Monday, 1 April 2019

Kursus Pembuatan Produk Berasaskan Kayu 2019

Hai Assalamualaikum..



Alhamdulillah.. kursus pembuatan produk berasaskan kayu yang telah dilakukan padqa 23 Mac 2019 telah pun berjalan dengan lancar.. Banyak ilmu yang telah dikongsikan oleh big boss kita dan juga staff yang terlibat..

Kursus ni, perseta bukan sahaja datang untuk mendengar malah diberi peluang untuk mencuba menggunakan peralatan yang ada di kilang kami.. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasai dan mengumpul pengalaman walaupun sekejap.. hehe

Untuk slot pemasaran dan marketing, slot ini telah dikendalikan oleh Tuan Haji sendiri.. Bercerita serba sedikit mengenai pengalaman beliau serta cara beliau marketkan produk-produk yang ada di KWM Craft.. Semoga segala ilmu yang diterima pada hari tersebut memberi manfaat dan berguna untuk masa hadapan..

Oh yaa!! pada yang terlepas peluang untuk menyertai kursus ni.. Jangan bersedih kawan.. InsyaAllah jika ada rezeki kami akan buat lagi.. Kami akan war war kan di blog ini , Facebook page kami.. Haa.. mana yang tak like dan follow FB page kami tu.. Jangan lah segan-segan untuk like dan follow.. Hihi kalau share sekali pun okay.. hihi

Meh kita belanja sikit gambar-gambar waktu kursus haritu..


Para perserta diberi peluang untuk menggosok kayu 

Penerangan berkenaan mesin CNC oleh Hj Isa dan Eldee

Steady.. percubaan menggunakan mesin larik

sambil makan sambil bersantai di rumah kayu galleri baru KWM Craft

Sesi Pemasaran dan Marketing


Penerangan berkenaan mesin laser oleh Syafiqah dan Hj Isa


Penerangan mesin larik oleh Haikal

Our big boss tunjuk skill melarik kepada perserta kursus

Bersama-sama menyiapkan meja penceramah..

percubaan untuk melarik..



Last sekali.. sudah tentulah sesi penyampaian sijil kepada peserta-peserta kursus.. 





Jika ingin mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah (012-3488760)
Alin ( 017-6759935 )






No comments:

Post a Comment