Thursday 14 November 2019

Lawatan Pelajar ILP Melaka ke KWM Craft

Hai Assalamualikum..

Alhamdulillah.. Pada 11 November 2019 yang lalu kami telah menerima kunjungan daripada pelajar-pelajar jurusan Mechanical Engineering daripada Institut Latihan Perindustrian (ILP) Melaka. Meriah KWM Craft dengan kedatangan mereka. Al-maklumlah satu bas yang datang (30 orang temasuk pensyarah) hihi..

Seperti biasa, kami mulakan dengan sedikit pengenalan berkenaan KWM Craft.. Kami juga menjemput salah sorang wakil pelajar untuk "briefing" sikit tujuan lawatan mereka ke tempat kami.. Lawatan kalini kami mulakan dengan pengenalan daripada our beloved Isteri Bos (Hajah Rohani) yang menggantikan bos sementara bos keluar ada urusan kerja yang lain. Selepas itu, bila bos balik, pelajar-pelajar ni dikendalikan oleh bos dan juga isterinya. hihi


Wakil pelajar ILP yang memberi keterangan berkenaan lawatan mereka.

Haa.. ni lah dia Hajah Rohani (Isteri Bos) yang memulakan acara. 

Ha. ni boss kami..






Setelah sesi pengenalan, pelajar-pelajar dibawa melawat sekitar kawasan KWM Craft, termasuk office, kilang dan juga gallery.. Sambil-sambil mereka menengok-nengok, sedikit penerangan ada juga diberikan supaya mereka lebih faham apa yang kami lakukan.









Terima kasih kepada pihak ILP yang memeberikan cenderahati kepada kami sebelum mereka pulang. Kamsahamnida..




gambar kenang-kenangan bersama para pelajar ILP



Jika ada yang ingin membuat lawatan ke tempat kami, sila hubungi atau whatsapp
0176759935 (Alin) 
0176755236 (Iwan)

No comments:

Post a Comment