Lokasi baru Bengkel




LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60127986909 whatsapp / viber / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms


Email : hjisabnu29@gmail.com

Friday, 18 November 2016

5 Aktiviti KWM Craft yang Belum Anda Tahu

Assalamualaikum SEMUA!...

Well, how to start......

Macam biasa, it has been a really really really busy week for all of us, KWM CRAFT members.... banyak sangat tempahan (bukan merungut tapi syukur Alhamdulillah). Kali kami nak update sikit tentang apakah aktiviti kami sepanjang minggu ini. dan, aktiviti-aktiviti ini juga adalah "rutin" kami for mostly everyday.

1. Pagi-pagi sedut fresh air

Dah bangun pagi, gosok gigi, cuci muka bla bla bla, kita amek fresh air dulu di Dengkil Fiq Garden, hasil "green fingers" isteri tercinta. Alhamdulillah, hasil kerajinan isteri mencari pelbagai jenis pokok tin, kami telah mencapai hampir 80 lebih varieties pokok Tin. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh PM tepi untuk dapatkan senarai varieties yang kami ada. Tapi, not all for sale tau. Kami akan pastikan pokok yang kami tanam tu dah berbuah / pernah berbuah, baru lah kami confident nak jual kepada anda. Nak cop dulu pon boleh. Boleh roger saya ataupun Hajjah ye...


Suasana di Dengkil Fiq Garden. Dengan izin-Nya, tanaman pokok menjadi dan membesar dengan baik. Buah Tin segar pun sangat yummy!

2. A succesfull business starts from its "to-do-list"

Dah sampai kilang yang dekat sejengkal dengan rumah ni, kami mulakan dengan menyemak "To do list" dimana disinilah ada nama-nama pelangggan berserta jenis tempahan. Lepas tu mulalah bahagi-bahagikan tugas kepada staff-staff kami yang berdedikasi untuk menyiapkan tempahan dengan kemas dan yang pasti, berkualiti.

Depa ni bersungguh-sungguh buat kerja. Terbaik!


3. We Deliver

Bagi mana-mana barang yang dah siap, kami akan hantarkan ke destinasi yang dipinta. Bagi barangan yang besar-besar kami angkut pakai lori yang kami sewa khas dari "orang lori". yang sedang-sedang pula kami hantar pakai kereta sendiri. 


Tempahan mimbar khas untuk sebuah surau yang kami hantar baru-baru ini.

4. Tempahan-tempahan unik

Kadang-kadang, Allah nak turunkan rezeki yang lain dari yang lain, maka, ada lah tempahan-tempahan yang unik seperti tempahan minyak urut dari Raja Kayu seperti yang kami terima baru-baru ini. Minyak ini akan dipasarkan di pasaran luar negara. Alhamdulillah. 

Minyak urut Raja Kayu keluaran khas dari KWM Craft.

Tak pun, ada tempahan untuk buat design. Ya betul...kami juga ada servis membuat design, contoh seperti dibawah. 

Bukan calang-calang punya design ;)
Bila dah rasa macam serabut sangat tengok keadaan kilang tu, kami mula buat operasi mengemas besar-besaran. Haha....sapu-sapu sikit, buang sawang, lap-lap machine. yelah, esok kan ada kursus perkayuan. Mestilah tempat mau kemas, mau bersih , biar selesa orang nak datang menimba ilmu. hihi...Haaaaa sempat lagi kalau ada siapa-siapa nak daftar tuuuu...

5. Opersi membersih kilang


Dah siap semua, apa lagi, jom balik! 

Fuhh..begitulah antara perjalanan kami seharian dalam mencari rezeki demi sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak tercinta. Nak tahu lebih lanjut? Nanti kami up posting blog lain untuk anda ketahui dengan lebih lanjut.

P/S: Hari ni hari Jumaat. Peringatan kecil, jangan lupa baca surah alkahfi ye :)

No comments:

Post a Comment