Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Monday, 8 September 2025

TABUNG DERMA KECIL UNTUK MASJID QARYAH BAGAN PINANG, P

Hai Assalamualaikummm.. 

Alhamdulillah, siap lagi tempahan tabung derma kecil untuk Masjid Qaryah Bagan Pinang, Port Dickson. Kali ini pelanggan kami request design khas yang lebih kemas dan moden, siap dengan QR code bank untuk memudahkan urusan bagi jemaah yang cashless.. hihi

Keistimewaan tabung derma kalini 

Rekaan eksklusif bercorak Islamik – tampak elegan & sesuai untuk hiasan masjid/surau.
Cylinder lock (cam lock) – atas permintaan pelanggan, kami gunakan kunci jenis ini kerana lebih praktikal. Hanya perlukan satu kunci sahaja untuk buka semua tabung, jadi tak perlu simpan banyak kunci berbeza.
Mudah digunakan – Setiap tabung dilengkapi dengan roda jadi mudah untuk digerakkan 
Mesra sumbangan – selain slot tunai, kami sediakan QR code bank agar mudah untuk jemaah berinfak menggunakan e-wallet atau online transfer.

Kenapa Pilih Tabung Derma Kecil Ini?

Ramai pihak masjid & surau kini memilih tabung derma macamni kerana:

  • Lebih teratur dengan nombor siri.

  • Selamat & mudah diurus.

  • Sesuai dengan konsep moden (cashless donation).

Kami menerima tempahan custom untuk pelbagai jenis tabung derma  mengikut citarasa dan keperluan masjid/surau anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut:








Thursday, 4 September 2025

Tempahan Khat Kayu – Surah Al-Furqan Ayat 74

Alhamdulillah, satu lagi hasil seni khat kayu berjaya disiapkan dengan penuh teliti. Kali ini kami menyiapkan ukiran ayat suci Al-Quran daripada Surah Al-Furqan ayat 74:

"رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا"

Ayat ini membawa doa yang indah – memohon agar pasangan dan keturunan menjadi penyejuk mata serta tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa.

Keistimewaan Khat Kayu

Tulisan Timbul Eksklusif – memberikan kesan 3D yang lebih menarik.
Berkualiti & Tahan Lama – sesuai dijadikan hiasan jangka panjang.
Rekaan Custom – pelanggan boleh memilih ayat, saiz dan gaya mengikut citarasa.
Serbaguna – sesuai dijadikan hiasan rumah, masjid, surau atau hadiah istimewa.

Kenapa Ramai Pilih Khat Kayu?

Selain menjadi hiasan yang cantik, khat kayu juga membawa nilai spiritual dan peringatan harian. Ramai pelanggan memilih untuk menghadiahkannya sempena perkahwinan, majlis kesyukuran, malah sebagai wakaf di masjid dan surau.

Tempahan

Kami menerima tempahan custom design mengikut keperluan anda. Hubungi kami di WhatsApp untuk berbincang lebih lanjut mengenai design, saiz dan harga

Wednesday, 3 September 2025

Cenderahati Eksklusif: Miniature Plaque Masjid & Replika Cokmar

 Alhamdulillah, satu lagi projek cenderahati eksklusif berjaya disiapkan untuk pelanggan kami. Kali ini kami hasilkan dua rekaan istimewa:

🕌 Miniature Plaque Masjid – replika masjid dalam kotak kaca yang melambangkan keindahan seni bina Islam serta kesucian rumah Allah.
⚔️ Replika Cokmar Eksklusif – simbolik warisan, kuasa dan penghargaan, sangat sesuai dijadikan hadiah rasmi atau kenangan istimewa.

Setiap rekaan dihasilkan dengan penuh teliti menggunakan material berkualiti premium. Bukan sahaja tahan lama, malah tampil mewah dan elegan apabila dijadikan hiasan atau cenderahati.

Produk ini sangat sesuai untuk:

  • Majlis perasmian rasmi

  • Hadiah penghargaan kenangan lawatan

  • Koleksi korporat eksklusif

  • Hiasan unik bernilai sentimental

Kami juga menyediakan custom design mengikut keperluan dan permintaan pelanggan. Dengan pengalaman dalam menghasilkan pelbagai jenis cenderahati, kami percaya hasil kerja ini mampu memberi nilai tambah kepada setiap acara dan majlis anda.

📞 Untuk tempahan & pertanyaan:

Replika Cokmar Eksklusif
Lambang warisan & penghargaan







Miniature Plaque Masjid
 Simbolik keindahan seni bina Islam





Friday, 29 August 2025

Meja Kuliah Surau Hj Fuad – Siap & Selamat Dihantar

 Hai Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh pasukan kami di KWM Craft. Kali ini, tempahan khas ini daripada Surau Hj Fuad, Meru, Klang. Sebuah meja kuliah eksklusif yang direka untuk kegunaan majlis ilmu, kuliah, dan ceramah di sana.

Meja ini dibina menggunakan kayu berkualiti tinggi, dengan reka bentuk yang kukuh serta kemasan yang kemas. Tujuannya adalah untuk memastikan keselesaan penceramah, serta menambahkan lagi seri suasana dalam majlis ilmu.

Selepas siap dipasang dan diperiksa, meja kuliah ini telah kami hantar terus ke Surau Hj Fuad menggunakan perkhidmatan Lalamove 🚚 untuk memastikan ia sampai dengan cepat dan selamat.

Kami di KWM Craft amat berterima kasih kepada pihak Surau Hj Fuad kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menghasilkan meja kuliah ini. Semoga dengan adanya meja kuliah ini akan memberi manfaat yang berpanjangan kepada jemaah dan majlis ilmu yang diadakan di surau tersebut.

👉 Jika anda juga berminat untuk menempah meja kuliah untuk masjid atau surau, boleh terus hubungi kami melalui WhatsApp:







MEJA KULIAH PUSAT TARBIYAH SIAP!

 Hai Assalamualaikum..

Alhamdulillah, satu lagi hasil tangan dari bengkel KWM Craft berjaya disiapkan. Meja kuliah kalini dibuat khas untuk Pusat Tarbiyah Pas Cawangan Kg Pak Darus.

Meja ini direka dengan penuh teliti untuk memastikan ia bukan sahaja kukuh & tahan lama, tetapi juga memberikan sentuhan kemas dan profesional dalam setiap majlis ilmu. Sesuai digunakan untuk kuliah, ceramah, mahupun program rasmi yang melibatkan penceramah undangan.

Kami menggunakan kayu solid yang berkualiti  dengan kemasan yang rapi, menjadikan meja ini bukan sekadar perabot, tetapi juga sebagai pelengkap suasana ilmu di rumah Allah.

📌 Tempahan kini dibuka!
Kalau masjid atau surau anda sedang mencari meja kuliah baru, hubungi kami sekarang untuk perbincangan & tempahan: