Kali ni stok baru tongkat yg kita buat mempuinyai design yg agak kecil sedikit dan bentuk bawah yg berbeza dengan yg terdahulu.
Kami pembuat mimbar cokmar masjid,pembekal Teh Kemuning hitam, pembekal pelbagai jenis kayu, wooden pen, tasbih, gelang kayu, tongkat, perkhidmatan pemotongan dan ketam kayu,ukiran kayu, membuat perabut dan permintaan custom made.
Sila Hubungi no. berikut untuk sebarang pertanyaan :
Hj Isa (012.798.6909)
Syafiqah (012.348.8760)
Wan (017.675.5236)
Firdaus (013.202.3420)
Sara (011.1195.7717)
Hajjah (012.658.8744)
email: kwmcraft28@gmail.com or hjisabnu29@gmail.com
Thursday, 21 February 2013
Tongkat design terbaru
Kali ni stok baru tongkat yg kita buat mempuinyai design yg agak kecil sedikit dan bentuk bawah yg berbeza dengan yg terdahulu.
Tuesday, 19 February 2013
Cara mengukir sarung parang
Cara mengukir di atas sarung parang
Pada permulaan kerja saya tak mampu untuk membuat ukiran sendiri...tetapi setelah belajar dan menuntut dengan Cg Cepoi dpt jugak gambaran bagaimana sebenarnya kita boleh mengukir di atas sarung parang.
Dengan berpandukan kepada sketch atau lakaran yg menggunakan carian di internet mengenai design border maka kita boleh mengambilnya sebagai panduan.
Daripada contoh2 border yang kita perolehi ini maka kita boleh tiru atau lekapkan di atas sarung parang tadi untuk membuat lakaran.
Mesin ukir JC 200
Setelah lukisan dilekap ke sarung parang kita boleh memulakan ukiran dengan bantuan mesin ukir / rotary atau menggunakan pisau ukir.
Setelah semua kawasan permukaan yg dilakar telah dilarik dan diukir maka kita boleh meneruskan dgn menghaluskan permukaan sarung dgn kertas pasir.
Produk yg telah siap diukir dan di buat pengilatan.
Sesiapa yang berminat untuk membeli produk yg telah siap sila berhubong dgn Hj Isa 012-7986909
Harga bermula dari RM 180 utk sarung parang 7 " bergantung kepada jenis kayu yg digunakan.
Wednesday, 13 February 2013
Tongkat Kuasa Polis / Askar / Bomba
Tongkat kuasa
Setiap Pegawai dari PDRM, ATM, Bomba dan lain2 badan beruniform akan dibekalkan dgn Tongkat Kuasa yg melambangkan Kuasa memerintah / bidang kuasa yg dimiliki. Apabila berlaku pertukaran pegawai biasanya tongkat melambangkan penyerahan tugas dan tanggungjawab.Tongkat kuasa yg teman buat ni diperbuat dari kayu kemuning hitam, dan teras Gemunggal atau Teras Kelo.
Tongkat untuk pasukan keselamatan Polis, bomba, askar dan sebagainya. 100% handmade
Sesiapa yg berminat untuk memiliki tongkat kuasa ini boleh berhubong dgn Hj +6012 7986909 atau whatsapp
Harga bergantung kepada kayu dan design
Cara membuat sarung Parang / Golok
Membuat sarung parang
Setelah berjaya membuat tongkat..terunkan man mula berjinak2 dgn parang pulak, dgn mengunjungi kawan di Behrang Cg Cepoi teman sempat juga lah menuntut dgn beliau. Terima kasih Cg Cepoi yg sanggup menurunkan ilmu beliau dlm membuat sarung parang.Denghan menggunakan kayu yg diberikan oleh Cg Cepoi teman mula melakarkan bentuk sarung parang yg akan dibentuk.
Setelah dibentuk menjadi sarung kasar maka proses kedua memerlukan kita membelah sarung menjadi dua belah.
Setelah dibelah dua dan dibuat longkang maka proses seterusnya perlu memastikan kelancaran bilah pisau boleh memasuki sarung.
Setelah dibuat longkang maka proses seterusnya mengam kedua belah kayu dgn menggunakan gam 3 minit atau gam kayu.
Kedua belah papan sarung dicantum dan di kapit dgn G clam. dan biarkan sehingga 6 jam ke 12 jam
Bilah parang akan dicantumkan dgn hulu parang
Proses melarik ukir sarung dimulakan dgn teliti.
Diantara bahan2 yg digunakan untuk mengilatkan peringkat akhir produk.
Diantara produk yg telah siap sesiapa berminat boleh menghubungi Hj 0127986909 untuk berurusan
RM 190 utk tempahan. Kayu Depu
RM 190 hubungi Hj +6012 7986909
Kayu rengas RM 220 7" sila berhubong dgn Hj 012 7986909
Cara membuat tongkat
Cara cara membuat tongkat kayu
Mesin band saw
Sebuah mesen pemotong daging yg telah tidak digunakan dalam 2 / 3 tahun ni teman ubah suai untuk menjadi Band Saw pemotong kayu. Mata mesen ni masih menggunakan mata daging harap2 tidak menimbulkan masaalah.Hasil daripada belahan mesen ni agak menawan dgn menampakkan ira kayu. Kayu rengas ni katanya mempunyai habuk yg gatal tetapi setelah bermain dgn nya tak lah pulak gatal.
Hulu tongkat buatan teman sendiri yg telah menampakkan hasil.
Ini lah teman yg sedang khusuk mengsandding.
Proses mengilatkan batang tongkat dgn kertas pasir 240 - 400 - 600 - 1000 dan terakhir dgn 1500
Proses menebuk lubang kepala tongkat sebelum dicantum dgn gum kayu.
Hasil yg telah hampir siap cuma tinggal sentuhan terakhir iaitu proses lapisan terakhir / varnice
Mesin yg digunakan untuk membulatkan kayu
Berminat dgn tongkat dan ingin menempah tongkat sila menghubungi Hj Isa 0127986909 atau whatsapp