Assalamualaikum. Kelulut Warisan adalah produk sampingan kami yang terbaru. Madu kelulut sememangnya telah di ketahui khasiatnya. 100% asli dan fresh from ladang.
MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN
Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.
Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.
Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.
Berikut merupakan ulasan pakar dan artikel berkaitan khasiat :
“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana madu lebah kelulut diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,”. (Prof. Madya Dr. Mafauzy Mohamed, Dekan Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia Cawangan Kelantan, (USMCK) Pakar perubatan pengkhususan endokrin dan diabetis).
Sumber : http://lebah.wordpress.com/2011/06/24/rahsia-madu-akan-bongkar-lagi-usm/
Antara khasiatnya adalah
· Meningkatkan daya tahan tubuh
· Mencegah serangan strok
· Melancarkan peredaran darah
· Meningkatkan pengeluaran hormon
· Memperkuat fungsi otak dan jantung
· Memperbaiki sel tubuh yang rosak
· Mengendurkan urat-urat yang tegang
· Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme badan
· Meningkatkan kecerdasan anak
· Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
· Membantu masa penyembuhan selepas pembedahan
· Mencegah kanser
· Mengurangkan resdung
· Membantu penyembuhan luka diabetes
· Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
· Mencegah pembentukan batu karang
· Membantu menurunkan tahap tekanan darah
· Merendahkan tahap kandungan gula dalam darah
· Melancarkan pernafasan
· Mengurangkan lelah/asma
Dapatkan madu kelulut hanya yang original dr saya Hj Isa 0127986909
Ini lot kelulut di kilang kami. Boleh lihat apabila datang.
300 ml = RM 110
55 ml = RM 30
exclude postage.
Kalau berminat boleh whatsapp atau call kami :)