Tuesday, 14 October 2025

Rostrum Untuk Masjid Bandar Bukit Raja, Klang

Hai Assalamalaikum..

Alhamdulillah, satu lagi projek berjaya disiapkan oleh team kami.

Kali ini kami berpeluang menyiapkan dan menghantar rostrum untuk Masjid Bandar Bukit Raja, Klang

Rostrum ini direka dengan kemasan yang kemas dan kukuh, sesuai digunakan untuk pelbagai majlis seperti khutbah Jumaat, kuliah agama, dan program rasmi masjid. Setiap perincian dibuat dengan teliti oleh pasukan produksi kami bagi memastikan hasil akhir bukan sahaja cantik dipandang, tetapi juga tahan lama untuk kegunaan harian.

Kami  percaya bahawa setiap hasil kerja yang dibuat untuk rumah Allah adalah satu amanah.
Semoga rostrum ini menjadi manfaat kepada para imam, penceramah, dan jemaah di Masjid Bandar Bukit Raja, serta menjadi asbab pahala berterusan buat semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak Masjid Bandar Bukit Raja atas kepercayaan yang diberikan kepada team kami. InsyaAllah, kami akan terus menghasilkan produk berkualiti untuk masjid, surau dan institusi Islam di seluruh Malaysia.

Untuk masjid atau surau yang ingin menempah rostrum anda boleh hubungi kami pada nombor dibawah:-











No comments:

Post a Comment