer jugak, yang ni mcm sesuai letak kat dalam bilim tidur or bilik bacaan atau tepi TV untuk letak majalah, remote,dan sebagainya.

Yang ini pulak tempat sidai baju. Nampak kukuh kan? Kayu yang digunakan adalah berkualiti, Insya Allah tahan lama.

Yang ini dan yang bawah ni - macam macam fungsi storan yang anda boleh fikirkan!



Yang ini pasti digemari para wanita khususnya, sbb size kecil comel. Macam cantik je kalau guna untuk letak kerongsang, pin dan aksesori lain.

Alamari moden zaman skarang, tak payah pintu. Nak pintu pon boleh customize. Xde masalah. ;)

Yang ni sesuai untu dijadikan rak untuk letak barang hiasan - kat tepi TV ke, dalam almari kaca ke, mana-mana pon boleh.


This is one of my favorite. Tempat letak buku -boleh susun ikut macam-macam kategori dan size. Tinggi pulak tu, banyak boleh simpan.

Tak perlu jadi OCD untuk beli rak, tapi yg dah sah-sah OCD pasti rumah anda perlukan rak tambahan. Maklumlah, semua benda nk kena susun ikut kategori kan? *wink*
Nak tak rak yang mcm ni? Boleh je text mana-mana nombor dibawah ye:
Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus:013.202.3420
Sara: 011.1195.7717



Wednesday, 1 June 2016

Hapuskan Stress Furniture Hunting dengan Custom Made Furniture Design

Haaa...macam mana? Pa pe pon, kita mulakan post hari ini dengan ucapan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah syukur nikmat, kami mendapat tempahan untuk membuat perabot lagi. Setakat ini, banyak tempahan untuk perabot. Maklumlah, lebih ramai yang prefer custom made design berbanding beli perabot yang ready made.

Bukan sebab yang ready made tu tak cantik, cantik je, elok je...tapi.... Most of the time terbesar lah, terkecik lah, nak letak tu tak muat lah, nak letak ni tak muat lah. Lagi rasa tak syok kalau dah pegi banyak kedai tapi tak de pulak kaler yang berkenan. Hmm....

Aaaaaaaaaa.....Stresss mak!

(Adegan sebenar ye...hari tu punye cerita, punye la payah nak cari side table yg betul-betul size tu, pastu nak kaler tu jugak sbb nak matching kan warnanya dengan tema living room. Cari-cari tak jumpa. Last- last pi beli je apa yg ada. Tu cerita zaman dulu.

Kalau zaman sekarang? Semua online. Browse aje Lazada ke, Mudah.my ke, 11Street ke...kalau jumpa the exact match dgn yang kita nk tu, gembiralah hati. Kalau takde, monyok je sampai esok pagi..haha)

So, moral of the story is, untuk mengelakkan stress dan monyok yang berpanjangan, apa kata consider untuk tempah aje perabot yg dihajati itu - dgn kami semestinya!

Anyway, back to tempahan perabot custom made design yang kami terima. Perabot-perabot inilah yg kami usahakan sekarang, sama ada yg telah/hampir siap:

Unik kan? Seunik si customer mungkin?
Close-up view

Close-up view
Meja ngeteh yang lain dari yang lain.

Meja ngeteh yang simple, muat 6-8 orang untuk borak-borak atau group discussion.

Yang ini pulak meja untuk tukang jahit. Senang nak ukur kain & gunting kain atas meja ni. Rak kat sebelah tu pulak senang nak organize kain yg dah potong ataupun barang-barang jahitan.

Dah, tak mau stress-stress. Bagi je design perabot apa yang anda nak, kaler ape, size apa, KWM akan usahakan untuk anda. Yang penting harga kami affordable, anda pon tak susah hati. ;)

Dial number ni untuk keterangan lanjut okay:

Haji: 012.798.6909
Hajjah:012.658.8744
Sara: 011.1195.7717
Firdaus:013.202.3420

Tuesday, 31 May 2016

Siapa suka tanam pokok angkat tangan!

Siapa yang nak tanam pokok, tapi kawasan rumah tak cukup luas, raise both hands!

Saya! (Sambil angkat semua tangan) Hehe...

Hmmm....kdg-kdg tu rasa geram je nak tanam semua jenis pokok tapi apakan daya, rumah sempit (bercakap berdasarkan pengalaman). Well, ruang ni memang merupakan satu faktor utama kenapa anda tak boleh nk tanam pokok banyak-banyak dalam kawasan rumah sendiri. Tapi itu tak bermakna anda perlu pindah rumah. Relaks dulu..., KWM ada jln penyelesaiannya. *wink*

Tengok customer tetap kitaorang ni, bagaimana beliau tackle permasalahan ini - dengan menempah rak pokok bertingkat-tingkat. Haaa..bukan mangkuk aje yang bertingkat-tingkat, nk tanam pokok pon boleh bertingkat skarang ni tau.


Inilah dia rak pokok bertingkat-tingkat yang disebut-sebut tadi. Boleh juga digunakan untuk letak barang-barang gardening.

 Pemandangan serba hijau herba-herba diatas rak yang ditanam oleh isteri tercinta. Bukan setakat herba sahaja, malah ada pokok tin yg di tanam di belakang rumah. Sesiapa yang berminat nak tanam pokok tin ataupon nk beli pokok herba,jemput-jemputlah wassap Hajjah untuk lebih info!

Lagi satu jenis rak yg ditempah oleh customer. Sesuai untuk tanam anak pokok terutamanya. Juga sgt sesuai untuk yg tinggal di apartment with limited space tapi masih gigih dan bersemangat nak tanam pokok jugak!

Berminat nak tanam pokok dan selesaikan masalah kekurangan ruang untuk tanam pokok? Sila hubungi kami: 
Haji: 012.798.6909
Hajjah:012.658.8744
Sara: 011.1195.7717
Firdaus:013.202.3420