Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Friday, 4 November 2016

KWM Craft di Karnival Maal Hijrah, Menara Felda 2016

Alhamdulillah....Salam Jumaat semua!

Ni nak story sikit, hari Selasa dan Rabu bersamaan dengan 2 & 3 November, 2016, KWM Craft telah membuat comeback dengan menyertai jualan di Menara Felda. Dah lama kami tak buka booth untuk membuat jualan, almaklumlah, sibuk dengan urusan di kilang. Nasib baik ada staff-staf kami yang berdedikasi, bolehlah jagakan kilang untuk dua hari ni.

Kalau tak silap, kali terakhir kami menyertai karnival, merupakan pada tahun 2014, ada pesta Floria di Putrajaya. Sesiapa yang ada melawat Floria 2014, pasti ada nampak booth kami terselit di antara berpuluh-puluh booth di Putrajaya.

Kali ini jualan kami di Karnival Maal Hijrah 2016 di Menara Felda tidak sahaja tertumpu kepada produk kayu sahaja. Kami telah mengembangkan sayap dengan menjual pokok dan buah tin, hasil tanaman penuh kasih sayang oleh isteri tercinta, Hajah Rohani. Bukan itu sahaja, kami juga turut menjual produk minuman kesihatan iaitu Kopi Stevia, Teh Stevia dan Sterama Tea.



Gambar menyeluruh booth kami. Tuan Sulaiman bersama dengan KWM Craft bagi memeriahkan booth kami. 

Close-up pokok tin yang dijual.
Eka dan rakan beliau turut sama menjaga booth. 
Antara tetamu yang hadir.
Antara pembeli pokok tin kami

Alhamdulillah, rezeki Allah ada dimana-mana. Kami dapat menjual hampir separuh daripada produk yang kami bawa untuk karnival kali ini. Semoga kami diberikan kesempatan untuk menyertai karnival-karnival sebini di lain hari. Insya Allah.



Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717


Friday, 23 September 2016

Kursus sehari pengeluaran produk kayu


Kami akan menganjurkan kursus pendek utk pengeluaran produk2 kayu yg meliputi proses pengeluaran cnc , produk larik kayu, kayu eksotik dan produk general perabut.

Sila hubungi hj isa atau syafiqah 012 3488760 utk pendaftaran kursus
 CnC Router yg akan digunakan utk latihan
CnC lathe machine yg akan digunakan utk latihan
CnC Milling dan pengendalian komputer
Praktikal pengendalian mesin2 pemotong kayu
Praktikal pengendalian mesin dan tools
Peserta kursus tengah membuat latihan praktikal

KWM Craft menerima tempahan kursus secara individu atau agensi agensi swasta dan kerajaan dan memenuhi kehendak industri dalam mereliasasikan impian pelajar atau individu yg berminat dalam bidang perkayuan disamping pengetahuan pengenai pemasaran dan dunia perniagaan,

Sila hubungi hj 0127986909 atau syafiqah 0123488760 utk keterangan lanjut, Sila buat pendaftaran utk kursus yg akan dikendalikan pada 1hb okt 2016. 

Wednesday, 31 August 2016

Pusat ukiran cnc berkomputer setempat anda

Assalamualaikum semua....kami di KWM Craft senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda dan pelanggan dengan memperkenalkan produk2 yg cantik, menarik dan mampu milik... kepada peminat2 ukiran kayu tradisi dan kotemporari boleh mendapatkan khidmat kami di KWM Craft
Mesin Lathe CnC yg mampu melarik kayu dan besi atau logam sedia berkhidmat
Hasil gabungan tradisi dan moden akan memastikan KWM tetap relevant dalam industri seni kayu di Malaysia
Dengan keluasan permukaan sebesar 6 kaki x 6 kaki kita mampu utk menghasilkan panel ukiran atau tulisan diatas papan utk memenuhi permintaan pelanggan.

Kami sedia menerima tempahan anda untuk ukiran lathe atau engraving bunga atau tulisan
Kami akan merialisasikan impian anda utk mengabadikan logo syarikat atau nama anda diatas kayu ...sila pm atau whatsapp hj isa 0127986909 untuk keterangan lanjut.


ukiran nama atas besi
Milling CnC utk kerja2 tempahan anda