Wednesday, 10 August 2016

Artifak Simbolik : Cokmar (The Mace)



Assalamualaikum.
Baru-baru ini kami menerima tempahan untuk membuat cokmar. University. Siapa sangka, ada lagi rezeki kami untuk  membuat cokmar universiti. To date, banyak jugak la kami terima tempahan untuk cokmar universiti ni.

Ada customer yang datang bawak design sendiri, ada jugak yang minta kami designkan. Bagi kami, tiada masalah untuk kami design kalau anda tak tahu bagaimana nak mereka bentuk cokmar, lebih-lebih lagi untuk universiti.  Maklumlah, reka bentuk cokmar menggabungkan reka bentuk kotemporari,  tradisioanal dan keislaman, macam pening kalau nak design sendiri kan? Kami yakin untuk melakar design bagi customer kerana BiG Boss merupakan graduan Arkitek, anak pula graduan reka bentuk dalaman. Alhamdullillah untuk ilmu Allah, dapatlah kami  berikan design yang terbaik untuk para customer kami.

Kepada yang tak tahu apa itu cokmar;

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, cokmar ialah  tongkat yg biasanya disalut dgn logam serta berukir indah dan digunakan sbg tanda kebesaran atau kekuasaan (dlm upacara-upacara tertentu spt sewaktu memulakan persidangan parlimen dsb).

Cokmar dari segi sejarahnya adalah merupakan alat senjata yang diubah fungsi dan bentuknya menjadi simbol kebesaran dan kuasa. Menurut sejarah penganugerahan ijazah sesebuah universiti, cokmar dijadikan simbol kebesaran dan kuasa di dalam istiadat konvokesyen. Cokmar ini juga menandakan kuasa Canselor sebagai ketua universiti. (sumber)

Yang ini adalah gambar cokmar yang baru sahaja kami hantar kepada customer. Ini merupakan salah satu daripada design yang ringkas yang pernah kami buat.



Yang ini pula design cokmar yang lebih kompleks:


 Kalau ada yang berminat untuk menempah cokmar seperti diatas, boleh lah calling-calling kami ye. 



Representative KWM Craft:

Haji: 012.798.6909
Hajjah: 012.658.8744
Firdaus: 013.202.3420
Sara: 011.1195.7717

1 comment: