Monday 7 October 2013

Pokok Kemuning


Pokok Kemuning merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Murraya paniculata [1]
Pokok Kemuning merupakan pokok yang setinggi 3 – 7 m, berbatang pendek, berdaun rimbun dan memberi manfaat sebagai tanaman pagar. Tanaman ini berbunga terus-menerus sepanjang tahun. Warna bunga ini pada peringkat awal ialah kehijau-hijauan dan setelah mekar penuh ia bertukar putih bersih.
Kayu Kemuning berwarna kuning agak kecoklatan dan sering kali digunakan bagi membuat sarung keris.
 
Saya yg sedang bergaya dengan pokok kemuning yg tumbuh segar di sekitar candi borobodur Jogjakarta
 
 
Salah satu keindahan dan keunikan kayu kemuning emas
 
 
Bunga kemuning yg akan mengeluarkan bau harum yg begitu kuat sekali sehingga semerbak keseluruhan rumah sekiranya pokok ini berbunga.
 
 
 

No comments:

Post a Comment