Wednesday, 19 December 2018

Ukiran Papan Manis


Hai Assalamualaikumm... ✌
 Nak share sikit ni pasal papan manis. 

Papan manis merupakan papan terakhir di hujung atap/genting pada rumah-rumah lama melayu tradisional. Kebiasannya papan manis mempunyai potongan corak atau bunga. Terdapat pelbagai jenis bentuk dan seni yang dilakukan pada papan manis. Setiap ukiran yang terdapat pada papan manis ini mempunyai tema atau maksud tersendiri pemiliknya.

Secara amnya seni yang dihasilkan pada papan manis adalah secara pemotongan terus (cut through), pemutaran (router) atau ukiran (carving) bagi yang berkemampuan. Namun pada masa sekarang ramai pemilik menggunakan papan manis bukan hanya pada rumah tradisional tetapi pada rumah kediaman moden/ taman,  pondok, gazebo atau wakaf di halaman rumah.

Ni adalah ukiran papan manis yang kami buat untuk pelanggan.
Cantikkann.. 




Jika ingin menempah atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi atau Whatsapp

Hj Isa ( 012-7986909 )
Wan ( 017-6755236 )
Syafiqah ( 012-3488760 )
Alin ( 017-6759935 )


No comments:

Post a Comment