Lokasi baru Bengkel

LOKASI BARU BENGKEL = Berhampiran Wetland Dengkil dan Taman Topaz Dengkil





Untuk membuat sebarang perjumpaan, sila membuat 'appointment' terlebih dahulu untuk memudahkan pihak kami dan anda untuk berurusan. Sila hubungi no tertera untuk membuat 'appointment' atau perjumpaan.

Hj Isa : +60129156629 whatsapp / call / sms
Hajjah : +60126588744 whatsapp / call /sms

Email : hjisabnu29@gmail.com or kwmcraft28@gmail.com

Saturday, 26 April 2025

Repair Kerusi LAMA / ROSAK Jadi BARU

Hai Assalamulaikumm gaiss

Korang ada tak kerusi atau perabot yang korang sayang sangat tapi dah buruk atau dah patah. Nak buang sayang. Tapi dah tak boleh guna. Kadang-kadang barang lama ni ada sentimental value dia sendiri, tapi bila dah rosak, ramai terus buang. Kami pulak cuba lah amik pendekatan lain, kami terima je sesiapa yang nak repair kerusi yang dah patah tu untuk kami  repair dan cantikkan semula dan bagi owner ada senyum laaa..

Jadi harini min nak share la sikit beberapa gambar yang mana kerusi rosak / patah / buruk jadi lawa balik dan fully functional. Kerusi yang dah "nyawa-nyawa ikan" tu terus jadi kerusi yang kukuh dan nampak elok. To be honest, memang rasa puas tau bila barang yang hampir dilupakan tu hidup balik. 

Haaa.. jom tengok gambar kat bawah ni.

Gambar 1: Kerusi ni dah memang roboh habis masa customer hantar, jadi kami cantumkan balik dah kilatkan balik maka jadilah cantik seperti baru dan boleh guna seperti biasa.


SEBELUM


SELEPAS

Gambar 2: Kerusi ni armrest dia sebelah dah patah dan adalah calar2 sikit pada kerusi. Jadi kami pun buatkan armrest yang baru sama saiz macam yang sedia ada kemudian catkan semula. Kusyen kami akan cabut dulu sebelum proses2 mencantikkan semula kerusi tu. Kusyen kami tak tukar sebab masih elok dan cantik.

SEBELUM 



  SELEPAS

Gambar 3: Customer yang sama dengan kerusi putih gambar 2. Customer berpuas hati dengan hasil kerja kami sebelum ni. Jadi customer kami ni hantar lagi 4 buah kerusi yang sama untuk dicantikkan dan dicat semula. Gambar sebelum dan selepas taknampak beza sebab cuma calar2 sikit je.. 

SEBELUM

SELEPAS


Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )

Wednesday, 23 April 2025

TEMPAHAN COKMAR KHATIB UNTUK KEGUNAAN MASJID / SURAU

 Assalamuaikummm gaisss..


Alhamdulillah bertemu lagi kita dalam posting kalini.. Agaknya apa eh min nak share harini.. hihi Kalau dah baca tittle tu mesti dah tau kan.. Okayy yelaaa, harini min nak share kat korang semua berkenaan design cokmar yang terpaling laris masa bulan puasa haritu.. 

Sebelum min nak share gambar cokmar, min nak cakap, cokmar ni seluruh Malaysia boleh order tauu, mana yang jauh-jauh tu kami boleh guna khidmat Flash Express.. Jangan risau kami akan secure our packaging. InshaAllah cokmar akan sampai dalam keadan elok dan tak patah.

Okay lah nak borak apa banyak-banyak, meh tengok gambar2 kat bawah ni.. Lepas tengok kalau rasa nak order, terus je whatsapp nombor yang ada kat gambar atau pun kat hujung posting ni.. 😉





Yang ni pulak gambar version zoom out. Haa, so boleh lah nampak bahagian bawah macam mana rupanya. Cokmar ni ketinggiannya 6 kaki.




Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )

Tuesday, 22 April 2025

Set Meja Kuliah, Rostrum dan Kerusi untuk Surau Nurul Ihsan

 Hai Assalamualaikum gaisss


Alhamdulillahh, tempahan set meja kuliah, rostrum dan tiga buah kerusi untuk Surau Nurul Ihsan, Seksyen 6, Shah Alam, Selangor, sempat kami siapkan sebelum raya haritu.. Pelanggan memilih konsep sama sedondon untuk semua warna perabot yang ditempah. Fabrik untuk kerusi juga pelanggan kami yang pilih..  Set perabot ni juga kami dah selamat hantar pada pelanggan kami sebelum cuti raya haritu.. Memang ngam soii lah masa raya haritu dapat guna perabot baru. hihi

Kami sangat mengalu-alukan jika ada mana-mana surau atau masjid yang nak tempah set macamni.. Pihak surau/masjid pun dapat perabot sedondon takdelah pening kepala tengok campur2 design. Kat sini kami juga anda membuat perabot masjid yang lain seperti mimbar, mihrab, cokmar, tabung derma, penghadang jemaah muslimin dan muslimat.

Jemputt tengok hasil kerja kami untuk Surau Nurul Ihsan ni..








Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )


Saturday, 19 April 2025

Meja Kuliah Surau Salahuddin Al-Ayyubi, Chulan Tower, KL

Hai Assalamualaikumm gaiss..

Alhamdulillah tempahan meja ceramah Surau Salahuddin Al-Ayyubi, Chulan Tower dah pun siap.. Sangat cantik dan nampak sangat ekslusif meja ni. Combination antara kayu solid meranti yang dicat warna putih dan acrylic gold memang terbaik.. Design meja ni pun lain dari yang lain tau. Modern look gitteww..

Meja ni pun kami dan selamat hantar di Chulan Tower, KL tadi.. Semoga dengan adanya meja ni akan memberi manfaat pada semua.. And yang paling penting pelanggan kami happy dengan meja yang kami buat ni.

Jadiii apa tunggu lagi takkan  tengok jee, meh lah order ngan kami. Kalau nak custom design sendiri pun boleh. InshaAllah kami akan realisasikan impian anda.. Janjiii buat yang terbaikk.. Meh lahh usha2 hasil meja yang sangat ekslusif ni.. 





Gambar seterusnya ni gambar meja kuliah bila dah sampai di Surau Salahuddin Al-Ayyubi, Chulan Tower



Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935 )


Friday, 18 April 2025

MIMBAR READY STOK UNTUK DIJUAL

Hai Assalamualaikummm readersss..

Harini min nak bagitahuu, yang kat kilang kami, ada dua unit mimbar yang dah siap nak dijual. Mimbar ni tinggal masukkan logo  surau/masjid dan tambah kusyen tempat duduk pada mimbar. Meh min share gambar2 mimbar ni.

Untuk mimbar yang warna coklat ni, tinggal nak letak logo masjid/surau, pasang motif dan kusyen untuk tempat duduk. Harga promosi dari kami RM14000 tidak termasuk penghantaran.

Kalau berminat nak mimbar ready stok yang design ni, whatsapp kami di nombor kat bawah. Tekan je link kat nombor tu.

Iwan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935)




Okay, sekarang min nak share design mimbar ready stok yang kedua. Yang ni lebih mampu milik dan size lebih kecil, sesuai untuk surau-surau yang memerlukan mimbar. Mimbar yang kedua ni warna putih, dan hanya tinggal tampal logo surau/masjid dan kusyen tempat duduk pada mimbar.Harga promosi dari kami RM8000 tidak termasuk penghantaran.

Kalau berminat nak mimbar ready stok yang design ni, whatsapp kami di nombor kat bawah. Tekan je link kat nombor tu.

Iwan ( 012-2075236)
Alin ( 017-6759935)















Thursday, 17 April 2025

Tempahan Meja Ceramah Surau Al-Faizin ASTAF Kuala Selangor

Hai Assalamualaikum kesayangan kami..


Alhamdulillah meja ceramah tempahan daripada Surau Al-Faizin, Akademik Syahadah Tahfiz Al-Faizin (ASTAF), Kuala Selangor dah selamat sampai pada pelanggan kami. Kepada para penyumbang untuk Surau Al-Faizin, semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan mendapat pahala jariah berpanjangna. Aminn..

Jadi kalau ada yang berminat nak order meja kuliah ngan kami, apa tunggu lagi jangan lah segan-silu nak whatsapp kami. InshaAllah kami pasti akan tunaikan permintaan anda. 

Meh jemput tengok-tengok bagaimana rupanya meja ceramah untuk ASTAF ni.





Gambar ni customer kami yang share. Pihak surau sangat suka dengan meja yang kami buatkan. Syukur Alhamdulillah

Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )



Monday, 14 April 2025

SELAMAT HARI RAYA GUYSSS

 Assalamualaikum semua readerss.. 

Lama min tak bersiaran kat sini.. Apa kabo semuanyaa.. Walaupun sekarang dah raya ke 13, kat blog ni min belum wish lagi.. hihi Selamat Hari Raya gaisss.. Maaf Zahir dan Batin.. 



Ucapan raya sudah, okay jom borak pasal projek kami pulak.. Alhamdulillah, kami masih lagi menjadi one stop centre untuk menempah barang-barang keperluan masjid dan surau. Sekarang Maahad Tafiz pun ada yang membuat tempahan dengan kami. Macam biasalah yang macam "pisang goreng" panas semestinya meja ceramah / meja kuliah kami. Harini min share gambar meja kuliah je dulu eh.. Esok kita borak lain pulak hihi.. 

Min combine je few gambars untuk readers tengok. 










Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )

Cokmar Kolej Vokasional Pagoh

 Assalamualaikum semuaa..

Alhamdulillah siap sudah cokmar konvo untuk Kolej Vokasional Pagoh. Sesiapa nak dapatkan cokmar Konvokesyen atau perabot konvo boleh hubungi kami talian wasap di bawah.


Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-9156629) / call (012-7986909)
Wan ( 012-2075236)
Syafiqah (012-3488760)