Cara mengukir di atas sarung parang
Pada permulaan kerja saya tak mampu untuk membuat ukiran sendiri...tetapi setelah belajar dan menuntut dengan Cg Cepoi dpt jugak gambaran bagaimana sebenarnya kita boleh mengukir di atas sarung parang.
Dengan berpandukan kepada sketch atau lakaran yg menggunakan carian di internet mengenai design border maka kita boleh mengambilnya sebagai panduan.
Daripada contoh2 border yang kita perolehi ini maka kita boleh tiru atau lekapkan di atas sarung parang tadi untuk membuat lakaran.
Mesin ukir JC 200
Setelah lukisan dilekap ke sarung parang kita boleh memulakan ukiran dengan bantuan mesin ukir / rotary atau menggunakan pisau ukir.
Setelah semua kawasan permukaan yg dilakar telah dilarik dan diukir maka kita boleh meneruskan dgn menghaluskan permukaan sarung dgn kertas pasir.
Produk yg telah siap diukir dan di buat pengilatan.
Assalam...nak tanya kat mana boleh dapat mesin ukir kayu tu ye?
ReplyDeleteNak dapat kat saya pun boleh harga RM 880 boleh oder
ReplyDeletesalam Tuan Haji,saya nak Tanya Tuan Haji ada atau tidak buat bengkel untuk org perseorangan untuk belajar?
ReplyDeleteSalam, boleh ke jual parang atau pisau ni tanpa kelulusan mana mana pihak? Maaf saya cuma nak tahu sebab ayah saya mempunyai minat yang sama dan pernah minta saya untuk promosikan.
ReplyDeleteNk tye kat mna boleh dapatkan mesin jc 200
ReplyDeleteBerapa harga mesen Ukiri
ReplyDelete