Friday, 4 November 2016

KWM Craft di Karnival Maal Hijrah, Menara Felda 2016

Alhamdulillah....Salam Jumaat semua!

Ni nak story sikit, hari Selasa dan Rabu bersamaan dengan 2 & 3 November, 2016, KWM Craft telah membuat comeback dengan menyertai jualan di Menara Felda. Dah lama kami tak buka booth untuk membuat jualan, almaklumlah, sibuk dengan urusan di kilang. Nasib baik ada staff-staf kami yang berdedikasi, bolehlah jagakan kilang untuk dua hari ni.

Kalau tak silap, kali terakhir kami menyertai karnival, merupakan pada tahun 2014, ada pesta Floria di Putrajaya. Sesiapa yang ada melawat Floria 2014, pasti ada nampak booth kami terselit di antara berpuluh-puluh booth di Putrajaya.

Kali ini jualan kami di Karnival Maal Hijrah 2016 di Menara Felda tidak sahaja tertumpu kepada produk kayu sahaja. Kami telah mengembangkan sayap dengan menjual pokok dan buah tin, hasil tanaman penuh kasih sayang oleh isteri tercinta, Hajah Rohani. Bukan itu sahaja, kami juga turut menjual produk minuman kesihatan iaitu Kopi Stevia, Teh Stevia dan Sterama Tea.



Gambar menyeluruh booth kami. Tuan Sulaiman bersama dengan KWM Craft bagi memeriahkan booth kami. 

Close-up pokok tin yang dijual.
Eka dan rakan beliau turut sama menjaga booth. 
Antara tetamu yang hadir.
Antara pembeli pokok tin kami

Alhamdulillah, rezeki Allah ada dimana-mana. Kami dapat menjual hampir separuh daripada produk yang kami bawa untuk karnival kali ini. Semoga kami diberikan kesempatan untuk menyertai karnival-karnival sebini di lain hari. Insya Allah.



Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717


No comments:

Post a Comment